الثلاثاء، 23 يوليو 2013

Andai ini Ramadhan Terakhir.

 
 
Hai kawan kawan..
Tahun Ramadhan ini iqa sering dikejutkan dengan pelbagai kematian tidak kira usia.
Baru beberapa hari yang lepas jiran iqa yang masih muda sekitar umur 30 an meninggal dunia kerana sakit jantung…
Tadi pula sewaktu iqa kerja, iqa dikejutkan dengan pemergian seorang guru muda(guru anak bos) akibat tekanan darah yang rendah.
Paparan television juga ada mendedahkan kanak2 meninggal dunia akibat mati lemas.
Bila hal2 seperti ini sudah menjadi halwa telinga terasa diri ini amat insaf sekali.
Iqa terfikir,, “Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang TERAKHIR buat mereka


Allahuakbar… bagaimana pula dengan iqa?dengan kalian juga?
Adakah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita juga??
Mengingatkan hal ini iqa selalu memikirkan akan kematian.
Ajal akan menjemput kita di waktu bila2 masa sahaja tanpa mengira usia.
Dan sekiranya Ramadhan ini yang terakhir buat kita adakah kita sudah bersedia dengan amal kebajikan yang banyak yang akan menjadi pelaburan akhirat kelak??
Sedarlah,, hari ini sudah menginjak ke Ramadhan yang ke-14.
Dan ini bermakna kita sudah menginjak ke fasa bulan Maghfirah. (diampuni dosa)
Tidakkan kita berasa cepatnya Ramadhan berlalu dan pergi???
Dan andainya Ramadhan ini yang terakhir buat kita tidakkah kita perlu merebut peluang ini dengan menjadikan Ramadhan lebih ini lebih bermakna daripada tahun2 yang lepas?
Tepuk dada,, Tanya iman.. renung renung kan..
Wallahua’lam.

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

هناك 7 تعليقات:

  1. takziah buat keluarga arwah. tabahkan hati je kalau berdepan dengan hal nie :)

    ردحذف
  2. Aah, sekarang dah masuk fasa maghfirah, malam ni kalau terawih dah start baca doa qunut masa witir. Cepat masa berlalu. Tp diri ini masih alpa.

    ردحذف
  3. sebak pula membaca entri iqa ini.. betapa banyaknya akak melakukan dosa, bimbang jika ini ramadhan terakhir..

    ردحذف
  4. akak pon sama jugak.. Selalu ja pikir mcm nii. ^_^

    ردحذف
  5. @Kotak Kosong : ye..tabah di samping kene kuatkan hati

    @Teena Tna : aah tina. malam ni da start doa qunut

    @Mizz Aiza : saya pon sama kak!

    @Lieya VoN JaY :sama!

    @Normi Nieza : tq..

    ردحذف
  6. Assalammualaikum..


    adakah ini ramadan terakhir buatku..sayu sungguh entry nie,,, kekadang bagus utk peringatan ...

    mselim3

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa