sumber: google |
Cuak. Debaran di dada kian
terasa.
Jari jemariku pantas
menari-nari di atas keypad phone menaip “no matrik” dan “kata laluan”.
Tap! Enter!
setelah itu aku tutup mata
cepat2. Tak sanggup melihat result yang tak seberapa.
Seminit.. 2 minit… dan kubuka
mataku perlahan-lahan.
Mataku terus membulat
melihat gred-gred di setiap subjek yang aku ambil.
“Eh! Ni betul ke tak?????”
kusoal diri sendiri.
Aku check nama sendiri dan
no matric di bahagian atas result tersebut.
Memang betul ini nama aku.
No matrik aku pun dah betul.
Arghh. X caya. Biar betul.
Tak puas hati. Lantas aku “log
out” dan “log in” semula ke portal IIUM untuk semak semula result final exam.
Ya Allah. Betul.
Kutunjukkan result
tersebut pada adikku sendiri.
My adik be like, “woi. Tahniah!
Gila ahhh.. kaw perasan tak remarks tu???”
Aah. Baru perasan. Gila ah.
First time.
Dua perkataan tu buat aku
nangis.
Wallahi tak sangka.
Keputusanku agak baik
berbanding sebelum ini.
Paling tak sangka subjek “ungs”.
Aku assume aku fail subjek tu sebab carry mark aku rendah gila.
Alhamdulillah dpt B-
Kira oklah dr c atau d.
aku peluk mak.
“mak. Akak dapat result
dah. Alhamdulillah. Makasih mak doa.”
Mak aku ucap tahniah.
*********************************************************
Malam itu terus aku sujud syukur.
Aku sungguh nangis.
Berterima kasih pada Dia.
Tiba-tiba aku teringat
ayat Dia.
Surah Ash- Syarh. Ayat ke-5
dan ke-6.
"فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
﴿٦﴾"
“Maka sesungguhnya bersama
sama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama sama kesusahan itu ada
kesenangan.”
Betul2 Allah ulang 2x tentang
kesusahan dan kesenangan dalam surah yang sama.
Relate pada diri sendiri.
Semester yang lalu, aku
menghadapi kerja yang terlalu banyak.
Assignment, tutorial, exam,
presentation. Ditambah pula aku seorang yang banyak mengikuti program.
Aku terlalu sibuk dengan
tugas2 di university hingga setiap malam boleh dikatakan aku tidak sempat tidur
nyenyak.
Setiap minggu kerap kali
aku nangis.
Terasa tugas2 ini terlalu
berat dan aku tak mampu tanggung.
Bayangkan, dalam satu masa
aku perlu galas banyak kerja??
Allahu.. terasa ingin “give
up”.
sumber: google |
Namun, lantas teringat
Dia.
Walau sebanyak kerja yang
perlu digalas, Allah takkan uji hamba-Nya selagi hamba-Nya mampu tanggung ujian
tersebut.
Aku cuba positifkan diri
sendiri.
“kau mampu buat” bicara
pada sendiri.
Aku terus berusaha menyiapkan
tugasan diberi pensyarah dan juga tugasan di dalam mana mana kelab dan
persatuan.
Dan aku terus berdoa
supaya Allah mudahkan kerjaku, dan aku diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi
ujian kali ini.
Alhamdulillah aku berjaya
melalui ujian tersebut.
Dan hari ini, aku amat
terkejut besar pabila aku lihat result slip aku menunjukkan usaha aku selama ini
membuahkan hasil.
Betul-betul terasa Allah
bayar balik dengan beri kejayaan ini pada usaha aku yang telah berpenat lelah
selama ini.
Alhamdulillah. Terima kasih
Ya Allah.
Aku mahu jadi hamba yang
bersyukur.
Dan aku akan meneruskan
usaha yang aku buat selama ini. In sya Allah.
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak