Tuesday, April 29, 2014

Rintihan kalbu: Doakan daku dalam doamu.


****kisah benar****
Di pagi nan indah itu kakiku melangkah menuju ke kelas.
Hari sabtu. Kelas berjalan seperti biasa. Subjek Kokurikulum “Leadership and Management”.
Itulah rutin harian pelajar university. Mahu tidak mahu perlu juga hadir ke kelas pada hari sabtu.
Ketika itu aku bersama seorang sahabatku sambil berjalan kaki menuju ke kelas.
Sibuk bercerita, aku langsung tidak sedar ada lubang di hadapanku.
Dan secara tiba-tiba aku terduduk berada di tanah.
Orang ramai mengurumuniku.
Aku pelik.

“eh! Pahal aku kat bawah ni? Kenapa orang ramai kerumun aku ni?” tanyaku pada diri sendiri.

Allahuakabar! Aku terjatuh rupanya…
Pada waktu yang sama, aku terasa kaki di sebelah kiriku terlalu sakit dan terlalu pedih.
Kakiku kebas dan langsung tidak boleh bergerak untuk bangun.
Aku pegang tangan sahabatku. Kuat sekali.

“Fatin… aduh…sakit..sakit..” aduku mengerang kesakitan.
“Sabar2..iqa..” Raut wajahnya menggambarkan dia risau melihat keadaanku.  

Aku terasa ingin menangis kerana terlalu sakit yang amat.
Ketika itu muncul salah seorang pakcik menghulurkan bantuan kepadaku.
Beliau meletak ketulan ais di kakiku.
Dan apabila aku sudah boleh bangun, aku dipapah oleh sahabatku untuk pergi ke klinik.
Di sana aku diberi suntikan dan kakiku dibalut dengan “bandage” oleh doctor.
Aku terseliuh sebenarnya.
Akibat daripada itu kakiku lebam dan bengkak serta aku langsung tidak dapat berdiri dengan tegak untuk berjalan.
Dua hari aku terpaksa berkurung di bilik.
Aku hanya boleh bergerak menggunakan tongkat sahaja.
Dan aku juga tidak dapat solat dengan sempurna. (solat duduk)
Alhamdulillah rakan-rakanku sudi membantuku sekiranya aku memerlukan pertolongan.  

Hari demi hari, bengkak di kakiku semakin surut namun aku masih tidak dapat berjalan dengan sempurna.
Ada sebahagian kakiku masih bengkak lagi.
Dan sejak itu, aku berasa kurang semangat untuk belajar.
Aku juga terpaksa menarik diri daripada beberapa program-program yang sepatutnya aku terlibat.
Antaranya, karnival kelab rumah anak yatim, mentoring rumah anak yatim, dan larian marathon.
Sedih. Tetapi apakan daya aku terpaksa melupakan semua program tersebut.
Berbagai-bagai cara aku telah lakukan.
Makan ubat pil, pergi berurut, sapu minyak/krim ubat pada kaki, sapu air zam-zam.
Kakiku juga pernah di-xray, namun doctor beritahu padaku bahawa tiada tanda-tanda yang menunjukkan tulang pada kakiku patah atau retak.

Teruk sangat ke aku terseliuh?
Hampir sebulan sudah. Sehingga kini, aku masih terpaksa lagi berjalan terhincut-hincut.
Kelas aku jauh dari mahallah.(asrama)
Namun aku tabahkan hati juga berjalan dalam keadaan terhincut itu.
Selalunya aku hanya mengambil masa 15 minit sahaja berjalan kaki dalam keadaan normal untuk sampai ke kelas.
Disebabkan kakiku yang kurang baik ini, aku mengambil masa 25 minit lambat untuk sampai ke kelas.
Ini kerana aku mudah penat. Kaki sebelah kananku terpaksa menampung berat yang banyak disebabkan aku perlu mengurangkan tekanan di kaki sebelah kiriku.
Kadang-kadang aku terasa sedih mendengar beberapa tohmahan daripada manusia yang tidak memahami keadaanku ini.

“Heii..si tempang ni…”
“Jalan tu jangan buat2 jengkotlah! .. nanti betoi2 jengkot baru taw!”

Ah manusia, apa yang mereka tahu? Sememangnya mereka tidak memahami keadaanku ini.
Seringkali juga sahabat-sahabatku bertanya kepadaku apabila mereka melihat aku tidak dapat lagi berjalan dengan baik. 


“Iqa, tak ok lagi ke kaki tu?” hampir setiap hari aku ditanya soalan yang sama.  
Aku jawab, “Tak.. tak tau kenapa..dah sebulan kot…biarlah, kafarah dosa …”

Di dalam solat aku sering juga menangis mengenang ujian yang aku dapat ini.
Dalam tangisan doaku, aku sering berharap agar Allah menyembuhkan kakiku supaya aku dapat beribadah dengan sempurna, melakukan segala tugas harian dengan sempurna.
Dan aku tahu sakit yang aku dapat ni adalah satu kafarah dosa.
Allah beri sakit supaya dosa-dosa yang dahulu terhapus.
Ya.. aku tahu semua itu, namun aku kadang-kadang tertanya juga apakah dosa yang aku telah lakukan sehingga kini kakiku masih tidak sembuh sedia kala lagi?
Kenapa Allah bagi sakit ini padaku?
Astaghfirullahalazim. Setiap kali soalan tersebut berlegar di hatiku pasti aku beristighfar memohon keampunan dari-Nya.
Dan pasti air mataku tidak putus-putus mengalir.
Allah.. Allah… Allah… ampunkan aku,,, aku mahu berbaik sangka pada-Mu.  
Aku hamba yang hina.. aku manusia biasa..tidak terlepas daripada melakukan dosa..
Dan kadang-kadang tiba-tiba di suatu hari aku dihadapkan dengan pemandangan seseorang yang cacat/oku yang langsung tidak dapat berjalan melintas di hadapanku.
Dan aku apabila melihat insan tersebut, terus air mataku mengalir.
Aku masih boleh berjalan lagi. Langsung tidak cacat. Tetapi kenapa aku jadi hamba yang tidak bersyukur?  
Terasa diri ini kerdil.. pemandangan tersebut betul2 menginsafkan aku.
Aku pasti segala yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.

Sehingga kini, aku sentiasa berdoa agar Allah menyembuhkan kakiku ini.
Pintaku hanya satu agar kakiku sembuh dan aku dapat beribadat kepada-Nya dengan sempurna dan dapat membuat segala tugasa harian dengan sempurna.
Dan aku pinta agar diberi kekuatan, ketabahan dan kesabarkan dalam menempuhi kehidupan ini.
Allahuakbar. 

***Mohon pada sahabat-sahabat pada yang membaca post ini agar mendoakan supaya kesihatan kakiku sembuh. Jazakillah. 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Saturday, January 18, 2014

Birthday Celebration at my Friend's House

 
 
Guys.
15/12 – 16/12 aritu tahun lepas Iqa dan classmates girls only stay kat rumah kawan iqa ni, Adila.
Tujuan asal nak celebrate birthday salah seorang classmate iqa, Nujma. Ahaaa.
Gilaa lahh.. tu pertama kali iqa menapak dan tidur kat rumah besar.  
Rumah serba lengkap.
Ada swimming pool, bilik karaoke, gymnasium, sauna, lift  apatah lagik. Wahaha..
Iqa rasa mcm duduk hotel je.
Then, kitorang masak ramai2 kat rumah beliau.
Bermacam2 juadah ada seperti Pavlova, lasagna, kentang goreng, filament ketam, sup cendawan + garlic bread dan mcm2 lagik.
Best sgt dapat stay kat rumah Adila selama dua hari. Hilang stress.ehee
Yg best sgt tu bila dapat naik mini cooper milik salah seorang ahli keluarga dia. heyy..

tangga cinderella!


dari depan rumah Adila


depan mini cooper


swimming pool! 



teruk ahhh budak2 ni nyanyi. hakhak
shopping beli barang. ehemm..Adila bertudung hijau.
pavlova. favourite iqa!
lasagna. air tangan Adila!


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Thursday, January 16, 2014

Berlaku pencerobohan di satu blok Mahallah Asiah IIUM

 
 
penceroboh2 sedang berusaha masuk ke satu bilik ni
 
 
berjaya menceroboh!
 
 
Berlaku pencerobohan di sebuah blok Mahallah (asrama) Asiah? < --- nama asrama tempat iqa menginap kat uia
Ahahaha…
Actually “penceroboh-penceroboh” tu monyet!
Nampak tak??
Betui2 berlaku kat depan mata iqa sendiri.
Kebetulan iqa otw nak balik ke bilik iqa.
Ternampak monyet2 ni dengan selamba panjat satu blok ni.
Dan salah seekor monyet berjaya merampas satu balang berisi kerepek!
Kahkah..lawak betui le…
Iqa tersengih sorang-sorang apabila melihat kelakuan2 monyet ni.
Sempat lagi snap gambar.
Memang monyet banyak berkeliaran kat asrama kitorang.
Sape2 punye bilik dekat dengan hutan abisla… konfem bilik dia akan dimasuki monyet.
Sebab tu lahh kebiasaannya apabila iqa keluar dari bilik iqa akan tutup tingkap.
Ahaa..
Cuak jugak ada “penceroboh” menceroboh bilik iqa. ! 
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Sunday, January 12, 2014

Global Ummatic Week at IIUM

 
 
Guys, ehee
Pada 15/11/2013 tahun lepas aritu iqa pergi programme Global Ummatic Week kat uia.
Salah satu program diorang adakan ialah mengadakan booth dengan pelbagai bangsa dan Negara.
Uia memang akan adakan program Global Ummatic week setiap taun.

Objectives Of The Programme: 

To promote and help realize the vision and mission of the University: Integration, Islamization, Internationalization and Comprehensive Excellence (Triple ICE). 
To expose IIUM community to the plight of Muslim societies around the globe. 
To strengthen the spirit of brotherhood and enhance the spirit of caring & helping among the IIUM community. 
To provide a universal platform for the students and staff to exchange ideas as a way to understand and appreciate each other.

Wakil2 student dari pelbagai negara akan mempersembahkan budaya dan adat mereka dekat booth.
Diorang hias booth mereka macam2 decoration.
Cantik sgt!
Apa yang pasti iqa rasa cam travel satu dunia jek.
Iqa ngan member pegi setiap booth kot.
Ada Indonesia,Nigeria, Somalia,  Pakistan, Afghanistan, Brunei, Syiria, China, Singapore, Algeria, India, Saudi Arabia en banyak lagik..
Malaysia pon ada.eheee
Iqa rasa ada dekat 20 booth kot.
Student2 yang incharge kat booth tu akan explain camana adat dan budaya diorang.
Iqa ngan member siap cuba pakaian Negara diorang lagik.ahaaa..
dan kitorang ada jugak merasa makanan tradisional diorang.
apa yang pasti UIA anjurkan program sebegini sangat memberi manfaat pada iqa sendiri.
Iqa dapat kenal foreigner2 baru yang iqa tak pernah jumpa.
Dapat kenal camana budaya diorang kat sana.
Rasa cam nak pegi jek travel satu dunia tgok hakikat sebenar kehidupan orang2 kat luar Negara.
Uhuu..
Kitorang sempat amek gambar kat setiap booth .
Lawak sungguh.! Ahaa.. mcm2 gaya .


  
ainil pakai sari! macam nenek da !! ahahaha

orang indonesia! merangkap jiran sebelah bilik iqa




brother tu org pakistan. tak silap iqa la. handsome x? wakaka






thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa ♥