الخميس، 23 أكتوبر 2014

Giveaway by Sweetpea



assalam. guys. 

ahaha.. iqa join giveaway ni. 

“Barang yg iqa paling sayang dah tentu barang Hello Kitty. Bear Hello Kitty ni antara barang yang paling iqa sayang. Bear ni kawan iqa, Fatin yang bagi. Ni antara penyebab iqa minat Hello Kitty. Bear ni adalah barang Hello Kitty yang mula-mula iqa ada. Then, alhamdulillah skrg iqa dah berjaya collect byk brg Hello Kitty.  Kat mana2 je, kalau nak bermalam kat sesuatu tempat mesti akan bawa bear ni. Ngee..hatta belajar ke Oman pun sanggup bawak benda ni. Ahaha. Gila kan?”

mcm kelakar je kan gmbr ni, hak2

special tag for : Lina ZainalNormi NiezaGreen Farra

special thanks to : Ainil Izyan 



Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

G.A Daisy Shawl by Tea&Coffee's Lover

KLIK BANNER


assalam..

join. 



Giveaway Pertama SitiSab

KLIK BANNER




Guys. Assalamualaikum.

iqa join!

Tarikh tutup: 3 November 2014

special tag for : Nisa Ampangthisni3zahataTengkuButang



#7 Travelog Oman IIUM - Kuliyyah Sultan Qaboos

Assalamualaikum guys. Hai. Akhbaruk? (apa khabar) ahaha. arab sangat.  
Semalam, jam 5.30 petang, iqa dan sahabat2 bertapak ke Kuliyyah Sultan Qaboos di wilayah Nizwa,Oman.
Kuliyyah ni khas untuk pelajar2 luar negara (selain Oman) yg belajar bahasa Arab. (kira khas untuk Arabic non-native speaker)
Di kuliyyah ini, diadakan satu pameran mengenai budaya negara mereka sendiri.
Ada mcm2 negara cthnya : Belarus, Czech Republic, Korea, Kazakhstan, Britain, Oman, Turki, dan USA.

Czech Republic 




Kazakhstan



Britain 


Turki



Korea 


USA



Oman 


Menariknya diorang ni cakap Arab fasih sangat.  
Iqa jumpa orang Korea. Memang excited gila.
Memang iqa stick dengan orang Korea je. Dah tak nampak negara lain . Ok. Aku dah jumpa orang Korea memang aku suka gila. Sebab aku gila korea.
Berbual dengan mereka dalam bahasa Arab ok!!!! Bahasa arab ye!! tolong paham.!!  hahah. Mcm tak caye pulak
Masalahnya budak2 korea ni fasih bahasa arab. Cuma adalah juga slang2 diorang tu time ckp. Kire okla kan.. daripada tak reti cakap arab langsung.

salah seorang student Korea yg fasih berbahasa arab 

Salah seorang  budak korea (Sulli, nama dia) belajar arab 6 bulan je kat Oman.
Tapi, serious ah fasih kot dia cakap.
Allahuakbar. Kita ni yang dah belajar arab beberapa tahun kot, tak tahu fasih ke tak. Hee.
Berbicara dengan Sulli, memang byk berkisar tentang korea.
Iqa cakap iqa suka tengok drama korea.
Sekali cakap korea, memang diorang gelak. Annyeseong, cinca??? Tu je perkataan yg terkeluar dr mulut iqa masa tu. Excited sgt. Terlupa perkataan lain.


merasa mkn2 Omanis 



ni ada game apa? tgh2 tu org Korea. Muka dya macam actor Seo In Guk! ahaa 



Khushuknya! apa tah diorang bincang

Pengalaman dikacau budak2 lelaki, Omani.

Selesai travel di setiap booth pameran tersebut, Iqa dan sahabat iqa, (Najihah) nak solat Maghrib.
Kelam sangat. Waktu Maghrib dah tinggal sipi2 je lagi nak abis.
Disebabkan tiada tempat solat, kami decide solat di belakang bangunan.
Kebetulan di situ terbentang luas tikar, orang pun tak ramai lalu lalang.
Tak pasti kiblat mana satu, so, cuba tanya budak lelaki,Omani (dalam lingkungan belasan tahun) mana satu arah kiblat yang sebenar.
Tak sangka pulak diorang ni boleh tahan jugak perangai.
Serious, iqa ingat budak2 laki sini sume jaga ikhtikat, tak ckp dengan pompuan, ghopenye sangkaan iqa tak betoi pun.


Ini antara perbualan iqa dan najihah dengan budak2 laki, Omani ni:  

ناجحة  : "نريد صلاة المغرب. أين القبلة؟؟"
   Najihah: “Kami nak solat Maghrib. Mana satu arah kiblat ye?”  

                الشباب : "هنا. أيوة."
              Budak2 laki : “sini2,,” (sambil tangan tunjuk arah lurus straight.)                  

ناجحة  : "حقا؟؟ بالتأكيد؟؟؟"
Najihah : “Serious?? Betul???”

Iqa dalam hati, wui, jiha jgnla tnye lagi, kang melalut dorang. Maghrib dah nak habis.tp iqa phm kenapa najihah tanye camtu. Sebab nampak diorang main2 jawab.

الشباب : "نعم! لأن هناك المسجد."
Budak2 laki: Ye! tu ada masjid. (sambil tangan menunjuk masjid yang tersergam indah dari jauh.

Aku terpikir, apa kaitan masjid dengan kiblat? ngeee

ناجحة  : "الحمدلله."
Najihah: “Alhamdulillah”.

Iqa gelak dengar jawapan najihah. Lawak sangat.ahaha

الشباب:  "متى تدخلين الإسلام؟؟"
Budak2 laki: “Kamu berdua sejak bila Islam?”

Iqa dalam hati cakap, gila apa punya soalan. Adoi. Ahah, mende doe.

زليخة :  "منذ صغير".
Iqa : “sejak kecil”.

Ahaha..senang jawab.

الشباب : "لأنكما تعجبني بسبب تصلي في أي مكان. أيوة! صلي! سننظر!"
Budak2 laki : “sebab saya suka kamu berdua. Tetap  solat di mana mana. Solatlah! Kami akan tengok.”

Weh! Gila! Takkan diorang nak tengok iqa dengan jiha nak solat. Iqa pegang tangan jiha. “Jiha mcm mne ni? Mampuih pun diorang tgok kita solat??” Jiha cool je. Takpe solat je. Abaikan.

زليخة  : "يا الله.... لا!! لا!! لا تنظر."
Iqa : “Ya Allah. Jgn! Jgn! Jgn tengok”.(sambil bagi isyarat tangan suruh pergi dari sini.

Dalam hati cakap, Ya Allah, bilalah diorang ni nak berambus? Maghrib dah nak habis ni.

الشباب  : ".................."
Budak2 laki: “…………………”

Diorang ckp apa ntah! tak pham. Bising plak.

زليخة  : "اسكت !"
Iqa: “Shussss.. diam!”

Jiha dah start solat. Iqa still lagi tak boleh. Sbb diorang ada kat situ.

الشباب   : "أنت تصلين! أنت ما اسمك؟ هو تريد أن تعرفني."
Budak2 laki: “Kamu solat sekarang! apa nama kamu? Dia nak kenal.” (sambil gelak2 tgn salah sorang budak tu point kat iqa) dah start dah…


Gila. Ni yg iqa tak suka. Tanya nama iqa. Iqa diam. Memang tak ah nak bgtau nama. Last2, terpksa jugak solat wlaupun diorang ada kat tepi tu.
Tapi, Alhamdulillah sekejap je. Terus diorang blah.
Selesai menunaikan solat, iqa dan jiha menuju ke tengah2 bangunan kuliyyah tersebut.
Iqa duduk sebelah makcik, Omani. Serius, duk sebelah makcik teringat kat mak iqa. Huk. Sedeh.
Cuba berbual dengan dia, adeh. Dia cakap arab a’mi (bahasa pasar). Tak faham iqa.
Iqa belajar arab fusha (bahasa baku)
Iqa jawab “la/naam” je. Ahaha. Dah tak tahu nak ckp apa. Cuma sesekali dgr “ziin..syukran…” hee.. tu je iqa paham.

peace! smpat snap gambar dengan makcik ni

Ada macam2 persembahan daripada Omanis dan pelajar2 yang pelbagai bangsa.
Persembahan dari omanis paling lama.
pebenda ntah. Diorang (orang lelaki) menari sambil pegang pedang dengan senapang nyanyi lagu apa tak tahu.
tak pham sebab bahasa a’mi (bahasa pasar) mereka guna.
Bosan jugak lelama. Ahaha.

persembahan dari pelajar2 pelbagai negara



majlis penyampaian hadiah

Akhirnya selesai penyampaian hadiah untuk pelajar2 pelbagai bangsa tu, kami dijamu dengan makan malam.
Wah. Makan malam. Bab makan, iqa memang no satu. Hahaha.
Kami makan dalam talam. Seperti biasa pelbagai juadah disediakan seperti buah-buahan, jus, manisan dan kopi.
Omanis memang mewah dengan makanan. Tapi bab membazir takyah ckp.
Sedih iqa tgok nasi banyak berbuang. Serious kot. Tak paham iqa kenapa diorang suka membazir.
Tu salah satu budaya Omanis yang iqa kurang gemar.
Selesai makan malam, kami bergerak pulang ke university.
Alhamdulillah, syukur sangat diberi peluang oleh-Nya sebab dapat jumpa orang2 yang telah memberi inspirasi kepada iqa dalam pertuturan Arab.
Serious kot. They are inspired me a lot.
Belajar dalam 2 bulan je/ 6 bulan je .. tapi dah boleh bertutur bahasa Arab.
Pulak tu, bukan sume dalam kalangan diorang orang Islam.  
Mostly orang bukan islam. Ngee.. orang bukan islam belajar bahasa arab. Bahasa arab bahasa al-quran, bahasa syurga.
Kita? Org islam? Belajar dan mendalami tak bahasa quran ni? Allahuakbar. Tepuk dada, tanya iman.
And lagi satu, iqa dapat jumpa orang Korea. Tu semestinya kenangan yg iqa takkan lupa..
Iqa tanya diorang kenapa belajar arab.
Jawapan : Nak jadi translator. Even xde bahasa arab di Korea, boleh travel ke mana2 jadi translator.
Weee.. gila ahh. 

الخميس، 9 أكتوبر 2014

#6 Travelog Oman IIUM - Travel ke wilayah Asy-Syarqia

Assalamualaikum guys. Hai.
Travelog Oman IIUM, tidak akan habis kisahnya sehinggalah kami, pelajar Malaysia menghabiskan kembara ilmu kami pada hujung bulan Januari ini. In Sha Allah. Memandangkan cuti Hari Raya Aidiladha di Negara Oman selama 10 hari, jadi kami mengambil peluang untuk melawat ke tempat2 menarik di sekitar Oman yang sudah menjanjikan percutian yang lebih gempak dan menarik kali ini. What the ayat? Lol. Alright. Wilayah Asy-Syarqia telah menjadi pilihan sebagai destinasi pengembaraan kami pada kali ini.

Wadi Bani Khalid

Menaiki bas university, perjalanan mengambil masa dalam 2 jam. Boleh tahan lama perjalanan sampai iqa tersengguk-sengguk ngntuk dalam bas. Destinasi pertama kami, Wadi Bani Khalid yang terletak di wilayah Asy-Syarqia.

On the way ke Wadi Bani Khalid, mata iqa melilau melihat pemandangan alam. Masya Allah. Serius. Terpukau. Di sini dipenuhi dengan bukit. Kebanyakan rumah2 terletak di pinggiran bukit. Penuh dengan batu2 lagi. Kambing2 melambak di sini. Ahaa.. sekali iqa ternampak keldai. Eh betul ke keldai? Ni kawan iqa yg ckp.

bukit berbatu-batu









Berpijaknya kaki di Wadi Bani Khalid, sekali lagi iqa kena pukau!! Terbentang di depan mata iqa, air berwarna hijau yang cantik sungguh. Subhanallah. Itulah dia wadi. First time tgok wadi. Gila cantik nak mampos. ayat ni menunjukkan cantik sangat. Selama ni tgok kat gambar je. Cantik. Tengok live, lagi cantik. Subhanallah. Kawasan wadi ni penuh dengan pelancong kot. Macam2 negara ada. Tapi, yang Malaysia, kami je kot. Orang lelaki siap mandi manda di wadi ni. Kami yang perempuan hanya mampu celup kaki dalam air je. Tahan air liur. Tengok lelaki siap terjun dan berenang di wadi ni. Ah. Jealous. Orang perempuan tak disediakan tempat khas untuk mandi. Takde sorang pun orang perempuan arab mandi, kecuali bebudak. Em, kalau kitorang pelajar perempuan mandi, memang jadi bahan perhatian lah. Baik tak payah. So,  Alhamdulillah dpt snap gambar bebanyak. 




lelaki bolehlah mandi manda



Laluan air dikenali falaj (tali air). negara Oman sememangnya terkenal dgn falaj

















keindahan Wadi Bani Khalid











Bermalam di As-Skharah (padang pasir) 

Puas menjamu mata di wadi, kami decide nak bermalam di As-Skharah yang terletak di wilayah As-Syarqia atau nama lain padang pasir. Serius. Ni pertama kali kot dalam hidup iqa merasa duduk di padang pasir. Ada kem kat sni. Kat sini, baru iqa jumpa unta. Wooohh.. gila tak seronok.. Allahuakbar, hanya Allah je yang tahu betapa seronoknya perasaan ini bila dapat melihat padang pasir. Baru iqa lihat pasir yang berwarna jingga, kejerlusan pdg pasir,binatang yang hidup di sini iaitu kambing dan unta. Serius ah. Selama ni tengok gambar di tv/ internet je. Kali ni betul2 dapat merasa bentuk muka bumi pdg pasir life bila hidup merantau ke Negara orang.




kem yg terletak di tgh2 padang pasir





Petang itu, kami diarah takde r diarah. Ikutlah sape yang mampu untuk mendaki puncak gunung padang pasir sambil melihat matahari terbenam.  Gila ah. Excited kot iqa daki bukit tu. First time! Tapi bapak ah. Penat woo. Baru tau, ni ke perasaan org daki puncak gunung Everest?? Walaupun penat, perasaan membuak utk melihat sunset tetap ada. Dan Alhamdulillah, disebabkan terlampau semangat, iqa pelajar perempuan Malaysia pertama berjaya sampai dulu ke puncak tersebut. Ahaha.  Takyah nak riak sangat k.! Bila matahari menghilangkan dirinya, bulan pula yang muncul.Masya Allah. Taajub! Ni lah pengalaman iqa yang pertama kali tengok bulan mula keluar dr tempatnya. Serius. Taajub dengan ciptaan-Nya.


Bulan memunculkan dirinya 



sunset! 



beginilah keadaan manusia2 yang semangat mendaki bukit padang pasir



ahaha. ce teka. mana satu iqa? 


Malam pun menjelma. Ada bbq. Makan ayam + sotong bakar. Siap ada Omanis yang nyanyi joget lagu arab. Apatah diorang nyanyi. Takpaham. Sebab diorang guna Arab A’mi, iqa faham bahasa Arab fusha je. Sesudah dinner, kami pelajar perempuan berkumpul di satu tempat. Duduk ramai2 atas pasir. Ahaha. Bestnya. Melihat keindahan malam.Main game True and Dare. Ahaha. Best gila. Ramai yang confess macam2.

dinner. :)


Esoknya, lepas sarapan, kami pun memulakan aktiviti lasak. Wooh. Naik unta. First time naik unta. Best nak mmpus! Ya Allah nikmatnnya.. dah lama sebenarnya mengidam nak naik unta. Memula takut jugak. Tapi Alhamdulillah, orait je. Unta2 ni bebaik belaka. Iqa siap pegang dan usap kepala unta2 ni. Oh.. dalam hati ckp mcm ni rupanya badan unta. Perasaan sayang pada haiwan ni membuak walaupun baru kenal unta2 ni.

Teringat zaman Rasulullah dulu. Unta binatang tunggangan nabi. Time unta ni bawak iqa, dalam hati terfikir mcm ni rupanya Nabi tunggang unta. Begitu tabahnya unta2 ni bawak manusia. Sesekali fikiran melayang kat Dia, begitu hebatnya Dia sampaikan kat padang pasir yang panas kering kontang ni, Dia boleh ciptakan haiwan seperti unta  yang boleh hidup bertahan lama di sini. Masya Allah.

menunggang unta. :)


sukanya dapat usap kepala dia. 


15 minit, unta merelakan dirinya membawa iqa, then iqa pegi kat kawasan motor. Pergh, ni yang best nih. Kat rumah, iqa memang biasa merempit naik motor. Ni kat padang pasir ni, nak jugak merempit dengan motor. Uhuukk.Ahaha. Excited kot. Laju gila kot. Merempit dgn motor. Serius. Best gila kot. Bawak laju2 baru feel. Hilang stress!! Senang je, motor ni tak guna gear langsung. Tekan minyak jek. Ahaha.

Sekali merempit dengan member, tetibe kawan iqa terjatuh. Depan mata kot. Iqa pun cuba nak selamatkan mereka. Turun dari motor. Tak sedar motor dah bergerak sendiri. Ahahaha.. kawan iqa yang lain gelak sakan kot. Siap orang2 Arab pun gelakkan iqa. Haih. Malu! Sampai sekarang iqa kena bahan pasal benda ni. Haih. Tak tahu nak matikan enjin. Tu biar je. Tak tahu plak motor ni boleh bergerak sendiri. 30 minit merempit. Iqa lalu kawasan bukit. Terlebih poyo. Bajet dah pro nak lalu kawasan tu. Amek kaw. Iqa terjatuh. Wooohh.. sakit gila. Ahaha.padan muka. Alhamdulillah, ada member lain yang bantu iqa. Adeh.

geng2 motor 


10 riyal  Oman = RM80 duit Malaysia terbang melayang dengan menunggang unta dan merempit motor. Ahaha. Banyak gila habis kan? Tapi iqa peduli apa. Kat Malaysia tak dapat kot peluang nak buat aktiviti ni. Iqa bab2 adventure suka sgt. Duit habis, iqa tak berapa kisah.


budak2 Malaysia semangat bergambar 


Habisnya, aktiviti kami di As-Skharah ini, kami bergerak pulang. Tiba2 kami mendapat undangan untuk singgah lunch ke rumah Maryam, Omani yang tinggal dengan kami, pelajar perempuan di asrama. Apa lagi, bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kami singgah menjamu selera di rumah Maryam. Woooh. Alhamdulillah. Banyak betul makanan. Omanis memang mcm ni. Mereka sgt2 meraikan tetamu. Tu salah satu budaya Omanis yang iqa puji.


bergambar dengan Maryam dan ahli2 keluarganya 


Sesudah lunch, bas bergerak pulang. Masing2 penat. Iqa sempat tidur dalam bas. Alhamdulillah, pengembaraan kami kali ni memang sgt best. Iqa takkan lupa sampai bebila. Allahuakbar, syukur sgt iqa diberi peluang melihat ciptaan-Nya. Menitis air mata bila melihat kebesaran-Nya. Betapa kerdilnya rasa diri ini berbanding Dia yang boleh menciptakan segala-galanya.

Teringat satu bait2 lagu:
“Berjalan, bermusafirlah, 
Melihat kebesaran Tuhan yang  diciptakan untuk 
Mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnia-Nya  
Nilai harganya iman dan taqwa bagi hamba yang setia.” 
Hikmah Kembara:Mirwana.

P/s : sory, entry kali ni panjang. Sebab iqa terlampau excited dgn pengambaraan kali ni. 


 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa