الأحد، 28 سبتمبر 2014

#5 Travelog Oman IIUM - Rehlah di bandar Muscat

Assalam guys. Cerita pasal Negara Oman. Hak3.
Jumaat baru2 ni, iqa dan kawan2 (budak Malaysia), Omanis, berjimba ke Muscat, Oman.
Hari Jumaat adalah hari cuti bagi Negara Oman. Kira mcm cuti kat negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.  
Muscat adalah Bandar terbesar (kira macam KL) di Negara Oman.
Tempat iqa belajar ni Nizwa, pedalaman kecil je. Penuh dengan gunung-ganang.
Takde pape langsung. Ahaha..kalau nak berjimba memang takde langsung.
Jarak antara Bandar Muscat dan Bandar Nizwa agak jauh lebih kurang 130 km/j.
Kami menaiki bas university untuk pergi ke sana, dan perjalanan mengambil masa dalam 2 jam.
Gila jauh kan…
Bertapak di Muscat City Centre, masing2 bawak haluan.
Kat sni iqa nampak penuh foreigners termasuk kami..wakaka dan Omanis.
Kebanyakan orang philipina, Indonesia, orang putih pun ada. 
Ada yang pergi cinema, shopping, lepak, lunch. Solat pun semua kat situ.

kat Oman, x jumpa unta life lagik. dpt peluk patung unta pun jadilah. wkaka


Forever 21! our age. 


lunch 

Muscat City Centre macam KLCC.
Barang2 yang dijual di sini sememangnya mahal gila.
Cuma ada satu tempat shopping ni, Max (nama mall) barang yang dijual agak murah.
Apa lagi, kami semua serbu Max.
Iqa sempat beli 2 pasang baju tidur + sneaker.
Rambang mata kot nak pilih. Baju yang dijual cantik2 gila.
Pulak tu ada jual barang Hello Kitty. Haih.
Kat Max, terbang jugaklah 20 Riyal bersamaan RM160.00 duit Malaysia. Gila kan.
Kat Negara orang ni, banyak gila iqa belanja.
Pukul 4.15 petang, kami bertolak ke Fun Zone, Al-Qurm, Muscat. 

Fun Zone 

Ngee.. kat sni iqa main bowling.
Cool gila. Iqa nampak Omanis siap main bowling dengan abaya diorang yang warna hitam tu.
Yang laki plak siap pakai jubah putih.

nmpak tak laki Omani kat belakang tu? cool gila kan. main siap pakai jubah lagi 

Rare sgt, kat sini main bowling confirm tak jatuh longkang.
Cause kat longkang tu ada benda yang menghalang daripada bola tu jatuh. Wakaka.
Wooh. Lama gila dah tak main bowling.
Sekali dapat main, rasa puas. Alhamdulillah 3x strikes, tak penah2 banyak kali dpt strikes.. kui3.
So, dlm kumpulan tu iqa juara. Juara sgt! Bangga kot. Ahaha.

aha..yeay! iqa menang.

bergambar dengan Omanis, antara roomate kami 

Ni menunjukkan iqa excited sgt main bowling tu.
Sesetengah kawan iqa ada yang main ice skating.
Iqa tak pandai. Tskttsk2.
Malam menjelma.
Kami menjejakkan kaki ke pantai Muscat.
Subhanallah. Cantik sgt pantai sini.
BBQ di pantai. First time kot bakar ayam kat tengah2 pantai pada waktu malam. 

BBQ kat pantai 

Dikelilingi pula dengan angin deru pantai, bintang2 bergemerlapan di langit dan bulan sabit yang menerangi malam, kami terasa malam itu sangat indah.
Serius. Walaupun malam, iqa asyik menikmati pemandangan pantai.
Terasa sangat syahdu dan tenang sekali bila melihat kebesaran Dia.
Teringat ayat Al-Quran mengatakan air sungai dan air laut tidak akan bercampur kedua-duanya. (surah Ar-Rahman 55:20)
Subhanallah, bila tengok laut, dan teringat ayat tu, terasa kagum sangat dengan ciptaan Allah.
Kira2 jam 9.30 malam, kami bersiap2 kemas untuk pulang ke university.
Ngee, masing2 penat kot. Dalam bas, semua berdengkur tidur, termasuk iqa. Hakhak.  
Sesungguhnya, pengalaman rehlah ke Muscat ni sangat memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada iqa. 

first time beli lolipop besar gila 


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa