الأربعاء، 27 أغسطس 2014

Selamat tinggal Malaysia

Tik..tik…tik.. dah nak dekat pukul 7.30 petang.
Cepatnya masa berlalu. Allahuakbar.
Dan hari ini sudah menginjak ke hari Rabu bersamaan 27/8/2014.
Lusa, hari Jumaat, aku bakal mencipta sejarah dengan menaiki kapal terbang buat pertama kalinya dalam hidupku.
Pertukaran pelajar di Universiti Nizwa, Oman, berkemungkinan bakal merubah hidupku.
Cuak sebenarnya.
Aku takut, tak mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.
Pelbagai persediaan yang telah aku lakukan.
Aku cuba contact dengan orang sana, bertanya bagaimana dengan kehidupan di sana.
Dan, aku juga mencari-cari maklumat2 di internet berkenaan kehidupan di Negara Oman.
Sebetulnya, bila aku fikir balik, ada hikmahnya aku dapat belajar di sana.
Aku dapat praktis bertutur dalam Bahasa Arab setiap hari dengan masyarakat di sana.
Sekaligus, aku dapat belajar menghayati budaya masyarakat di sana.
Selain itu, aku dapat mencari pengalaman dan dapat menghayati keindahan ciptaan Allah.

“kakak, kaw tak sedih ke nak tinggal rumah?” adikku bertanya.
“entah. Tak tau nak ckp apa” aku jawab.

Aku macam takde perasaan nak tinggalkan Malaysia.
Tapi, dalam hatiku sedih juga sebenarnya.
Alah. Sekejap je . 4 bulan lebih je aku di sana. And then, aku akan balik ke Malaysia.
Dapat syahid di sana satu package jugak.
Mati dalam keadaan menuntut ilmu, dikira syahid kan? Betul tak?
In sha allah, selama 4 bulan lebih di sana, aku akan cuba memanfaatkan diriku dengan sebaik-baiknya.
Aku cuba ambil peluang dengan lebih memperbanyakkan lagi pertuturan bahasa Al-Quran itu, bahasa ahli syurga.
Sekaligus, aku mahu mempertingkatkan penguasaan bahasa arabku.
Itu tekadku. 


************************************



Catatan ini ditulis oleh penulis sendiri yang bakal meninggalkan Malaysia demi menuntut ilmu. Beliau akan bertolak dari KLIA pada hari Jumaat ini bersamaan 29/8/2014 pada pukul 9.45 pagi. Diminta sesiapa yang mengenali beliau, mendoakan kesejahteraan beliau di sana. –hakhak. Poyo sangat!. Doakan iqa ea, kawan2.. 

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa