الأحد، 13 نوفمبر 2011

speak wif foreigner :)

Asalamualaikum teman,, hai!!
Hari ni iqa rase excited gler,,, na taw sbb ape??? Hehehe…
Tadi petang iqa blek keje,, iqa blek umah naek bas jek,,,
Sementara tgh tggu bas ,, tetbe nmpk foreigner tgh usung bas besar…
Die pon dok la sblah iqa,,,
Hati iqa terdetik,, eee… na borak ler ngan die,,
Perassaan takot x reti ckp bi tu ttebe hilang!!! Hak3,,,
Ar,,ape lg ,,iqa pon ajak r die sembang,,,
Memang tbai je iqa speaking ngan die tu,,, hahaha..
Maen ckp je…  Broken Habis!!! Grammar pon hancur terus,,kah3..
Alhamduillah la die pham ape yg iqa tnye…
Ni antara part2 yg iqa sembang ngan die ~

Iqa : u come from which country???
Foreigner : blalaaa…. America….. (ade la part2 slang die ckp tu..iqa da x ingat)
Foreigner : blalalaa…….student???
Iqa : ya,,, I’m student …  from uia.. u know???
Foreigner : (geleng)…  
Dalam hati iqa ckp,,la x kenal ke uia???? Famous kot…
Iqa :international Islamic of university malaysia,,, u know there are many students which other country study there, like sudan,, (kah3,, tu je yg iqa ingtpon)
Foreigner : blaaaalalalala,,

Ade satu part nie,,iqa tnye die keje ape…. Tp x phm lgsung die jwb pe… iqa jwb je la ya?? Kah3…
Iqa : what kind of ur job???
Foreigner : blalalalalala.balalalalalala…blalalalalala…
Iqa : (senyum ) … (dlam hati.. alamak!! X pham r die ckp pe)
Foreigner : blalalalalaa,,,,, so boring……..blalalaalaa
Iqa : ohhh,, so boring !!! that right!!!

Kakakakah…. Last2 iqa jwb tu je.. padahal x phm die keje pe… hahaha..iqa agak tmpt keje die membosankan kot…
Duyai,, serius ,,,mmg part tu x phm die ckp pe.. laju kot,,,
Tp kebykannye yg ktowg borak,iqa fhm ler..
Nama die Paula,, (iqa sembg ngan pompuan ea)
Die dtg Malaysia ngan husband die,, husband die asal Malaysia,,tapi dok Klang,, Husband nye org chinease,,,
Die nak naek bas ipoh,, nak pegi pulau pinang,,,,
Xde anak,, da kwen selama 3 taon,,,
(hahaha,,dasat x iqa ni,, pasal tu pon iqa na tnye)
Muke die lawa gak,, ye r,, owg putih kot… suke tgok die senyum bile ckp ngan iqa..
Iqa sempat jugak mnx no phone die ,,then,iqa bg die emel iqa… (hahahaha,,muka x malu)
Ye r,, first time speaking ngan foreigner ,,, rugi kot x contact die blek,,
Bile bas ktowg datang, bwu la ktowg blah,,,
Agak2nye,,org yg dok2 tggu bas tu,,sti tgok pelik kat iqa,,,
Ye r,,, beria gler speaking English.. plak tu,,kuat kot.. duyai…
Bile naek bas je,,, iqa senyum sowg2,,,
Hahahaha..lawak tul,,, speaking broken ngan foreigner,,
Msti die gelak kot dgr iqa ckp slang x btol… grammar mmg hancus…
Memang pengalaman ni x bole lupa la…


الاثنين، 31 أكتوبر 2011

ResuLT exAm ;((


Asalamualaikum teman2 blogger.. apa khabar??? Iqa harap k0rg sume shat ye..
Baru2 ni iqa da dapat result final exam semester pertama ~
Masa iqa tgok result tu iqa xde le sede pon,,
Tp x taw nape,, bile da beberpa hari berlalu  ni iqa bole nanges plak…. Da merah da muka ni,,,
Nseb mak ayah x nmpk~huuu.. ;((
Result iqa x de le teruk mane pon,,,, pointer 3.67,,tp!!!
Iqa terpaksa REPEAT BELAJAR BAHASA INGGERIS untuk semester yg seterusnye!!!
Huu,,kelas yg sama la maknanye,,, still level 5 lagi,,duyai~
Iqa btol2 x sngka iqa kantoi bahagian writing..
Masa percubaan dulu,,time buat latihan je,,bhgian writing memamg iqa lulus,,
Tak sangka plak exam final ni iqa gagal bahagian writing tu..
Iqa btol2 ase sede sgt ni… Iqa dapat rasakan Allah btol2 sedang menguji iqa,,,
Bile member2 tnye pasal  result iqa,, diowg kebnykkanye sume x caye iqa fail bi,,,
Diowg taw,, iqa bole exit bi tu…
Huk2,,huk2,, .. first time iqa nanges teruk pasal result exam,,, selama ni iqa mne penah nanges teruk macam ni…
Then,, tetibe kawan iqa tag satu artikel ni kat fb,,, bile iqa bace artikel lagi le iqa nanges teruk,,huu..
*************************************************************

Hujan. Malam yang sunyi. Amani mengerling kepada telefon bimbitnya di sebelah bantal. 1.04 pagi. Daripada saat dia merebahkan badan ke atas katil lebih kurang pukul 12.30 malam tadi hingga waktu ini, matanya masih belum mahu bekerjasama dengan badannya yang mahu rehat awal.

Fikirannya terasa penat dan lelah. Resultnya jatuh teruk berbanding semester lepas. Jika dahulu , Alhamdulillah dia sempat menerima anugerah dekan tetapi semester ini, sekadar cukup-cukup makan, memang langsung tidak mencapai target.

Fikirannya melayang kepada sahabatnya nun jauh di utara, Syahirah. Malam tadi Syahirah menghantar mesej bertanyakan khabar, bertanya mengenai keputusan peperiksaan akhir lebih tepat. Amani tahu hati sahabatnya yang satu itu sedang berbahagia dengan keputusan peperiksaannya, melihatkan pada status di facebooktadi sudah mengiyakan telahannya.

Dia juga turut merasa tempiasnya. Iyalah, itu sahabatnya. Sahabat yang setia bersama susah dan senang. Sejak dari matrikulasi lagi. Ditakdirkan Allah S.W.T mereka belajar di universiti yang sama, juga di utara tanah air. Tempat yang dirasakan sesuai sungguh untuk belajar.

Walaupun dia perlu berkelana jauh dari keluarga demi mencari ilmu.  Walaupun ada sahabatnya di sini musykil, bagaimana ia boleh belajar di tempat seperti itu, jauh dari bandar . Tetapi baginya, daerah itu menemukan dan mendekatkan dirinya dengan Dia yang tercinta. Daerah sunyi bak kata mereka, tetapi punya sejuta perkara yang mengajarnya tentang apa itu Cinta Yang Esa.

"Amani, are you sure you are okay? Menangislah kalau perlu, aku selalu ada kat sini untuk kau."Mesej Syahirah membuatkan dia tersenyum. Betul, inilah sahabatnya yang tidak pernah gagal membuat dia tersenyum.

"Aku okay je cik Irah wei. Aku pun tak tahu sebab apa tapi sampai sekarang aku tak nangis-nangis lagi. Yang aku rasa, kosong," Amani membalas, dia sendiri tidak pasti kenapa matanya degil sungguh hari ini. Dia hendak menangis, rasa sesuatu yang berat sedang dirinya pikul.

"Kau tahu kan kalau Allah S.W.T uji, tandanya Dia sayang kan? Allah S.W.T nak beritahu kau yang Dia sayang kat kau, Amani. Dia suka kalau kau mengadu pada Dia. Memang aku dapat result yang melepasi target, Alhamdulillah tapi aku sekarang takut, takut kalau-kalau nikmat kejayaan dunia ni buat aku terlalai, kau pun tahu ujian kesenangan ni yang mudah buat manusia jatuh. Aku tahu kau sedih, aku kenal kau bukan baru sehari Amani. Kalau kau tak boleh menangis sebab ni, cuba kau menangis sebab kau tak boleh menangis. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mulk ayat 13, "dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati." Allah S.W.T tahu apa saja dalam hati kau, Amani. Kalau kau rasa hati kau kosong, jangan cuba isi dengan dunia, tapi isi dengan akhirat. Maaf, tapi kau tahu kan aku suka kalau tulis mesej panjang-panjang ni. Hehe." Syahirah, Syahirah.

Antara kawan-kawan yang dia ada, Syahirah paling cepat tangkap apa yang dirinya perlukan. Memang sahabatnya ini suka benar menulis mesej panjang-panjang, inboxnya ini kadang-kadang tidak cukup memory. Mungkin kerana dirinya suka simpan mesej-mesej Syahirah, mesejnya penuh dengan isi walaupun gadis itu nampak bersahaja.
"Aku tahu Irah. Dia uji sebab Dia sayang. Aku tengah cuba untuk redha dengan semua ni. Aku kadang-kadang, bukan, selalu aku buta pada rahmat-Nya. Tak apa, kau punya mesej berisi, panjang pun boleh jugak ubat hati aku. Thanks ye Irah." Amani tersenyum.





"Sebut pasal ubat hati, tadi aku ada baca kat satu blog tadi, nak kongsi dengan sahabat aku yang tersayang ini. Penulis itu kata, kalau dah tahu kita macam jauh daripada Allah S.W.T dan rasa macam tak ada dalam rahmat Dia, janganlah pulak kita pergi dengar lagu, konon-konon nak lepas tekanan. Jangan pulak pergi tengok movie, konon-konon bagi free sikit otak daripada rasa sesak. Tapi cuba isi dengan sesuatu yang boleh bagi kita dekat dengan Allah S.W.T. Contohnya, baca tafsir al-Quran ke, dengar nasyid ke, pergi tengok keindahan alam ke, pergi baik-baik dengan kucing ke kan. Bab baca tafsir tu, aku dah pernah buat dan Alhamdulillah, aku bertemu ubat hati yan paling mujarab. Sebenarnya tak payah aku cakap pun, kau dah sedia tahu kan Amani?"

 Syahirah memang gemar membaca blog, boleh melihat kehidupan orang lain katanya. Dia kata kadangkala apabila membaca kisah hidup orang lain, boleh buat kita rasa syukur sungguh-sungguh dengan hidup yang kita ada.
Matanya masih terkebil-kebil, biasan lampu dari ruang tamu membolehkan dia menatap siling biliknya.

Tadi ibu kata, "Amani kata Amani rasa macam jauh dari rahmat Allah S.W.T bila tengok result yang Amani dapat. Tapi sebenarnya bukan macam tu sayang. Allah AS.W.T sedang menyampaikan rahmat-Nya pada Amani, melalui ujian kegagalan ni. Allah S.W.T nak Amani lagi dekat pada Dia dan belajar untuk bersyukur dengan semuanya. Tak semua yang dapat ujian macam ni, rahmat Allah S.W.T itu luas, sayang. Cuba Amani tengok, kat luar sana. Mungkin ada yang lulus dengan cemerlangnya tapi dia sempat pergi celebrate dengan cara-cara maksiat, pergi konsert, kelab malam, bercampur lelaki perempuan. Nak tunjukkan betapa gembiranya dia. Allah S.W.T sedang uji jugak dia dengan kejayaan, ujian dia lagi besar daripada Amani." ibu mengusap lembut kepalanya.

"Allah S.W.T sayang anak ayah ni, sebab tu Allah S.W.T  bagi Amani rasa yang Amani macam jauh daripada Dia sedangkan sebenarnya tak. Allah S.W.T nak tarik balik Amani agar selalu lebih ingat pada Dia. Ayah selalu ingatkan anak-anak ayah, jangan lupa sesaat pun pada Allah S.W.T. Jangan tinggal solat, jangan lupa al-Quran, jangan lupa apa Nabi S.A.W pesan." Ayah menambah. Amani tidak berani mengangkat pandangan. Hatinya dijentik rasa kesal kerana tidak tahu bersyukur.

"Orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu apabila dia diuji dengan kesenangan, dia bersyukur dan bertambah keimanannya pada Allah S.W.T. Dan apabila dia diuji dengan kegagalan, dia juga pantas bersyukur dan bersabar dengan ujian itu. Sebab dia yakin Allah S.W.T sedang mendidik dia dan Insya-Allah ada pulangan yang lebih baik dari jalan-jalan yang dia tak sangka. Cuba kau tengok tafsir ni, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." Ini ayat dua dan tiga dariSurah at-Talaq. Cantikkan apa yang Allah beri pada kita? Jadi, senyum saja, tak perlu kata apa-apa. Hehe."

Kata-kata daripada Syahirah waktu dia sedih sebab tidak yakin dengan kemampuannya dalam temuduga biasiswa hari itu kembali menerjah di ingatannya.
Betul. Dia selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T bagi pada dirinya. Dia ada ibu, ayah dan sahabat-sahabat yang selalu di sisi dia.

Subhanallah, Allah S.W.T tidak pernah lupa pada dia tapi dia selalu leka dengan dunia. Allah S.W.T ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 152, "Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

Tetapi dirinya sekarang, tidak bersyukur malah semakin menjauh pula daripada Allah S.W.T. Jahatnya dirinya, dia sedih dengan diri sendiri.
Dekatkan diri pada Allah S.W.T. Amani bangun daripada katil. Ya, dia perlu berubah. From good to better. Dia melangkah ke bilik air dan berwudhuk.

"Allahuakbar..."

Amani berteleku di sejadah. Air matanya menitis laju. Kali ini bukan kerana dunia, tapi kerana Allah S.W.T semata-mata. Dia sungguh-sungguh bersyukur di atas nikmat iman dan Islam yang di pegang. Dia ingin memohon sungguh-sungguh pada Allah S.W.T dan berserah semuanya pada Dia Yang Kuasa. Sebab Dia sayang Allah S.W.t. Dan dia tahu Allah S.W.T sayang dia. Amani, senyumlah.
 ***************************************************************
Iqa rase artikel ni memang btol2 kena tepat ngan iqa ..huu..
Iqa taw, ujian yg Allah beri kat iqa skang ni adalah untuk mengingatkan kita yg sering lalai dan leka drp mengingatiNYA,,
Dan mesti ada hikmahnya,, btoi x????
Dan iqa dapat rasakan memang iqa semakin jauh drp NYA,, Ya Allah ampunkan lah aku,,,
Berikan aku kekuatan untuk aku menghadapi dugaan ni….
Selepas ni, iqa akn cuba sabar,, dan iqa akan usaha lebeh kuat lg,,insyallah~







الاثنين، 24 أكتوبر 2011

Istikharah~ meminta peTunjuk Allah::

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanyaRasulullah SAW bersabda:
Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya . (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)







Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja.
Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.

Dalam hadis yang lain:-
-Tidak akan menyesal orang yang beristikharah Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).
- Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.
Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.
Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InshaAllah diberi petunjuk. (tidak semestinya melalui mimpi)
Cara beristikharah:
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2). Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.





الجمعة، 21 أكتوبر 2011

m0od seDe... :'(((

Asalamualaikum teman2 blogger,,,
Iqa sgt sede ni,,,
Iqa  dpt cuti sem selama 3 bulan,,
So, Iqa crik le keje,, Iqa x taw plak tmpat yg Iqa keje tu jual rokok,,
Argh~ iqa sede sgt,,, =((
Rokok tu haram kan????
Jadik same le jugak konsep jual arak,,
Haram kan kte bekerja kat tmpat jual arak,,,
Klau tmpat jual rokok plak???
X bule jugakkan,,,
Duet hasil gaji yg kte dpt tu jadik haram,,,
Mcm mne ni??? 

الأربعاء، 28 سبتمبر 2011

SeLamat beRjaya kawan2 =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh rakan-rakan mahasiswa. Bagaimana dengan persediaan peperiksaan rakan-rakan semua? Semoga rakan-rakan dapat melalui minggu persediaan peperiksaan ini dengan penuh disiplin dan tekun mengulangkaji setiap subjek yang telah dipelajari pada semester ini.

Kali ni iqa nak share doa pada kawan2 yang bakal menghadapi peperiksaan...iqa dapat doa ni pun drp satu laman web ni sebenanye,, so,,
Mari kita baca dan amalkan, mudah-mudahan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH dalam segala persediaan yang kita lakukan nanti insya ALLAH.

Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.” 

Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.” 


Doa memohon kejayaan yang cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa ini dan bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH setelah berusaha dengan gigih bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Iqa mendoakan agar kawan2 sume dapat menggapai kejayaan yang cemerlang seterusnya menggembirakan hati kedua ibu bapa kita yang sentiasa mendambakan kejayaan anak-anak mereka dalam tempoh menuntut ilmu ini.

Yakinlah bahawa, setiap usaha itu pasti akan ada balasannya yang setimpal. Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tidak akan sesekali mempersiakan usaha hamba-hamba-Nya dalam semua perkara.

الخميس، 22 سبتمبر 2011

Luahan hati seorang blogger~


Lame btol iqa da tak post entry,,
Hee,,kali ni iqa nak post satu entry ni berkenaan wanita solehah..
Iqa btol2 terkesan drp satu nasihat kawan iqa ni mengenai couple,,
Erk,iqa akui iqa bknnye baik mane pun …
Kalau nak diikutkan iqa msej je dgn laki even ats bende yg tak berfaedah..
Tapi malam tu.. tetibe kawan iqa datang bilek iqa,, die try nasihat iqa,,,
Dan iqa dapat rasakan ape yg iqa buat selama ni adalah salah di sisi Islam..
Iqa menyesal dan btol2 insaf…
Iqa nak jadi wanita solehah~ tapi nape iqa buat semua tu???
Alhamdulillah… selepas kejadian tu iqa da kurang mesej dgn laki, kecuali ats bende penting je..
dan hati iqa lebeh tenang sebenanye selepas iqa 
melakukan perubahan ini....
Tapi iqa takot sebenanye,,,
Iqa takut iqa tak istiqamah …
Iqa taw iqa kene kuat dan sabar menghadapi dugaan ini,,
Inilah yg dinamakan jihad~ btol x??? huu..
Setiap kali dlm solat, iqa akan doa,moga Allah beri kekuatan untuk iqa sentiasa istiqamah dlm melalukan amal kebajikan…
Kawan2 blogger doakan iqa ea !!! Iqa btol2 nak jadi wanita yg solehah~
Ini ade satu entry yg berkaitan wanita solehah,,
Iqa juzt nak share link ni kat kawan2 sume..

الاثنين، 29 أغسطس 2011

Andai ini tarawih yg terakhir buatku....

Tatkala takbir itu diangkat     
Tersentap di sudut hati
Terhiris perasaan sendiri..
Akankah kubertemu dengannya lagi...

Malam-malam yang si durjana di belenggu
Malam-malam yang pintu syurga dibuka
Malam-malam yang pintu neraka ditutup rapat
Tapi, berjodohkah lagi aku dengan malam-malam itu

Kuteruskan bacaan walau dada menanggung sebak
Menginsafi diri yang yang penuh kotor dan noda
Menilai malam Al Qadar yang aku belum pernah berjumpa
Meratap diri berlumur dosa dan hina..

Di saat takbir tarawih terakhir..
berguguran jatuh air hangat di pipi
kuseka,namun terus mengalir
moga diberi ruang bertemu malam itu sekali lagi...







السبت، 27 أغسطس 2011

:::Iftar Jamiee :::

Asalamualaikum kawan sume~
Apa kabar?? Memandangkan iqa ade kat rumah skang ni, so, iqa nak blogwalking~
Rsanya dekat berkurun da iqa x blogwalking ni… dekat nak bersarang da blog iqa nieh,, kikiki..
Hari selasa hari tu,, memang hari yg paling memenatkan,,,
Rasanya hari tu adelah hari yang paling penat puasa kot,,,
Kelas iqa start dari pagi sampai pukul 4 petang,,
Petang tu plak iqa kene siapkan satu lakonan untuk video kelas LEM,,
Pukul 6 ade pulak meeting ngan akk senior,,
Argh~ memang penat gler r time tu,,,
Tpi penat iqa hilang bile malam tu iqa ade iftar jamiee dgn classmate kelas LEM,,
Hahah,,bese le, da mkn sti le bertenaga an,, xkan penat lagi kot..
Iqa rsa iqa mkn sikit je kot,, tp x taw nape rsa kenyang gler…
Mungkin sbb ade barakah sbb makan ramai2 kot.. hehe.. ye ke???
Iftar jamiee diadakan setelah ktowg sume berpenat lelah meyiapkan MOVIE MERDEKA dan sorg
kawan iqa ni akn pegi sambung belajar kat morocco.. argh sede… Syifa jgn pegi!!! Huu…
Leader classmate iqa (Soleh) penah ckp kat iqa yg ktowg ni da mcm satu family,,
Ngee~ iqa pon dpt rasakan sume classmate iqa da macm adik beradik.. huhu,,, (jiwg tetibe)
Rasa sede bile kawan iqa akn pindah beljar kat tmpt lain,,,,
Pade director movie,, Syahmi , Iqa nak wish syukran sgt2 sebab belanja ktowg sume berbuka puasa,,
Rasa mcm terharu le plak sbb iqa rasa bg kaum pompuan xdela kene keje kuat sgt untuk siapkan video tu..




penuh gaya posing dpn sepanduk =)








Cume script writer le penat skeet,, =)
Iqa yg tugas bhg pr0p pon rasa mcm taK buat keje sgt… huu.. Pada Taufiq, Boo, dan Soleh, Tq ats
kerjasama kalian,,
Iqa da tgok vdeo tu, best je.. hahaha.. lawak~ rasa nak copy je….
Actually iqa nak letak pic masa iftar tu kat blog ni,, tp tetiba pic dlm hp iqa tu hilang plak… duyai..





pompuan melayu terakhir =)
p/s : x bole blah r pic nie..bhaha..







 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa