السبت، 13 يوليو 2013

Monolog Seorang Hamba



Hujan masih turun dengan lebat di luar.
Aku yang masih berteleku di atas tikar sejadah serasa tidak mahu bangun dari tikar tersebut.
Aku mahu menadah tangan mengharapkan pada masa itu Allah sedang memandangku dan mendengar rintihanku.
Air mata sudah lama mengalir deras di pipiku.
Setiap kali hujan pada bulan Ramadhan ini,beginilah keadaan ku.
Tak tau kenapa,aku akan jadi sebak dan terus menangis apabila hujan akan turun tidak henti2.
Tangisan ini bukan bermakna aku sedih Ya Allah, tetapi aku bersyukur dan gembira sangat nikmat yang Kau kurniakan ini.
Bukankah hujan itu satu rahmat yang Allah anugerahkan pada hamba2Nya di bulan puasa ini????
Kini baru aku nampak apa hikmahnya Allah turunkan jerebu sebelum ini.
Allah bagi satu ujian jerebu kepada hamba hambaNya sebab Allah nak test apakah hamba hambaNya ini sentiasa bersabar walaupun dalam keadaan susah.
Jadi,selepas bagi ujian jerebu, Allah turunkan pula nikmat hujan sebagai tanda untuk menggembirakan hamba2 Nya yang bersabar.
Cuba bayangkan orang yang sedang bersabar melakukan ibadah puasa, pasti akan berasa gembira apabila tiba waktunya berbuka puasa.
Ha,begitulah perumpamaan ujian jerebu ini dan nikmat hujan ini.
Allahuakbar……
Sejenak aku berfikir akan kekuasaan Allah itu.
Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.
Dan aku terus menangis. Menangisi atas dosa2 yang telah aku lakukan. Dan berharap akan keampunan dariMu.
Di atas tikar sejadah itu aku terus berdoa.
Aku tahu doa mudah dimakbulkan di waktu hujan turun.
Mudah-mudahan doaku dikabulkan Ya Allah
Dan hujan masih menggila di luar itu ~




thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

هناك 10 تعليقات:

  1. Setuju, apabila kita bersabar dengan ujiannya pasti ganjarannya lebih bererti.

    ردحذف
  2. @ Tetamu Istimewa : yup.. pasti ada ganjaran di sebaliknya

    @Murni Amir : ya??? waa... saya tulis entri ni pon sambil nangis sebenarnya.. huuu :(

    ردحذف
  3. perancangan Allah memang hebat dan penuh berhikmah..

    ردحذف
  4. @mizz aiza : 100% tepat perancangan Allah

    ردحذف
  5. kita semua hanya mampu merancang utk hari esok pdhal hri esok tak pernah menjanjikan ape2 utk kita :)

    DIA segalanya :)

    ردحذف
  6. @Normi Nieza : tq

    @ekin schmidt : betol

    ردحذف
  7. Semoga Allah memakbulkan doa kita. Insya Allah kalau kita buat sesuatu dgn ikhlas, pasti ada ganjarannya.

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa