الأربعاء، 27 أبريل 2011

CouPLe!! what iS ur oPinioN???~*~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ~
Sekiranya terdapat mana2 kekhilafan yang aku perkatakan ini , aku mnx maaf banyak2. Harap2 sesiapa pembaca yang membaca entry yang aku post nie, sila beri sebarang komen atau pendapat..sbb aku juga adelah hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Actually,aku cume ingin meluahkan pendapat je…tentang couple. Baru2 ini aku terbace tentang maksud sebenar zina hati dalam satu perkongsian ilmu bersama rakan2…  kalau nak taw lebih lanjut,meh bace artikel yang dah aku ‘copy’ ‘paste’ ini.
 *********************************************

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:


(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.
                            
                        

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:


عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik.
                                         

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).


Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).


Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.


Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.


Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat
                               
 ****************************************

Persoalannya,aku jadi keliru! maknanya kalau seseorang itu mengingati perempuan atau lelaki yang ajnabi tanpa menginginkan persetubuhan haram, ia tidak dipanggil zina hati.. sebabnya selama ini ape yang aku taw, kalau kite menyukai seseorang dan merinduinya, ia dipanggil zina hati.. Abis tu camne pulak dua org berlainan jantina, mksud aku lelalki dan perempuan sering bertanya khabar smbil menasihati antara satu sama lain dengan kata lain untuk berdakwah .. ade istilah kata ‘couple cara islam’~ Tentu wujud perasaan saling merindui antara satu sama lain walaupun pergaulan tu disertai dengan tazkirah mengingati antara satu sama lain. Btol x??? kalau kite amek maksud zina hati drpada petikan di atas, dua orang hamba Allah ini tadi tidak dipanggil zina hati sebabnye mereka hanya berdiskusi tentang agama,.. ZINA HATI yang sebenaar adalah bermaksud bile seseorng itu memang ade niat sebenar untuk melakukan persetubuhan yang haram. Aku juga terjumpa satu ayat al-Quran ini daripada surah al-Baqarah ayat 42, “Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dengan yang batil itu,sedang kamu mengetahui…”  Maksud ayat di sini yang haq tetap haq,dan yang batil tetap batil. Same jugalah konsep kite mempunyai niat untuk menasihati owg len yg ajnabi dengan kite namun pada masa yang sama kite sebenarnya telah menyarungkan bende yang tak baik dengan Islam.. Hakikatnya syaitan telah memperdayakan kite ke dalam kemaksiatan…..


Aku bukan ape, aku cume keliru dengan pemahaman konsep couple ni.. Ape pendapat korang pulak?? Actually, aku bukannya sedang ber’couple’ sekarang. Aku Cuma memberikan pendapat aku je.. aku pon kalau bole taknak terlibat dengan bende cengginie. Aku masih pelajar dan muda lagi. Banyak lagi ilmu yang perlu aku cari dan penuhi kat dada ni selain perassan cinta pada lelaki ajnabi. Besenye kite selalu dengar, owg yang bercinta sewaktu masih belajar lagi  ni akhirnya kecundang di tengah jalan. Jadi, aku nak kejar cita2 aku dulu, barulah aku nak belajar mengenali erti cinta kepada makhluk yang sebenar. Aku taw, tidak dinafikan bile seseorng tu dah meningkat usia remaja, perasaan untuk megenali erti cinta akan ada. Aku rasa tak salah perasaan cinta itu, Cuma ia perlulah dikawal dengan batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kalau korang Tanya aku, “  Pernah bercouple ke tidak?” mungkin aku jawab “ye kot..” hehe.. sebab itu aku maseh jahil dulu. Tapi xkanle, aku nak cter lebeh detail kot,, hu2.. Ape yang aku harap skunk ni ialah, aku mahu mencintai ALLAH terlebih dahulu,….. sebabye cinta ALLAH lebeh kekal abadi daripada makhluknya. Dan aku mahu merasai kelazatan bercinta selepas bernikah.. insyallah~

Aku harap pendapat yang bernas dan komen daripada korang tetang entry yang aku post ini.. moga sesiapa yg membaca blog aku ini dirahamti Allah selalu.. dan diberikan taufiq dah hidayahNya. Amin~

هناك 4 تعليقات:

  1. bgus2.... sy pn dh smakin pham psal "couple" n zina hati ni......
    klu nk huraikan mmng ada bnyk perkara n prtanyaan yg bermain d fikiran masing2...
    suma dh sda dlm al-Quran.....
    Agama islam x menyusahkan umatnya.....
    jngnlh kta menyusahkanny....
    prasaan mengingati seseorang itu fitrah manusia...
    dan x bleyla smpy terlalu lagho....
    huk3... tq2.... :)

    ردحذف
  2. ye...
    btoll2..
    sye pon bawu taw...
    tq ek atas komen awk...

    ردحذف
  3. tak salah..kita suka dan minat akn sseorang..

    Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah.Cuma tundukkan NALURI itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat pada NALURInya..

    ردحذف
  4. aah...
    btol tu ummu..
    kene kawal perasaan yang ade tu...
    takot nnti kte bule jauh drp Allah secara tidak sedar..

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa