السبت، 30 أبريل 2011

syukurLah wahai Manusia!!!

Kadang-kadang manusia selalu hidup dalam kecewa?kenapa?....kecewa bercinta la...tak dapat sesuatu la....kenapa begitu....manusia memang insan yang lemah...insan yang tak pernah jadi kuat untuk diri sendiri...manusia insan yang tak pernah rasa cukup....

ada satu kisah yang boleh dijadikan teladan..untuk renungan dan fikiran semua orang..
satu hari berlaku satu kejadian di antara panas,hujan, dan angin....

kisah bermula apabila seorang manusia mengeluh lalu berkata..."sungguh terik hari ni...cuaca panas yang teramat...haus sungguh rasanya...mengapa panas benar hari ini...alangkah nikmatnya kalau diturunkan hujan pada hari ini"...





hujan yang terdengar kata-kata manusia itu berkata kepada panas..."Lihatlah panas..manusia mengeluh terhadapmu...dia meminta aku diturunkan segera dan kau di nyahkan" kata hujan dengan bongkak....panas hanya tediam...lalu hujan berasa begitu bangga....tidak lama kemudian turunlah hujan dengan begitu lebat sekali...lalu terdengarlah kata-kata manusia tadi....






"Mengapakah diturunnkan hujan begitu lebat sekali...ini menyusahkan aku hendak keluar kemana-mana...kain jemuran yang baru ku ampai habis basah dek kerana hujan...oh panas alangkah baiknya kalau kau yang ada pada waktu ini..."...keluh si manusia..

lalu hujan dan panas yang tedengar kata-kata manusia mula berkata..."Lihatlah hujan kau telah menyusahkan manusia itu...dia lebih memerlukan aku berbanding dengan kamu"..."tidak manusia lebih memerlukan aku berbanding dengan kamu panas".....lalu terjadilah pertengkaran antara panas dan hujan...

lalu datanglah angin.."Mengapa kamu berdua bertengkar??"..

 hujan menyahut....."Seorang manusia talah mengadu berasa begitu panas gara-gara sifat panas..manusia tersebut mengadu lagi lagi dia berasa begitu haus kerana terlalu panas dengan bahang yang dikeluarkan oleh panas..lalu dia mengadu inginkan aku"...kata hujan...

Sambung panas pula..."Tidak apabila diturunkan hujan manusia tersebut mengadu kembali inginkan aku kerana hujan telah menyusahkan mnausia tersebut untk bergerak kemana-mana"...

jawab si angin pula.“Wahai rakan-rakanku...mengapakah kamu bertengkar kerana manusia yang tidak bersyukur itu....lihatlah apabila diberikan sesuatu kepada manusia itu pasti dia akan meminta sesuatu yang lain...tidakkah kamu berdua sedar wahai rakanku...manusia adalah makhluk Allah yang di anugerahkan keistimewaan akal tetapi tidak pernah menggunakan akal  tersebut unutk mensyukuri semua nikmat Allah...”






Jadi fikirkanlah kisah tadi...
p/s: jadilah hamba yang bersyukur kepada allah. 







الخميس، 28 أبريل 2011

ARMAGEDON 2o12 ^_^





Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
      Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).
   
***********************************************

Hmm.. aku dulu memang minat giler nagn novel. Paling banyak novel cinta r.. memang melambak novel tu kat rumah. Tapi tak taw nape skunk aku da bosan ngan novel cinta nie. Mugkin sebab aku mengalami perubahan untuk melonjak ke alam dewasa kot! Cewah! Hehe.. Sejak duduk kat rumah sementara menanti tawaran kemasukan ke university,aku lebeh berminat untuk mengkaji buku2 yang berkaitan ilmiah. Lagi pon , aku memang nak tambah ilmu. Ye la, sementara aku masih fresh (muda) ni, memang patut aku cari ilmu. Nanti dah kawen, dan dah terikat dengan tanggungjawab family, memang susah nak cari ilmu nie.. Jadi, time ni la aku nak top up ilmu banyak2.. hee~ so, buat masa skunk, aku sedang mengkaji buku ARMAGEDON 2012 BENCANA AKHIR ZAMAN. Aku ase kalau dengar tajuk die, macam gerun le pulak kan..  First2 aku tertarik ngan buku nie sebab tajuk die. Buat owg lebih nak taw lagi btol ke kiamat berlaku tahun 2012. Ye la kan, bwu2 nie ade filem owg putih pasal hari kiamat yanag akn berlaku 2012 nnti. Tapi tu sume karut la!! Tak bole percaya pon. 








Sedangkan Nabi kite pon tak taw bile kiamat berlaku apetah lagi kite umatnya. Hanya Allah je yang taw bile tarikh kiamat ini akan berlaku. Kita sebagai hamba perlulah bersiap sedia dengan menambah amalan2 untuk dihisab di padang mahsyar nnti.hmm..  Aku beli  buku ni kat Popular,Parade,Ipoh. Disebabkan buku ni tebal, mahal lah jugak harganya… Sebanyak RM31.50 duit aku habis untuk beli buku nie. Alhamdulillah,aku bwu dapat gaji bekerja,so,aku manfaatkan gaji aku tu dengan membeli buku ni. Act, sampai skunk aku blom habis lagi baca.. ye la, tebal kot. Tapi kalau novel tuh bule pulak abis bace.. ye tak?? Hehe…  memang best pon buku nie.. setakat nie aku bwu baca pasal dajal dan dukhan dengan lebih detail lagi. Selama nie aku hanya taw dari mulut owg camne lah dajal tuh. Hee~ kalau nak taw lebih lanjut , meh aku prom0te buku nieh kat korang. Tak rugi pon. Banyak giler maklumat informasi pasal hari kiamat yang kte dapat taw dr buku nie,,


الأربعاء، 27 أبريل 2011

Rilek sebentar~

                    Anda rasa stress?? Banyak sangat masalah yg korang alami.. j0m jawab teka-teki ni.. Sure stres  korang hilangnye punye…

Add caption
Teka-teki : Hitam dan berpeluh… HA… Ape2??
Jawapan  : Semut hitam tengah berjoging..

Teka-teki: Antara kapal terbang dan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi??
Jawapan  : Kuih lepat liat le..sebab kapal terbang sampai ke langit je,tapi kuih lepat sampai ke lelangit..

Teka-teki: Banyak2 kotak,kotak ape yg x bule angkat??
Jawapan  : Kotak penalti.

Teka-teki: Kenapa penggali kubur gali kubur x pakai selipar?
Jawapan  : Selipar mane ley buat gali tanah,guna cangkul la..

Teka-teki: 3 kepala,6 mata,8 kaki. Apekebendanye tu??
Jawapan  : Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kite menyanyi,masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan  : Lilin masa sambut   ‘Hepi Befdey’

Teka-teki: Scorpion kaler ape?
Jawapan  : Kale jengking r.. senang pon x bole jawab ke.

Teka-teki: Dalam banyak2 kera,kera ape yang bole menaip?
Jawapan  : Kerani                                                                                  

Teka-teki : Ade,seorang imam,tengah solat, pastu ada seekor anjing lalu kat depan die. Pastu dia jilat  kaki dia. BATAL TAK  wudhuk imam tu?
Jawapan  : Mana ada batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
                                                   
Teka-teki: 4 orang awek cun berpegangan berpayung dengan satu paying tapi nape tak basah langsung??
Jawapan  : sebab tak ujan..

CouPLe!! what iS ur oPinioN???~*~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ~
Sekiranya terdapat mana2 kekhilafan yang aku perkatakan ini , aku mnx maaf banyak2. Harap2 sesiapa pembaca yang membaca entry yang aku post nie, sila beri sebarang komen atau pendapat..sbb aku juga adelah hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Actually,aku cume ingin meluahkan pendapat je…tentang couple. Baru2 ini aku terbace tentang maksud sebenar zina hati dalam satu perkongsian ilmu bersama rakan2…  kalau nak taw lebih lanjut,meh bace artikel yang dah aku ‘copy’ ‘paste’ ini.
 *********************************************

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:


(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.
                            
                        

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:


عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.
                                         

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).


Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).


Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.


Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.


Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat
                               
 ****************************************

Persoalannya,aku jadi keliru! maknanya kalau seseorang itu mengingati perempuan atau lelaki yang ajnabi tanpa menginginkan persetubuhan haram, ia tidak dipanggil zina hati.. sebabnya selama ini ape yang aku taw, kalau kite menyukai seseorang dan merinduinya, ia dipanggil zina hati.. Abis tu camne pulak dua org berlainan jantina, mksud aku lelalki dan perempuan sering bertanya khabar smbil menasihati antara satu sama lain dengan kata lain untuk berdakwah .. ade istilah kata ‘couple cara islam’~ Tentu wujud perasaan saling merindui antara satu sama lain walaupun pergaulan tu disertai dengan tazkirah mengingati antara satu sama lain. Btol x??? kalau kite amek maksud zina hati drpada petikan di atas, dua orang hamba Allah ini tadi tidak dipanggil zina hati sebabnye mereka hanya berdiskusi tentang agama,.. ZINA HATI yang sebenaar adalah bermaksud bile seseorng itu memang ade niat sebenar untuk melakukan persetubuhan yang haram. Aku juga terjumpa satu ayat al-Quran ini daripada surah al-Baqarah ayat 42, “Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dengan yang batil itu,sedang kamu mengetahui…”  Maksud ayat di sini yang haq tetap haq,dan yang batil tetap batil. Same jugalah konsep kite mempunyai niat untuk menasihati owg len yg ajnabi dengan kite namun pada masa yang sama kite sebenarnya telah menyarungkan bende yang tak baik dengan Islam.. Hakikatnya syaitan telah memperdayakan kite ke dalam kemaksiatan…..


Aku bukan ape, aku cume keliru dengan pemahaman konsep couple ni.. Ape pendapat korang pulak?? Actually, aku bukannya sedang ber’couple’ sekarang. Aku Cuma memberikan pendapat aku je.. aku pon kalau bole taknak terlibat dengan bende cengginie. Aku masih pelajar dan muda lagi. Banyak lagi ilmu yang perlu aku cari dan penuhi kat dada ni selain perassan cinta pada lelaki ajnabi. Besenye kite selalu dengar, owg yang bercinta sewaktu masih belajar lagi  ni akhirnya kecundang di tengah jalan. Jadi, aku nak kejar cita2 aku dulu, barulah aku nak belajar mengenali erti cinta kepada makhluk yang sebenar. Aku taw, tidak dinafikan bile seseorng tu dah meningkat usia remaja, perasaan untuk megenali erti cinta akan ada. Aku rasa tak salah perasaan cinta itu, Cuma ia perlulah dikawal dengan batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kalau korang Tanya aku, “  Pernah bercouple ke tidak?” mungkin aku jawab “ye kot..” hehe.. sebab itu aku maseh jahil dulu. Tapi xkanle, aku nak cter lebeh detail kot,, hu2.. Ape yang aku harap skunk ni ialah, aku mahu mencintai ALLAH terlebih dahulu,….. sebabye cinta ALLAH lebeh kekal abadi daripada makhluknya. Dan aku mahu merasai kelazatan bercinta selepas bernikah.. insyallah~

Aku harap pendapat yang bernas dan komen daripada korang tetang entry yang aku post ini.. moga sesiapa yg membaca blog aku ini dirahamti Allah selalu.. dan diberikan taufiq dah hidayahNya. Amin~

Nikmat CinTa selePas nikah

                                          
            

j0m kite hayati vdeo ini... Bez~

buaT ak ase insaf!!  

الاثنين، 25 أبريل 2011

Janji Yang Dimungkiri

             Cuba bayangkan seorg kawan suda berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian2 waktu di tempat yang telah ditentukan . Jadi kita pun menunggulah... dengan penuh harapan membunga,,dengan hati yg ceria.




         5 minit menanti,sahabat yang ditunggu tdak muncul. Tak mengapalah,mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi,memerhatikan org yang lalu lalang,sepasang kekasih berjalan beriringan,si ibu memimpin anaknya penuh mesra, seorang pelajar termenung mungkin hatinya resah memikirkan peljarannya.


         Tapi sahabat yg dinanti belum juga kunjung jelma. Tak apa,mungkin sekejap lagi die sampai.Kita melihat jam di tangan. AH!!! suda 20 minit berlalu. Kita menanti dan terus menanti......setengah jam,naik 1 jam,2 jam,3 jam,namun yg dinanti langsung tak nmpak batang hidung.




        Apa yang akan anda rasa??? Tentu anda akn berkata.....   
a) Eeeii.. mnelah budak ni??
b) Klu ade hal pon call lah
c) Tak gune btul,tp da jnji
d) Taulah esok,siap engkau!!!




        Sekarang cuba bayangkan diri kte sendiri,yg telah mengucapkan aku janji sebagai org islam di hadapan Allah Subhanahuwataala sejak sekian lama.




        Kedengarann azan berkumandang, Allah telah menanti kta menghdapnya. 5 mnit...20 minit... 41 minit... 1jam.. 2 jam... 3 jam... Kita langsung tak sembahyang!!


        Bayangkan,apa yg Allah rasa??? Bukankah kta suda berjanji, KENAPA MUNGKIR????













 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa