الخميس، 29 أغسطس 2013

Lain orang, lain cita rasa

“Nina,, kita dah singgah 10 buah kedai kasut ni. Still lagik tak jumpa ke mana yang berkenan?,” tanya Siti pada sahabatnya.
“ Takle weyy.. sume kasut kat kedai yang kita pegi ni bukan taste aku.” Jawab Nina.

Hari ini merupakan hari minggu. Cuti bekerja.
Kebetulan gaji mereka baru sahaja masuk.
Jadi, Nina mengajak sahabatnya, Siti membeli-belah di Shopping Mall Midvalley yang paling terkenal di Kuala Lumpur.

“Masalahnya kaki aku dah sakit ni. Pulak tu barang2 yang aku bawak ni berat le..adeh,”adu Siti.
“Alamak. Tolong le aku wey. Aku tau la kau dah beli sampai dua kasut. Aku tak jumpa lagi kasut aku yang berkenan.”

Siti hanya mampu mengeluh.
Siti akui, sememangnya taste Nina agak tinggi.
Nina dilahirkan dari keluarga yang berada.
Jadi, kebanyakan aksesori kepunyaannya semuanya mahal dan branded belaka.
Berbanding dengannya dia suka membeli barang yang tidak terlalu mahal.
Cukuplah sekadar comel,sedap mata memandang pasti barang tersebut menjadi pilihannya. 

*********************************

Phew. Bila baca cerita di atas dapat agak tak apa yang iqa nak sampaikan??
Iqa tau setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza.
Iqa akui iqa memang suka shopping. Hak3.dah nama perempuan memang kebanyakannya suke shopping.
Tapi, iqa suka beli benda yang agak murah. hee.
Iqa tak suka barang yang harga dia terlalu mahal.
Asalkan benda tu comel, lawa, dan menarik murah semestinya mesti iqa beli barang tu.
The reason is , kalau iqa beli barang yang mahal harganya mesti iqa hanya mampu beli sedikit je barang.
Tapi, kalau iqa beli barang yang murah, iqa mesti dapat beli barang banyak lagik..
That is my taste. Asalkan benda comel dan murah mesti iqa akan grab.
Tapi kalau barang tu murah sangat dan tak tahan lama iqa tak jugak beli.

Oke. Ada setengah orang dia suka beli barang yang mahal tapi tahan lama.
Dan setengah orang dia suka beli barang2 ada branded.
Tapi, iqa tengok barang2 yang mahal ni takdele lawa mana pon. Tak comel pon.ahaha.
Contohnya wallet.
Ha,tengok ni. mana lagik comel??

Wallet jenama GUCCI . iqa tak minat .
Wallet comel macam ni mesti jadi pilihan iqa
  












Apa pon,setiap orang pasti mempunyai cita rasa yang berbeza.
Dan kita mesti hormat akan cita rasa mereka tersebut.
Korang pulak camana?? eheee

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

The only My Boyfriend

 
 
Guys.
Ceh.poyo sangat nak buat entri pasal boyfriend kan..
Actually, this is my only lovely boyfriend…………
:
:
:
:
:
:
Tada !


Kah3. Ni satunya2 boyfriend yang iqa ada.
Kucing iqa nama dia Acik.
Iqa panggil Acik ni BF iqa sebab iqa sayang dia sangat2.
Boyfriend tu kawan lelaki kan..
Acik ni lelaki.eh jantan la kan.. jadi dia ni satu-satu kawan lelaki iqa paling rapat.
Comel kan dia! Eeee… geram tgok dia ni.
Dia selalu keluar jalan so bila dia balik rumah iqa jek msti iqa serbu kat dia.
Then, main2 dengan bulu dia.
Acik ni manja sangat dengan sume family iqa terutama dengan Cik Nina.
Hak. Sapa Cik Nina.??

Setiap ahli keluarga iqa ada panggilan khas (bahasa diri) untuk Acik ni.
Cik Nina – Mama iqa
Cik Nantan – Ayah iqa
Cik Niqa – Iqa
Cik Nimah - adik iqa
Kah3.. poyokan.. bajet kucing iqa nih pandai bercakap then panggil kitorang dengan nama2 panggilan tu.

Bese dia datang je kat dapur mesti iqa akan datang kat dia.
“Oi…oi… Acik!! Da makan!!”
“Eee…geramnya!! Acik ni… boleh tak tolong jangan buat muka comel??ahaha”
“Mana cik nina?? Acik nak makan… Cik niqa taknak bagi acik makan….” < --- ni suara iqa.bajet kucing iqa akan cakap macamni.
“oii..makhluk berbulu….”

Hak3. Iqa memang suka gila kucing.
Dan memang pantang nampak kucing.
Bila nampak je kucing mesti iqa akan grab dia,,peluk2 dia..belai dia.ahaha.
Tak taw kenapa bila iqa tengok kucing rasa hilang segala stress kat kepala nih! Serius.!
Kekadang assignment iqa berlambak sangat. Rasa stress sgt!.
Tapi bila pegang je kucing tetibe hilang stress..

Hee.. indahkan ciptaan Allah.
Allah ciptakan segala makhluk yang ada kat Bumi ni berbagai rupa .
Ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan..
Saling melengkapi antara satu sama lain.
So, kita sebagai makhlukNya perlu sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Subhanallah…

Lepas ni iqa akan balik ke uia. Sobsob.. rindunya kat Acik. Mesti dia rindu jugak kat iqa.
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الثلاثاء، 27 أغسطس 2013

Resepi Roti Sosej @ Sosej Roll Mudah

 
 
 
Hai kawan-kawan.
Iqa dah lama tak post pasal resepi kan sejak pose nih. Eheee
Oke.kali ni iqa nak share resepi roti sesej @ sosej roll yang senang giler nak buat.
Iqa sebenarnya nak buat sosej yang disaluti dengan serbuk roti.
Tapi kat tempat iqa tak jumpa langsung serbuk roti.
Jenuh iqa carik serbuk roti ni.
Jadi, terpaksa iqa guna telur je. Tapi sedap je.
Nak taw resepinye???  
Moh usha resepi kat bawah ni.

Bahan-Bahan : 
Roti (tak kisah banyak mana pon)
Sosej (Nak sedap beli sosej ramly. Sosej yg murah ni x sedap le. Lain mcm je rasanya).
2 biji telur 

Cara-cara :

Pecahkan telur dan kacau telur tu. 


Letak sosej atas roti dan gulungkan. Gamkan hujung roti tersebut dengan telur yang sudah dikacau tadi. 

Then, lumur roti2 yang sudah digulung tadi dengan telur yang sudah dikacau. 


Goreng kesemua roti2 sosej tu.Dah siap goreng boleh cicah dengan mayonis/sos cili. 




thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Kenapa Mozilla Musang Berapi berkelakuan Not Responding???

 
 
 
Hai brother sister ! panggilan yg bese digunakan oleh student2 uia.
Iqa ada sedikit problem ni. Eh bkn problem. Cabaran bak kata Prof Muhaya.hee
Sape sini guna Mozilla Firefox aka Mozilla Musang Berapi???


Tidakkah apabila anda mengunakan web browser Mozilla ni computer anda hang???
Iqa tak taula kenapa, sejak belakangan ni Mozilla yang iqa guna ni buat hal.
Tiap kali iqa bukak application ni mesti akan jadi Not Responding.
Kenapa ya???
Iqa dah guna disk clean up dan disk defragmenter kat lappy iqa ni untuk meningkatkan lagi ke “efisyenan” lappy nieh.
Tapi, still lappy ni hang lagi.
Bila iqa guna Google Chrome okei plak.  Pelik .
Ada sape2 tak boleh explain kat iqa kenapa application Mozilla loves to act not responding always???

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa