الثلاثاء، 24 يونيو 2014

Cerpen: Dia yang Melindungiku, Alhamdulillah





Jari jemari  sibuk menaip dengan laju di papan kekunci komputer riba.
Sibuk dengan kerja menambun, aku tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang.
Tiba-tiba aku berasa mengantuk.
Lantas aku dibuai mimpi indah di hadapan komputer riba tanpa menutupnya terlebih dahulu.
***************
Jam 5.30 petang aku terbangun.
Allahuakbar.
“Dah pukul 5.30 ptg! Tak solat asar lagi ni” mengucapku di dalam hati.
Selesai menunaikan kewajipanNya, aku terus menapak ke ruang tamu.
Melintasi bilik ibu dan ayahku, perasaan pelik menyelubungi hatiku.
Kulihat kamar mereka kelihatan terbuka sedikit.
Perkakas-perkakas di bilik mereka juga kelihatan tidak terurus.
“Eh! Kenapa bilik mak ayah berselerak ni? Takkan diorang tak kemas bilik tadi masa keluar?” soalan tersebut hanya bergema di ruang hatiku.
“Argh. Lantaklah. Malas nak pikir. Memang mak dan ayah lupa kemas bilik kot…”
 Hari ini, ibu dan ayahku tidak ada di rumah.
Mereka menghantar adikku ke Mahkamah Majisterit, Ipoh.
Adikku sudah memulakan latihan praktikal di mahkamah tersebut.
Jadi, tinggal aku dan bersama atokku sahaja di rumah ini.
********************
Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.
Ibu, ayah, dan adikku selamat tiba di rumah.
Aku sedang berkira-kira untuk tidur (tidur awal), tiba-tiba ayahku bertanya soalan yang amat mengejutkan aku.
“Kakak..kakak.. sini jap….” Ayahku memanggil.
“Ye ayah. Kenapa?” aku dengan patuh menjawab panggilan tersebut walaupun pada ketika itu mataku sudah mengantuk.  
“Ada orang masuk bilik ayah ye?”
“Ha? Yeke? Ayah.. serius.. kakak tak tahu.. memang akk perasan barang bilik mak ayah terabur. Tapi akk buat dek je.. ingatkan bilik mak ayah memang mcm tu dari tadi.” Mataku jadi segar bugar bila mendapat tahu berita tersebut.
“Ni, atok kamu cerita ni.. ada orang lelaki bernama Atan masuk rumah kita tadi.. tapi ayah chec barang takde pape yang hilang.” Terang ayah kepadaku.
“Ya Allah! Yeke? Kenapa akk tak tahu?” 
Lagi pelik, atok tidak menceritakan kejadian tersebut kepadaku.
Sebetulnya, aku memang lupa kunci pintu rumah petang tadi.
Aku tidur petang tadi di hadapan komputer ribaku.
Dan secara tidak sengaja aku lupa untuk mengunci semua pintu rumah.  
Ibuku memarahiku kerana tidak berhati-hati menjaga keselamatan diri.
Ayahku hanya mendiamkan diri.
Aku pula hanya mampu menangis teresak-esak.
Kejadian tersebut betul-betul menginsafkan aku.
Aku langsung tidak sedar ada orang telah memasuki rumahku.
Namun, apa yang paling buat aku bersyukur, bilikku sendiri selamat.
Tiada tanda-tanda yang menunjukkan bilikku juga digeledah.
Aku tidak dapat membayangkan apa yang terjadi kepadaku sekiranya orang tersebut mengetahui yang aku berada di dalam bilikku yang mana ketika itu aku sedang tidur.
Kemungkinan besar dia akan cuba mencabuliku sekaligus merenggut nyawaku.
Kerana aku fikir, aku adalah perempuan dan tidak mustahil orang ini cuba meragut kehormatanku.
Astaghfirullahalazim. Bayangan tersebut aku buang laju-laju.
Mengingatkan tiada apa-apa yang terjadi terhadapku, lantas aku teringatkan Dia.
Aku yakin Dia yang melindungiku.
Alhamdulillah Ya Allah… Kau menjagaku.
Aku pasti, Kau melindungiku daripada perkara buruk menimpaku. Terima kasih Ya Allah.  
Air mata mengalir laju pabila mengingatkan Dia yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
Segera aku membasahkan diriku dengan wudhu.
Aku mahu mengadap-Nya.
Memanjatkan rasa syukur terhadap-Nya kerana aku berada di bawah jagaan-Nya ketika aku tidur siang tadi.
Dan selesai solat, aku menangis tidak henti-henti di atas tikar sejadah.
Tidak henti2 bibirku mengucapkan “Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Kau lindungiku.”  
Sebetulnya aku menangis teruk bila mana aku mengetahui berita tersebut.
Ada dua sebab aku menangis.
Yang pertama aku menangis kerana kelalaianku yang tidak menjaga keselamatan rumah.
Dan yang kedua aku menangis kerana aku bersyukur Allah menyelamatkan diriku daripada kejadian buruk menimpa terhadapku. 
Terima Kasih Ya Allah! 

 photo Congratulationssecond_zpsc16953b2.png

السبت، 21 يونيو 2014

Bila Ajal Menjemput... Sudahkah Kita Bersiap Sedia?

 
 
Hai kawan-kawan.
Pagi tadi iqa scroll facebook.
Terkejut bukan kepalang bila ternampak status dari seorang sahabat iqa ni. 

 
Innalillahiwainnailairojiun.
Pilu.
Nak nangis bila dapat tahu berita ini.
Iqa kenal brother ni. Classmate iqa, kelas BI  masa di pusat asasi uia pj dahulu.
Ya Allah. Memang tak sangka.
Begitu cepat Allah ambil nyawa dy.
Allah lebih sayangkan dia.
Dia meninggal kerana kemalangan motosikal.
Motosikalnya berlanggar dengan kenderaan lain.
Nak tahu berita lebih lanjut boleh baca sini.
Bila dapat berita ni iqa terasa mendapat tamparan yang kuat sangat dari Allah.
Betul2 menginsafkan. Sebak. Nak nangis. Sume ada.
Peringatan dari Allah.
Mati tidak mengenal usia.
Umur arwah, Faiz Hassan baru 21 tahun. Sebaya dengan iqa.
Tapi Allah dah ambil nyawa dia.
Bagaimana dengan kita nanti?
Agak-agaknya kita mati nanti dalam keadaan mcm mana?
Bila ajal menjemput kita, sudahkah kita bersedia?
Kalau tanya kat diri bersedia atau tidak, konfem kita akan jawab “Belum lagilah”.
Tapi, Allah tak tunggu kita bersedia atau tidak.
Allah berkuasa ambil nyawa kita bila2 sahaja Dia mahu.
Tak tunggu sama ada amalan kita dah bertimbun atau tidak.

Dalam Al-Quran juga Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (al-jumuah:8) 

Apabila mengenang akan hal tersebut, iqa rasa sedih sgt.
Mati muda! Argh. Amalan aku tak banyak lagi.
Allahuakbar. Ampunkan dosa hamba-Mu ini.
Jom kawan2. Kita bersiap sedia dengan kematian .
Mati itu pasti.
Perbykkan amalan kita.
 Tambah2 lagi kita sudahpun menghampiri bulan Ramadhan tahun ini.
Mana tahu, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.
Takziah buat ahli keluarga arwah Faiz.
Walaupun iqa tak kenal dy sgt, tetapi iqa terasa juga kehilangannya.

status terakhir dr arwah

 photo Congratulationssecond_zpsc16953b2.png

الجمعة، 20 يونيو 2014

Resepi Daging Masak Kicap Simple

 
 
Hai semua.
Tetibe. Update entry pasai makanan. Dah takde keje kan.
Cuti ni bagi peluang kat iqa praktis memasak. Uhuu…
Ok. Kali ni nak share gulai kicap ni.
Senang je. Korg mesti tau.


Bahan-bahan:
Daging. (cincang kecik2)
Kicap (apa-apa jenis kicap boleh)
Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
Cili merah (hiris)
Kulit kayu manis
Air panas (buat kuah)

Cara-cara:

Rebus daging( tujuan rebus supaya daging empuk dan tak liat ketika makan)
Tumis bahan yang ditumbuk, cili merah, dan kulit kayu manis.  
Masukkan kicap dan air
Akhir sekali masukkan daging dalam gulai.
Biar mendidih.
Siap. Masak, hidang dan apa lagi. Lahap le terus. Ahaa..


 
 photo Congratulationssecond_zpsc16953b2.png

Oman Aku Datang

 
 
 
Oman aku datang??
Ceh. Bajet tiru Istanbul Aku Datang. Ahaaa…
Kelmarin. Dapat mesej ni dari Umi (penyarah iqa) ..


Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Batch kitorang dapat pegi negara Oman untuk program pertukaran pelajar selama 4 bulan/satu semester.
Kenapa Oman?
Ahaa.. seperti yg korg tau, Oman antara negara orang Arab.
Memandangkan iqa mengambil jurusan Bahara Arab Komunikasi Antarabangsa, jadi tak mustahillah batch kami dapat pegi sana.
Doakan iqa ye. Agar dipermudahkan urusan.
In sha allah, kami akan pegi sana bulan 9 ni.
Passport otw nak siap dah. Ahaaaa…
Umi ckp, kitorang patut pegi sana. Bolehlah praktis berkomunikasi dalam b.arab dgn org2 sana sekaligus dapat menimba pengalaman menuntut ilmu di Negara orang. 


 photo Congratulationssecond_zpsc16953b2.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa