الاثنين، 29 يوليو 2013

Durian Runtuh!! Menanti Anda!! (Iklan berjumpa dengan artis Lailatul Qadar)





Inginkan dosa-dosa anda yang lalu diampunkan????
Maka ini jalan penyelesaiannya!
Tawaran hebat sempena fasa ketiga terakhir bulan Ramadhan !
Anda hanya perlu rebut peluang 10 malam terakhir dengan memperbanyakkan lagi amalan2 ibadah!

Tarikh : 20 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan ( 10 malam terakhir Ramadhan)
Tempat : Di mana mana sahaja (asalkan tempat yang suci dan bersih)
Masa : Malam sehingga sebelum subuh

Antara amalan amalan ibadah yang anda boleh lakukan -: boleh ikut cara ikon terbaik ini Rasulullah saw :
1. Melakukan qiamullail.
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu.
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak).
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak.
5. Iktikaf dalam masjid.

Sekiranya anda bernasib baik dalam merebut peluang 10 malam terakhir tersebut, anda akan mendapat bonus dan diskaun yang lebih hebat lagi iaitu anda akan berjumpa dengan artis hebat iaitu LAILATUL QADAR !!!!!

Siapa artis LAILATUL QADAR ini???
- Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
- Pada malam itu,turunnya para malaikat ke bumi
- Malam yang penuh sejahtera sehingga terbit fajar

Apakah tanda2 yang meyakinkan anda berjumpa dengan artis LAILATUL QADAR ini???(tanda2 ini berdasarkan hadis)
- Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
- Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
- Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
- Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!
HIDUPKAN MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN DENGAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH SEHINGGA AKHIRNYA ANDA DAPAT BERJUMPA ARTIS HEBAT LAILATUL QADAR.

Seperkara lagi sekiranya anda berjumpa artis hebat ini jangan lupa doa banyak banyak kerana doa-doa anda mudah dimakbulkan oleh Allah swt!!!!

PASTI ANDA GEMBIRA SANGAT APABILA ANDA DAPAT BERJUMPA ARTIS INI!! PERCAYALAHHHHHHHH


Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya: “Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan dalam malam ganjil” 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

هناك 10 تعليقات:

  1. satu iklan yang sangat berguna utk tatapan semua.. marilah kita sama-sama mencari malam lailatul qadar..

    ردحذف
  2. mohon copy yer nak post dalam belog bleh ^_^

    ردحذف
  3. suka entry ni...saya nak repost jugak nanti boleh?

    ردحذف
  4. Assalammualaikum...zulaiqa,

    bagus penyampaian ini, kreatif dan senang dgn cara penyampaian...dan mudah faham..

    mselim3

    ردحذف
  5. waaaau. such a nice advertisement =D

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa