السبت، 27 يوليو 2013

Pemakaian Cincin salah satu SUNNAH


Tanganku sibuk menguli doh biskut almond London. Sejak bulan puasa ni, aku bekerja dengan bos aku mengusahakan biskut2 raya. Banyak juga tempahan yang dibuat.Hampir beribu ribu.
“ Kak iqa!,, kakak da kahwin ke??”,tanya Yasmin,anak bos aku.
Lantas,tanganku mati dari menguli adunan bahan tersebut sekaligus mataku menuju ke arah Yasmin.
Aku pelik. “Kenapa tanya soalan camtu kat akak??”
“Yela…sebab akak pakai cincin”, celoteh kanak2 tersebut.
Adui… aku sudah mengagak.. pasti cincin di jari manis aku ini membuatkan orang yakin yang aku sudah berpunya. Bukan Yasmin seorang sahaja yang menanyakan hal ini,,tetapi sudah berpuluh puluh orang lain juga sering berpendapat sedemikian.

Huu.. sebenarnya kes di atas terjadi kat diri iqa sendiri.
Ramai orang ingat iqa dah kawen sebab pakai cincin. Cincin emas kan.. no wonder ahh orang ingat iqa dah berpunya.
Mentality masyarakat macam tu.. biasanya kalau nak tau dah berpunya ke tidak tengok je kat jari.. ada cincin ke tidak.. betul tak?????
Tetapi sebenarnya.. sedarkah kalian pemakaian cincin adalah suatu sunnah sebenarnya…tetapi perlulah mengikut cara yang betul.
Iqa pakai cincin sebab sunnah..bukan sebab dah kawen or tunang. 

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
1. jari tengah
2. jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

SUNNAH MEMAKAI CINCIN PADA TANGAN KANAN ATAU KIRI
Rasulullah pernah memakai cincin pada kedua-dua tangannya sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik, “Bahawasanya Rasulullah telah memakai cincin perak pada tangan kanannya di mana kepala cincinnya daripada Habsyah; dan Baginda menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

Anas bin Malik turut meriwayatkan, “Bahawasanya Nabi memakai cincin pada jari ini – sambil mengisyarat pada jari manis tangan kirinya.” (Muslim)

Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih ini dapat disimpulkan bahawa sama ada cincin itu diletakkan pada tangan kanan mahupun tangan kiri, kedua-duanya adalah Sunnah kerana ia telah dilakukan oleh Rasulullah. (Al-Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, 6/116)

Seperti apa yang diberitahu oleh artikel tersebut pemakaian cincin adalah suatu sunnah sebenarnya.
Islam tidak melarang kita baik lelaki atau perempuan untuk berhias.
Tetapi biarlah kena caranya mengikut  syariat2 Islam yang telah gariskan.
Sebenarnya begitu banyak sunnah yang begitu ringan, tapi kita terlepas pandang..
Antaranya pemakaian cincin ini.. Jom kawan2! Jom kita hidupkan kembali Sunnah Rasulullah..!!

               - Pemakaian cincin mengikut Islam
               - Pemakaiancincin mengikut sunnah Rasulullah saw. 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

هناك 3 تعليقات:

  1. akak memang tak suka memakai barang kemas.. punca asalnya sebab akak cepat berpeluh dan mesti gatal.. tak tahu la cincin kahwin nanti nak pakai macam mana.. hehe..

    ردحذف
  2. akak dulu pernah kena marah dgn ustaz sbb pakai cincin kat jari telunjuk. masa tu xtau lagii. Lepas kena tu baru lah tau.. skrg ni lgsg xpakai cincin.. ^_^

    ردحذف
  3. sharing is caring. thank you for this info =D

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa