“Iqa,,, tengok cerita apa tuh?? Tergelak-gelak sengsorang???”
tanya salah seorang daripada sahabat biliknya.
Diam.
Telinga sumbat dek earphone.
Hidup dalam dunia cerita tersebut, tak dengar apa yang
ditanya oleh sahabatnya.
“Iqa?”
“Hah?”. Tangan cepat-cepat cabut earphone.
“Kau tanya iqa ke??? Sory tak dengar.. hehehe.” Buat muka
comel.
“Orang tanya kau tengok citer ape?? Dah tengah malam ni..
tido le…”.
“Ha,, citer korea le. Pasta.”
“Aik, bukan kau dah tengok ke?? Tengok lagi ????”
“Best sangat le citer ni. Iqa kalau ada citer best camni iqa
akan ulang banyak kali.” Katanya sambil gelak mengekek.
………………………………………………………………………………
Assalam.
Guys. Huk.
Guys. Huk.
Seperti yg korg tau iqa memang gila cerita2 korea.
Iqa tak minat Running Man,
tapi iqa suka layan drama2 bersiri korea. Hak2.
Okey. Kali ni iqa nak buat review cerita korea tajuk Pasta.
Cerita Pasta ni dah lama sangat. 2010 punya cerita.
Tapi iqa baru tengok sekarang. Kah3.
Even sibuk dengan assignment, iqa sempat lagik layan Korea. Hak3.
Teruk x?
Iqa dapat cerita ni dari kawan.
So, sejak tu iqa suka layan cerita ni.
Banyak kali dah kot iqa ulang. Iqa rasa dekat 10x!
Synopsis drama :
Drama berkisar kehidupan
tentang tukang masak di sebuah restoran terkenal La Sfera. Seo Yoo-kyung bekerja
sebagai tukang pembantu dapur (kitchen assistant) selama 3 tahun. Namun,
setelah bekerja keras selama 3 tahun beliau berjaya menjadi chef yang
ditugaskan untuk masak Pasta. Konflik timbul apabila muncul ketua chef baru, Choi Hyun-wook, yang sangat
baran sifatnya.Ketua Chef baru tersebut telah memecat semua pekerja wanita
termasuk Seo Yoo-kyung kerana
beliau tidak suka wanita bekerja di dapurnya. Namun, Seo Yoo-kyung tidak berputus asa. Walaupun
dipecat sehingga 2 kali, beliau tetap datang dan mahu bekerja di restoran La
Sfera tersebut dan akhirnya beliau diiktiraf untuk bekerja semula bersama ketua
chef tersebut. Drama ini juga
mengisarkan tentang bagaimana Seo
Yoo-kyung telah jatuh hati pada ketua chefnya sendiri. Dalam waktu yang
sama wujud watak Mr.Cactus yang
selalu memerhatikannya selama 3 tahun dia bekerja di restoran tersebut. Siapakah
Mr. Cactus
tersebut??? Apakah cinta Seo
Yoo-kyung pada ketua chefnya bertepuk sebelah tangan saja?
Apa yang unik dan best sangat cerita ni adalah watak hero dan
heroin cerita ni.
Watak hero, Choi
Hyun-wook sangatlah
baran orangnya.
Manakala watak heroin, Seo Yoo-kyung sangat sabar melayan kerenah ketuanya.
Cerita kehidupan liku2 sebagai chef terkemuka di sebuah
restoran sangat memberi inspirasi pada iqa sendiri.
Banyak pengajaran dan ilmu diselitkan dalam cerita tersebut.
Yang pasti iqa bagi rating cerita ni 5 bintang !
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak