Wednesday, July 3, 2013

Resepi kek batik versi lembut



 
credit to rahayurazali
Pernah dgr tak kek batik??
Ahaa..xkan x pernah kan…
Kek batik ni terkenal sebab sgt mudah buatnya.
Kek batik iqa yg buat ni versi lembut punya. Adeje kan yg versi keras?
Sedap je makan.
:
:
:
Bahan2 : (kek batik yg iqa buat ni skit je,kalau nak byk kene byk lagi kuantiti bahan tu)
Milo – 1 cawan
Serbuk koko – 3 sudu makan                          
Margerin/buttercup – 2 cawan
Telur – 2 biji
Beberapa biskut marie
Susu pekat manis – ½ cawan ( jgn byk sgt.takot terlalu manis.x lalu nak makan)
Air masak/kosong – 1 cawan
:
:
:
Mula2, ambil periuk apa2 pon then masukkan semua bahan kecuali biskut marie dan margerin. Dah masukkan gaul semua bahan tu dalam periuk.
 
Masak atas api ( kene selalu kacau supaya tak hangus)


Lepastu,bole masukkan margerin hingga cair.
Then,,agak2 da sebati bole padam api. 

Ambil bekas dan alaskan bekas tu dengan plastic supaya mudah kek batik nak dikeluarkan nanti.
Susun biskut marie dalam bekas diselang selikan dengan cairan coklat yg dah dimasak atas api tadi. 

Tekan dengan sudu bagi nampak lebih kemas.
Dah siap semua,biarkan kek tu sejuk dulu, then masukkan dalam peti sejuk.
Dalam beberapa jam, bile tgok hasilnya.wah.alhamdulillah.apa lagi.. bole potong dan ngap ahh!!!



thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Tuesday, July 2, 2013

Jus buah paling "simple"

 
 
 
Hai hai..
Harini nak share jugak satu minuman ni,.,
Kah3.. actually.. senang je buat. Xyah share xpe,, masalahnya iqa bosan.. so,,saje menggatal.
Iqa nak share cara buat jus buah. <----- hahaha,,mengada kan,, ni  pon nak share,,
X kisah la korg nak guna buah apa.
Iqa guna buah oren  
Biasa org buat jus mesti guna mesin apa tah nama dia.. yg khas tok jus tuu.. ngee,,mesin ke nama dia.
Tapi kat rumah iqa xdak menatang tu. So, iqa guna blender je..
Dalah satu je blender kat rumah tu.. dah macm2 iqa guna.ahaha
:
:
:
Macam bese korang amek lah bape2 biji oren korg nak guna. Iqa guna dua je.




Lepas tu kupas dulu buah tu. Xkan nak blender kulit2 sekali.hee
Dah kupas boleh ahh kisar buah tu..
Jgn lupa masukkan gula.. kang masam plak jus korang kalau xde gula.
Iqa msukkan 2 sudu gula sebab buah iqa guna dua.


Then,, abis bole tuang kisar tu kat dlam gelas.
Korang nak minum kejap tu bole jugak.
Tapi iqa prefer masuk dalam peti ais dulu.ngeh2..
Sadap woo.. sejuk2…





Monday, July 1, 2013

Kritikan??? Apakah perasaan anda???




Situasi 1




Situasi 2

:
:
:
…………sedih………. Tsktsktsktsktsk
Adake patut org kritik iqa cenggitu??? 




Situasi pertama : Kritikan tetapi bersifat gurauan .

 Perasan tak situasi pertama tu??? Si A mengkritik si B tetapi dengan gaya ketawanya.
Mean A sedang bergurau dengan B.
Tapi, gurauannya itu sebenarnya telah buat org terasa atau sakit hati.
Kalau seseorang tu tak sensitive takpe  ahh..
Cuba kalau seseorg tu jenis yg sensitive.????
Iqa tahu,gurauan tak salah. Malah, sapa kata salah??????
Nabi Muhammad saw pon suka bergurau dengan sahabat2nya..
Tapi, dalam gurauan ada batasnya.
Jangan kata2 kita yg dijadikan bahan gurauan itu buat orang terasa. 



Situasi kedua : Gurauan yang bersifat marah.

Kelihatan si A meminjam barang atau meminta khidmat daripada si B.
Tetapi si A marah kpd si B kerana tak puas hati dengan perkhidmatan tersebut.
Ni iqa lagi x paham orang jenis cenggini.
Tak bersyukur langsung!
Da la mintak tolong kat orang tapi nak marah2 plak kat org.
Kalau jadi kat korang situasi begini,korang bengang x????
Bengang kan.heee…
Kalau iqa nanges.. iqa ni jenis sensitive sikit.

Solusi

Mama selalu nasihat iqa: Think positif.
Mungkin kita tak patut terasa dengan orang camni.
Chill lahhh..
Teringat kata Prof Muhaya 
“ Apa apa yang terjadi dalam hidup kita ni adalah disebabkan tindakan kita sebelum ini” 



……..Reflesh balek …….
Allah…
Allah…
Mungkin iqa penah buat orang terasa ngan iqa
Atau
Kata kata iqa yg pedas tanpa sedar
Atau
Nak bergurau dgn sahabat,tetapi tak tau plak kawan bole terasa
Insaf….
Iqa try muhasabah diri balik
Ingat balek apa yg kita dah buat kat orang
Adakah kata kata kita memberi manfaat kepada orang
Atau
Adakah kata2 kita terlalu tajam hingga buat orang terasa
Ingat….
Kritikan tak salah..
Malah kritikan yang membina dapat memperbaiki kelemahan seseorang
Dan
Kadangkala berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata perkara2 yg tidak berfaedah
Pernah dengar nasyid kumpulan Inteam tajuk “Bicara Kata”???
Iqa suka dgr lirik2 dia.
Cuba hayati dan muhasabah diri balik..


Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...




 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa ♥