الأحد، 27 يوليو 2014

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

Assalamualaikum. Cerita tentang pengalaman puasa?  Ahaha.. banyak tu. Entry taun lepas iqa ada update pengalaman iqa puasa zaman kanak-kanak. Hihi. Sapa nak baca boleh usha sini.

  Buka puasa dengan botol susu

Iqa start puasa umur 6 tahun. Tapi puasa setengah hari jek. Mak suruh iqa puasa setengah hari sampai pukul 1.00 tengah hari. Iqa ingat lagi, balik je dari sekolah tadika, iqa akan pegi ke almari dapur cari botol susu. Masa tu mak iqa dah buatkan susu untuk iqa.  So, iqa buka puasa dengan minum air susu. Ahaha.. lawak gila. Iqa hisap botol air susu tu sampai umur 6 tahun kot.

  Kuih raya

Iqa tak ingat, pertama kali iqa buat kuih raya jenis apa. Apa yang pasti, iqa suka “Biskut Cornflake”. Biasa iqa selalu tolong mak buat kuih ni. Masa kecik dulu, bila iqa tak puasa, lebihan-lebihan adunan biskut raya konfem iqa akan ratah. Hak2. Sedap kot. !

++++++++++++++
               
Iqa join segmen ni.

Betul2 menarik. Best cerita pengalaman puasa pertama.

sape berminat bole klik banner ni. 






السبت، 26 يوليو 2014

Pesanan terakhir Ramadhan buat orang Mukmin



Aku lihat Ramadhan dari kejauhan. Lalu kusapa ia…
“Hendak ke mana?”
Dengan lembut ia berkata,
“Aku  harus pergi, mungkin jauh dan sangat lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang mukmin.”

“Shawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya,
 peluklah ISTIQOMAH saat ia kelelahan dalam perjalanan  TAQWA,
bersandarlah pada TAWADU’ saat kesombongan menyerang,
mintalah nasihat QURAN dan SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi.”

“Sampaikan pula salam dan terima kasih untuknya kerana telah menyambutku dengan suka cita dan melepas kepergianku dengan derai air mata. 
Kelak akan kusambut ia di syurga dari pintu Ar-Rayyan.”

“Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhirku.”

“Masih ada beberapa hari lagi untuk bercengkrama denganku.”



<copy dari whatsapp> 




الجمعة، 25 يوليو 2014

Segmen : Blogwalking sempena RAMADHAN 1435H

Klik sini  

Assalamualaikum.
Moh join segmen ni.
Segmen akan berakhir pada hari Sabtu, 26/7/2014 jam 10.00 malam.
Blogwalking?? Ehehe.. sapa sini yang rajin blogwalking??
iqa takdaklah rajin sgt blogwalking.
Tp biasanya bila update entry konfem akan blogwalking ke blog orang.
Best baca. Boleh tahu info baru.
Oklah. Sapa2 yang bertuah ni iqa nak tag segmen ni utk :

Iftar bersama sahabat2 di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Assalamualaikum.
Baru2 ini, tanggal 21 Julai 2014 bersamaan 23 Ramadhan 1435 H, iqa ada iftar bersama sahabat2 sekolah menengah batch 46 ex-taayah. (Sekolah Raja Perempuan Taayah).
Iftar diadakan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung di Ipoh,Perak.


Seramai 14 orang yang hadir ke restoran ini  untuk berbuka puasa bersama-sama. X ramai pun yg datang.
Best sgt jumpa kawan2 lama. Terubat rindu! Ahaha..
Teringat zaman sekolah dulu.
Member2 panggil nama iqa dengan panggilan “Zul” disebabkan watak iqa yg agak ganas. Dulu jek. Skg tak..
And then, baru2 ni jumpa dorg, nama tu masih lekang lagi.
Kawan2 masih panggil iqa “Zul”. Adoi.. lawak betoi.
Dah jumpa ramai2 cenggini konfem banyak gossip yg kitorang bangkitkan. Tu tak sah kan klu takde kan,.ahaha.
Seorang sahabat iqa, Farhana, perangai lama still tak berubah lagi.
Masih lagi dengan perangainya yang gila-gila.
Setiap kali jumpa kawan iqa ni, mesti dy akan tanya “Zul! Bila nak kawen?”
Amboi.. soalan.. soalan membunuh tuh..
Boleh dikatakan soalan yang sama juga ditanyanya kepada kawan2 iqa yang lain. Hahaha. Lawak betol.
Dalam perjumpaan ni, iqa juga jumpa kawan lama, Fatin Afiqah.
Kami dulu agak rapat masa form 2. Hahaha. Tak sangka dapat jumpa dy semula. Makin lawa dah. Hui.
Kata dy kepadaku, “Kau sumber inspirasiku..” Hahaha.. byklah.. yeke?
Iqa pun dah lupa.
Selepas iftar, kami solat di Masjid Negeri, Ipoh.
Fuh. Ramai juga org solat tarawih di sana.
Pape pun pertemuan ini sangat membri makna kepada iqa.
Walaupun tak ramai kawan rapat yg iqa jumpa, namun hakikatnya iftar ini dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara kami.
Ukhuwwah fillah~
Bertemu dan berpisah kerana Allah…
Wallahu'alam. 
 

الخميس، 24 يوليو 2014

Tadabbur Surah Asy-Syura : Rezki, Kejadian MH17/MH370, dll..


Assalamualaikum.
Semalam iqa baca surah Asy-Syura. Surah ke 42.
Dan iqa cuba tadabbur ayat-ayat tersebut.
Subhanallah. MashaAllah.
Banyak sangat ibrah/pengajaran boleh ambil daripada surah ini.
Kebetulan iqa dalam keadaan kesedihan. 
Bila iqa tadabbur surah ni, lagila iqa menangis.   
Terasa  Allah bersama iqa. Terasa macam Dia sedang pujuk iqa dan cuba menenangkan iqa.

+++++++++++++++

Ok. Antara ayat2 yang best yang boleh reflek kat kita sendiri adalah:

  Rezki. Yakin yang Allah akan memberi rezki kepada kita. Tidak perlu risau.
 [19]Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Sesiapa yang inginkan kehidupan dunia semata-mata, Allah akan beri. Namun di akhirat, dia tidak akan mendapat apa-apa. Sebaliknya, sesiapa yang ingin kehidupan akhirat, Allah akan beri. (maksud ayat kat sini konfem kita nak kekal hidup kat syurga kelak, jadi jom sama2 kita kejar akhirat lebih berbanding dunia. Dunia ni tak kekal. Semuanya akan musnah. )
[20]Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Allah Maha Pengampun. Sejahat mana pun dosa yang kita lakukan, janji kita bertaubat sesungguh-sungguhnya, In sha Allah Allah akan ampunkan dosa kita. ( iqa suka ayat ni. Allah sayang kat kita sebenarnya. Even banyak dosa kita buat, dan kita bertaubat, Allah tetap juga ampunkan kita. Hebat tak Allah?)
[25]Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.

Allah mengkabulkan doa kita sekiranya kita sentiasa beriman dan beramal soleh.
[26]Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.

Apa sahaja musibah yang kita dapat sebenarnya adalah disebabkan dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Namun, Allah Maha Pengampun sekiranya kita bertaubat.  (ayat ni mengingatkan iqa kejadian MH370, MH17 dan jerebu yang menimpa Negara kita baru-baru ni. Hakikatnya, kejadian2 yang berlaku tersebut adalah satu bala dan peringatan daripada Allah terhadap kita semua yang sering melakukan dosa. Jadi, jom segera bertaubat sebelum terlambat)
[30]Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

Hanya Allah sahaja penolong kita. Hebatnya kuasa Allah sehingga kita tidak mampu lari daripada bala bencana yang Allah timpakan terhadap kita.
[31]Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.

+++++++++++++++

Subhanallah.. Bila iqa baca surah ni dan makna dia sekali, iqa terasa betul2 menginsafkan.
Betul2 kena tepat kat diri sendiri. Sekaligus iqa teringat kejadian MH370 dan MH17 yang baru2 ni menimpa terhadap Malaysia.
Jadi, jom sama-sama muhasabah diri.
Ramadhan masih berbaki 3 hari lagi. 
Mari kita mempertikatkan lagi amal ibadah kita.
Wallahua'lam. 


الأربعاء، 23 يوليو 2014

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014




Assalamualaikum.  
Memandangkan hadiah GA ni best2 belaka, hamboi.! Sebab hadiah.  so iqa join GA ni.
Pemilik blog ni bgtaw yg dia mahu menghidupkan kembali blog dia yang sebelum ni dah berusang.
Apa lagi! Jom kawan2. Memeriahkan lagi GA ni.
Syarat2 nye pun mudah jek. Hik.



الثلاثاء، 22 يوليو 2014

Segmen Siapa Nak Kad Raya? by IZZAATI

Klik banner untuk join

Assalamualaikum.
Ok. Iqa join segmen nih. Kali kedua join segmen kad raya. Muehehe.
Segmen Siapa Nak Kad Raya? by IZZAATI'.
Sayala!! Saya nak kad raya tuh. Apa punya jawapan
Iqa rasa iqa antara org terakhir kot join segmen nih. Sebelum pkol 12.00. sempat lagi kan.
Tgoklah. Ada rezki dapat. Sebenarnya iqa x kisah dapat kad atau tak.
Iqa saje2 suka join bende2 cenggini. Rasa best plak. Hak.
Sapa2 nak join cepat taw. Harini last.
Syarat2nye pun mudah je.

Diary Maisarah : Apa perasaan di'reject'?




Assalamualaikum diariku, Maisarah, 

Of course cerita kali ni berkaitan suka/minat/cinta/sayang  kat seseorang. Perasaan sebegini fitrah. Allah bagi. Macam tu juga kat aku. Tah mcmmana aku ter’suka’ kat seorang brother ni. Satu program dengan aku. Aku pernah ckp dgn dia sekali je.. tu pun sbb dalam program.

And then lpstu, aku tak pernah contact saja2 dengan dia. Nak bertanya khabar, memang tak ah. Aku bukan kaki jenis suka layan laki. Aku bukan perempuan yang suka sembang bende2 lagha dengan laki.  And then, walaupun aku tak contact dia, aku tahu byk perkara dia melalui orang lain.

Ok. Ada sebab kenapa aku suka dia. Nak kata hensem, biasa je kot. Dia lelaki yang bukan panas baran. Penyabar. Berbudi pekerti. Beragama. Ngee,, semua ada. Ciri lelaki idaman. Sapa taknak kan. Aku pun takkan tgok paras rupa seseorang.

Aku  tak rasa benda ni saja2 suka. Tak tahula.. perasaan ni sgt kuat. Serius. Sebenarnya, secara tak langsung dia telah motivate aku dlm bnyk perkara : study/ life matter. Tanpa sedar, dia banyak mempengaruhi aku untuk jadi wanita yang lebih baik.

Aku selalu berdoa. “Ya Allah..betulke dia pilihan aku?” selalu juga aku buat istikharah. Seorang sahabat pernah menasihati aku supaya aku beritahu perasaan aku kat dia. Kerana mungkin lelaki tersebut sudah berpunya. Atau untuk kemaslahatan supaya aku tidak menyesal suatu hari nanti. Bagitahu aku minat kat dia??? Ui.. malu gila kot. Ah. Betapa susahnya aku nak buat pilihan untuk beritahu perasaan aku kat dia. Akhirnya, aku buat istikharah, dapat petunjuk.

Dan aku memilih untuk memberitahu perasaanku kepadanya. Guna orang tengah. Proses untuk “confess” mengambil masa yang agak lama. Dan akhirnya aku sudah mengetahui jawapannya. Berkemungkinan besar dia telah reject/tolak aku.aku tak tau. Yang pasti kata orang ketiga itu, lelaki tersebut hanya senyap je.

Nasihat orang tengah:
“sory, tak byk membantu sgt. Eloklah banyakkan berdoa. Incase terjumpa dia nnti, buat biasa je. Nampak la matang sikit. Klu bukan dia, akan dapat orang yang hebat dari dia. Kadang, kita ni rasa rasa dialah terbaik utk kita, tapi sapa tahu mungkin dia ada sikap or something yang kita tak suka. Allah Maha Tahu..”

Aku rasa nak nangis. Sedihnya.. dalam hatinya Allah saje yang tau. Ada btulnya juga nasihat orang ketiga tu. Yang penting aku perlu terus berdoa. Supaya dipertemukan jodoh dengan orang yang lebih baik. Mungkin lebih baik dari dia.

Maisarah,

Terima kasih kerana sudi mendengar coretan hatiku ni. Pedih. Terasa perit aku terima semua ini. Walaubagaimanapun, aku akan terus berdoa. Diberi kekuatan untuk menerima dugaan ini. Dan aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


الأحد، 20 يوليو 2014

Kad Raya Anime

Assalamualaikum.
Ha. Tgok ni! Cumel tak kad raya iqa buat ni??



Hak3. Iqa lukis sendiri anime ni.
Iqa memang suka lukis anime.
Tapi biasanya iqa suka lukis anime free hair.
Tapi ni first time iqa lukis anime bertudung.
Kad raya ni untuk Blogger Gadis Sakura.
ada dua. satu lagi ni tak tahu nak bagi sapa. huk. 
Kitorang decide nak bertukar-tukar kad raya.
Memandangkan iqa keje dan tak sempat nak beli kad raya, so iqa buat sendiri kad raya.
Hand made punya. Hihihi.
Ada sapa2 tak yang berminat nak bertukar-tukar kad raya dengan iqa? ada ke pon?
Klu ada yang berminat boleh contact iqa melalui FB/Wechat:
WeChat ID : mayorburger
cepat taw! sebelum hari raya.hee


 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa