الاثنين، 29 يونيو، 2015

Bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan

sumber: google

Cuak. Debaran di dada kian terasa.
Jari jemariku pantas menari-nari di atas keypad phone menaip “no matrik” dan “kata laluan”.
Tap! Enter!
setelah itu aku tutup mata cepat2. Tak sanggup melihat result yang tak seberapa.
Seminit.. 2 minit… dan kubuka mataku perlahan-lahan.
Mataku terus membulat melihat gred-gred di setiap subjek yang aku ambil.
“Eh! Ni betul ke tak?????” kusoal diri sendiri.
Aku check nama sendiri dan no matric di bahagian atas result tersebut.
Memang betul ini nama aku. No matrik aku pun dah betul.
Arghh. X caya. Biar betul.
Tak puas hati. Lantas aku “log out” dan “log in” semula ke portal IIUM untuk semak semula result final exam.
Ya Allah. Betul.
Kutunjukkan result tersebut pada adikku sendiri.
My adik be like, “woi. Tahniah! Gila ahhh.. kaw perasan tak remarks tu???”
Aah. Baru perasan. Gila ah. First time.
Dua perkataan tu buat aku nangis.
Wallahi tak sangka.
Keputusanku agak baik berbanding sebelum ini.
Paling tak sangka subjek “ungs”. Aku assume aku fail subjek tu sebab carry mark aku rendah gila.
Alhamdulillah dpt B-
Kira oklah dr c atau d.
aku peluk mak.
“mak. Akak dapat result dah. Alhamdulillah. Makasih mak doa.”
Mak aku ucap tahniah.

*********************************************************

Malam itu terus aku sujud syukur.
Aku sungguh nangis.
Berterima kasih pada Dia.
Tiba-tiba aku teringat ayat Dia.

Surah Ash- Syarh. Ayat ke-5 dan ke-6.
"فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦﴾"
“Maka sesungguhnya bersama sama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama sama kesusahan itu ada kesenangan.”


Betul2 Allah ulang 2x tentang kesusahan dan kesenangan dalam surah yang sama.
Relate pada diri sendiri.
Semester yang lalu, aku menghadapi kerja yang terlalu banyak.
Assignment, tutorial, exam, presentation. Ditambah pula aku seorang yang banyak mengikuti program.
Aku terlalu sibuk dengan tugas2 di university hingga setiap malam boleh dikatakan aku tidak sempat tidur nyenyak.
Setiap minggu kerap kali aku nangis.
Terasa tugas2 ini terlalu berat dan aku tak mampu tanggung.
Bayangkan, dalam satu masa aku perlu galas banyak kerja??
Allahu.. terasa ingin “give up”.

sumber: google

Namun, lantas teringat Dia.
Walau sebanyak kerja yang perlu digalas, Allah takkan uji hamba-Nya selagi hamba-Nya mampu tanggung ujian tersebut.
Aku cuba positifkan diri sendiri.
“kau mampu buat” bicara pada sendiri.
Aku terus berusaha menyiapkan tugasan diberi pensyarah dan juga tugasan di dalam mana mana kelab dan persatuan.
Dan aku terus berdoa supaya Allah mudahkan kerjaku, dan aku diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian kali ini.
Alhamdulillah aku berjaya melalui ujian tersebut.
Dan hari ini, aku amat terkejut besar pabila aku lihat result slip aku menunjukkan usaha aku selama ini membuahkan hasil.
Betul-betul terasa Allah bayar balik dengan beri kejayaan ini pada usaha aku yang telah berpenat lelah selama ini.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Aku mahu jadi hamba yang bersyukur.
Dan aku akan meneruskan usaha yang aku buat selama ini. In sya Allah.



 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa