Semalam iqa baca surah Asy-Syura. Surah ke 42.
Dan iqa cuba tadabbur ayat-ayat
tersebut.
Banyak sangat ibrah/pengajaran boleh
ambil daripada surah ini.
Bila iqa tadabbur surah ni, lagila
iqa menangis.
Terasa Allah bersama iqa. Terasa macam Dia sedang pujuk iqa dan cuba menenangkan iqa.

Terasa Allah bersama iqa. Terasa macam Dia sedang pujuk iqa dan cuba menenangkan iqa.
+++++++++++++++
Ok.
Antara ayat2 yang best yang boleh reflek kat kita sendiri adalah:
[19]Allah Maha Lembut tadbirNya
(serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah
ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
[20]Sesiapa yang menghendaki (dengan
amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat
tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan
amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan
dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu
bahagian pun di akhirat kelak.
[25]Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang
bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia
mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
[26]Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta
beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang
mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi
mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
[30]Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala
bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari
perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah
memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
[31]Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada
menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana
sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh
sesiapapun yang lain dari Allah. – sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.
+++++++++++++++
Betul2 kena tepat kat diri sendiri. Sekaligus iqa teringat kejadian MH370 dan MH17 yang baru2 ni menimpa terhadap Malaysia.
Jadi, jom sama-sama muhasabah diri.
Mari kita mempertikatkan lagi amal
ibadah kita.
Wallahua'lam.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak