الخميس، 1 أغسطس 2013

Zaman kanak-kanak : Koleksi Kad Raya



Kala tangan ligat mencari sesuatu di dalam almari itu, tiba-tiba sekotak fail hijau jatuh di atas riba dia.
Lantas fail tersebut mencuri perhatiannya.
Pencariannnya tadi terhenti disebabkan dia mahu membelek isi kandungan fail itu.
“Hmmm…nampak berat ni..”…. hatinya bermonolog.
Apabila dibuka fail tersebut,,terdapat banyak surat-surat lama.
Dan apabila diteliti ia adalah kad-kad raya lama yang masih elok disimpan rapi dalam fail tersebut.
Teristimewa buat Temanku.. Selamat Hari Raya Aidilfitri…”
“Hari Raya hari untuk bergembira.Keselamatan haruslah dijaga…”
“Selamat Hari Raya buat kawan lama.. Moga Tahun ini engkau….”
………………………
Dan dia terus membaca kad-kad raya tersebut sambil bibirnya tidak henti-henti tersenyum.
Kenangan zaman kanak-kanak terlayar di kepala.
Memang sangat mengusik kalbu.





Lagi beberapa hari je Syawal bakal menjelang tiba.
Waktu2 cenggini masa iqa kecik2 dulu mesti sibuk dengan kad-kad raya.
Nak pass kat kawan..
Kitorang berbalas balas kad raya.

 
Yang lawaknya di hujung kad raya tu mesti ktorang akan tulis “Harap Balas”
Ahaha..nampak sangat bagi kad raya kat orang semata mata kita nak kad raya balik.
Bukan seronok baca tulisan tu pon. Seronok melihat rupa bentuk kad raya berbagai jenis.
Selalunye iqa bagi kawan kad raya melalui tangan je.. 

Kalau rajin sangat nak post iqa datang umah dia then masuk kad raya tu dalam peti surat umah dia.. dah macam posmen.ahaha.
Kad2 raya tu zaman kecik dulu.
Sekarang iqa dah besar dah tak guna sume tuh..
Nak wish “raya” melalui fb dan phone saje.

Kecanggihan teknologi maklumat sedikit sebanyak telah melupuskan penggunaan kad raya tersebut.
Setem pun makin mahal.
Sebab tu mostly orang lebih prefer anta ucapan “selamat hari raya” melalui sms,fb,we chat, wahtsapp,etc…
Tapi,walau apa pon bagi iqa ucapan hari raya melalui kad raya lebih bermakna lagi.
Bila orang bagi kad kat kita,,kita akan simpan dan boleh tatap balik..
Berbeza dengan ucapan melalui alat canggih. Sekadar tulisan saja.. takde warna2 dan bentuk macam2 seperti kad raya.

Betul tak??? Ahahaha
Hak..rindunya zaman kanak kanak dulu dapat kad raya.
Sesape kat sini ada tak yang nak bagi kad raya kat iqa??
Krik..krik..krik…


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

هناك 6 تعليقات:

  1. betul2..
    sy pun simpn lg kad raya taun sy skolah mngh dlu.
    dah nak dkt 8 taun.
    ble bca nk tegelak rasa.
    hahaha.
    tp syok ..
    rsa rayanya dr wish kt fon.
    da bca delete.
    xd prasaaan :)

    ردحذف
  2. waaa. beznye ade kad raya.. hehe..

    ردحذف
  3. joom exchange link nk x??
    sy dah letak dlm bloglist sy site u.. thanks

    ردحذف
  4. susahkn nk dpt kad raya sekarang.. zaman smakn maju lps nih mesti akan keluar aplikasi e-kad..

    ردحذف
  5. Sy dulu time skola kira wajib anta kad raya, ayat famous

    Pecah kaca , pecah gelas,
    Sudah baca, harap balas.

    ردحذف
  6. walaupun ianya semakin disisihkan, ia tetap dekat di hati.. rasa sangat terharu apabila menerima sekeping kad raya.. jika kad raya tu kita boleh simpan dan tengok balik, berbanding dengan e-card raya simpan dalam bentuk maya aje la.. bagi alamat iqa di facebook akak: https://www.facebook.com/awan.nano.169

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa