الجمعة، 2 أغسطس 2013

"Anonymous Kahfi"

“Salam pagi Jumaat..yg mana lupa nak baca surah kahfi smlm..bole la baca pagi ni kejap..sbl0m TIDOW tu.ahaha”
“Nak tidur..tunggu dulu! Baca surah kahfi dulu”

Acapkali iqa dapat mesej sebegini setiap pagi Jumaat.
Seseorang yang tak kenal send sms kat iqa mengingatkan iqa baca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat.
Bila iqa tanya sapa dia,,dia taknak jawab.
Last sekali iqa save je nama dia dalam henpon iqa “Anonymous Kahfi”..ahahaha
Anonymous = orang tak dikenali
Kahfi = orang ni selalu ingatkan iqa baca surah al-Kahfi
Kekadang fikir balik baguz jugak org ni ingatkan iqa.. sebab kekadang iqa terlupa.huuu…
Akhirnya dah selalu dia anta mesej ..baru dia nak bgtw sapa dirinya sebenar..
Actually classmate iqa sendiri masa semester pertama dulu..
Ahaha..poyolah taknak bgtw nama.
Okelah.sebenarnya entri kali ni bukan nak citer pasal budak anonymous kahfi nieh..
Iqa nak citer fadhilat2 yg kita dapat bile amalkan baca surah al-Kahfi hari Jumaat.

Antara kelebihan2nya ialah :

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) 
Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.
Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia

2) Dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

3) Memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad]
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)

4) Terjaga dari fitnah Dajjal

Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”

Ni antara fadhilat2 kita membaca surah al-Kahfi.
Sebenarnya iqa suka sangat hari Jumaat.
Sebab kita boleh upgrade pahala banyak pada hari tu…
Hari Jumaat adalah hari yang sangat istimewa.jadi banyak amalan boleh buat.
Nak taw lagi apa amalan sunat kita boleh buat selain baca surah al-Kahfi???
Boleh usha sini..




Alamak.. x nampak ek????

Mandi (mandi sunat hari Jumaat)

Potong kuku/cabut segala bulu/misai

Pakai wangi-wangian

Bersiwak/bersugi

Baca surah kahfi pada malam Jumaat dan siangnya

Datang awal ke masjid dan solat tahiyyat masjid

Dengar khutbah dgn penuh perhatian

Banyakkan bacaan selawat ke atas Rasulullah saw

Solat sunat slps solat jumaat

Banyakkan amalan sedekah

Makruh melangkah bahu/tengkuk orang lain utk ke saf hadapan (solat jumaat)


Fuyyoooo!! Banyakkan amalan sunat kita boleh buat!
Jadi tunggu apa lagi!
Jum beratkan timbangan kita dengan melakukan amalan2 sunnat cenggini.
Tak susah pon..
Buat penuh ikhlas.dah dapat pahala.senang kan…
Renung-renungkan dan selamat beramal.


هناك 7 تعليقات:

  1. Assalammualaikum...zulaiqa,

    Peringatan yang bagus nie... memang begitu banyak fadhilat surah al-kahfi dan begitu juga dengan surah2 yang lain...

    mselim3

    ردحذف
  2. banyaknya manfaatnya iqa.. terima kasih di atas perkongsian ini.. semoga kita semua mengamalkannya.. :D

    ردحذف
  3. oow.. tambah pengetahuan.. syukran :)

    ردحذف
  4. mesti org tu syg sgt dekat iqa dlm diam. sbb tu dia selalu bg peringatan. mmg bnyk manfaat surah ni. :D

    ردحذف
  5. iqa .. tq for sharing this.. sangat2 berguna dan bermanfaat^_^

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa