Kala malam sepi itu aku bertafakur
Berteleku di tikar sejadah sambil bermuhasabah diri
Menangis sepuas-puasnya menghadap-Nya mengharapkan keampunan
dari-Nya.
Baru sekarang aku nampak apa yang Engkau ingin berikan padaku.
Seimbas, ingatan lalu kembali menerjah di ruang kotak
memoriku.
Dahulu, seringkali aku bertanya mengapa kehidupan aku tidak
seperti orang lain?
Kenapa aku dilahirkan hidup dalam serba kekurangan?
Kenapa ayah aku tidak punya kereta mewah seperti
kawan-kawanku yang lain?
Kenapa rumahku ibarat tempat berteduh sahaja berbanding
sahabat-sahabatku yang lain punya rumah besar?
Kenapa ibu dan ayahku tidak mampu menanggung aku untuk
perbelanjaan ke university?
Kenapa aku perlu tanggung sendiri semuanya termasuk makan
pakaiku dan perbelanjaan yuran belajar aku?
Kadang-kadang aku pernah berfikir kenapa Dia beri ujian
sebegini kepadaku?
Sehinggakan aku pernah berkata “Engkau tidak berlaku adil
padaku Ya Allah!”
Dan suatu hari aku tergerak hati untuk membeli satu majalah.
Aku membaca majalah tersebut sehingga wajahku dibanjiri
dengan air mata.
Antara isi kandungan majalah tersebut :
“Nikmat Allah sangat besar kepada
hamba-hamba-Nya iaitu antaranya Keamanan,Kesihatan,Makanan.”
“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang
melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan
mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah. (an-nahl : 83)”
“Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah
daripada kamu, jangan melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu
kerana itu lebih wajar supaya kamu tidak memperlekehkan nikmat Allah. (HR
Bukhari & Muslim).”
Allah… Baru aku sedar banyak sungguh nikmat yang Engkau
berikan padaku.
Nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat ketenangan hidup,nikmat
Islam, nikmat kefahaman belajar…
Walaupun diberi nikmat
yang melimpah ruah ini kenapa aku masih tidak bersyukur pada-Nya?
Lihatlah pada kehidupan rakyat Islam di luar sana
Syiria,Mesir,Gaza yang hidup dalam keadaan tidak aman.
Lihat saja pada orang-orang yang kurang berupaya, cacat
penglihatan, tiada kaki dan tangan..
Lihat pada mereka yang hidup melarat menjadi pengemis di tepi
jalanan..
Lihat pada orang yang hidup dalam kemewahan namun hakikatnya
jiwa menderita…
Akan tetapi kenapa aku tidak sedar itu semua?
Hidup aku tidak semiskin mereka.
Walaupun serba kekurangan aku punya ibu dan ayah yang amat
menyayangiku sepenuh hati.
Walaupun aku menghadapi masalah kewangan aku tetap boleh
hidup dengan gembira.
Langsung sesekali aku tidak pernah meminta-minta pada orang
lain.
Jadi kenapa aku masih mempersoalkan hakku pada-Nya tentang
kehidupanku yang tidak semewah orang lain?
Kenapa aku menimbulkan isu “Allah tidak adil padaku?”
Kerana hal sedemikian menunjukkan aku tidak bersyukur
pada-Nya bahawa banyak lagi nikmat yang
Dia kurniakan padaku.
Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Jadi terima
seadanya.
Seharusnya ujian kesusahan yang aku terima ini adalah sebagai
motivasi dan pendorong aku untuk terus memajukan diri menjadi insan yang lebih
berguna pada masa akan datang.
Ya Allah ampunkan aku…
Baru aku sedar apa hikmah yang Kau beri ujian padaku selama
ini.
Baru aku sedar ini adalah teguran dari Dia buatku.
Supaya menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur atas
nikmat-Nya.
Itu adalah ingatan laluku.
Aku bersyukur kerana Allah beri satu teguran buatku.
Allah…Allah…Allah…ampunkan aku.
Aku hamba yang hina dan lemah Ya Allah.
Aku banyak buat dosa pada-Mu
Aku sering alpa dengan nikmat yang Engkau berikan.
Maka, pimpinlah dan tunjukilah Hidayah dan Inayah kepadaku.