الأربعاء، 28 يناير 2015

Pengumuman pemenang2 Giveway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Now, iqa nak umum pemenang bertuah yang akan menerima souvenir dari Oman.
Seramai 20 org yg bertuah telah dipilih oleh random.org
Memula guna servis ni debo jugak.
First time kot. Ehee.
k. pemenang2 nye ialah:






















Ok. Cukup 20 org. tahniah ye pada pemenang2.
Pada yang tidak bertuah, jgn bersedih.
In sha Allah, next time sekiranya iqa anjurkan Giveaway lagik boleh join.

Kepada 20 org pemenang tersebut, sila emelkan pada iqa:
Nama penuh:
Alamat rumah:
No telefon:
Link blog korang yg join GA iqa ni:


Klu bole emelkan alamat korg secepat mungkin ye. selewat-lewatnye sebelum hari Jumaat ni. 
Maaf sangat nak cpat. Sebab iqa nak settlekan urusan penghantaran hadiah secepat mungkin sebelum iqa pulang ke UIA.
Next semester dah nak start. Heee. 

الثلاثاء، 27 يناير 2015

Senarai terakhir peserta Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Assalamualaikum.
Yeay Alhamdulillah! Berakhir sudah GA yg iqa anjurkan ini.
Serius ar iqa macam tak caye ramai jugak yg join GA ni.

iqa x tau apa motif iqa letak gmbo ni. lol 

Hampir 50 orang. Hihi.
Tq ye pada yang support GA ni.
In sha Allah, pemenang akan diumumkan pada keesokan harinya.
Jadi. Ini senarai terakhir peserta Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa.
Sesiapa yang namanya tidak tersenarai, sila beritahu iqa ye.

7. af aris
8. Ain Nadia 
10. tiza vico
11. Miss Yana
17. Cik Ash

السبت، 24 يناير 2015

Senarai peserta Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Assalamualaikum bloggerianzzz..
Ni senarai update peserta GA yg iqa anjurkan.
Maaf sgt update lambat.
Internet problem.
Dan terima kasih sgt2 sudi join dan support GA iqa ni. Arigatou Gozaimasu!! Ahaa.. terharu.


So, korang tgok ye senarai nama di bawah ni.

*************************************
Sesiapa yang tidak tersenarai namanya, mohon beritahu iqa. Ye. Peace! Yo!
8. Ain Nadia 
17. Cik Ash

الثلاثاء، 20 يناير 2015

Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Assalam guys.
Alhamdulillah. 18/1/2015 yg lalu, iqa selamat menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.
Maka, berakhirlah kembara ilmu iqa di bumi Oman selama 5 bulan.
So, excited akhirnya dapat berpijak di tanah sendiri.
Serius, rindu sgt dengan Malaysia. Eheee..
Sebenarnya, iqa banyak beli souvenir utk org Malaysia.
So, ada sape2 tak nak hadiah dr Oman??
Eheeee.. jd sesape berminat meh join giveaway yang iqa anjurkan ini.
Ni pertama kali kot iqa anjurkan giveaway ini.
Penyertaan terbuka kepada semua pembaca samada yang mempunyai blog atau tidak.



Syarat-syarat penyertaan bagi Blogger:
1. Follow Blog Iqa.
2. Buat entry bertajuk “Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa”
3. Copy paste banner dan backlink kan ke entry ini.  
4. Publish.
5. Tinggalkan link entry di ruangan komen. 

Syarat-syarat penyertaan bagi yang tiada blog.
1. Add facebook iqa. (ZulaiqaNazri) supaya mudah iqa kesan peserta yang join.
2. Share entry ni di facebook dan tag Zulaiqa Nazri.   

Hehehe. Senang je kan syarat penyertaan?
Pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org
Antara hadiah-hadiah menarik:
- Tshirt I Love Oman.
- Button badge Oman
- Pen I love Oman
- Keychain Oman
- Postcard Oman
- Hiasan dadu Oman

Tarikh tutup penyertaan : 26/1/2015 pukul 12.00 tgh mlm Waktu Malaysia. 

الجمعة، 2 يناير 2015

#8 Travelog Oman IIUM- New Year di Dubai

~tahun 2015 mencatat sejarah, aku dan sahabat2 menyambut sambutan Tahun Baru di Burj Khalifa, Dubai~

Sewaktu aku kecil dulu, aku selalu mendengar perkataan “Dubai” yg aku kira Dubai adalah sebuah tempat kawasan peranginan di Negara orang putih macam Hawai. Hawai yang terkenal dengan pantai bikini, mcm tu jugaklah yang aku bayangkan Dubai ini.
Namun, sangkaanku meleset sekali. Setelah umurku meningkat dewasa, baruku tahu Dubai sebuah Bandar Negara arab yang  maju yang terletak di  Negara United Arabic Emirates (U.A.E).  Lagi maju berbanding KL. Tidak pernah terjangkau dalam fikiranku yang aku akan menjejakkan kaki di Bandar ini. Serius. Rezeki dan kuasa Allah tiada siapa yang boleh menghalang. Alhamdulillah, tahun ini, aku diberi peluang melawat Negara tersebut. Kebetulan, aku dan sahabat sedang menjalani program pertukaran pelajar di Nizwa, Oman selama beberapa bulan. Dan secara tak langsung, Negara U.A.E bersebelahan dengan Negara Oman, jadi aku dan sahabat-sahabat bersepakat setuju untuk melawat Negara tersebut sekaligus menyambut tahun baru di sana.
Tepat pukul 7.30 pagi, kami bertolak menaiki bas university memandangkan tambang bas lebih murah berbanding tiket kapal terbang. Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam untuk sampai di Bandar tersebut. (gila. Rasa mcm dari rumah aku pegi Kelantan ada). Di dalam bas kami mengambil kesempatan untuk tidur sepuas-puasnya. Dan pabila aku terjaga, kuselak langsir pada tingkap bas, pandangan pertama yang aku lihat adalah jalan highway yang berlapis-lapis. Terdapat banyak bangunan pencakar langit yang menjamah pandanganku. Aku terus hilang mamai bila melihat pemandangan tersebut. Hatiku berkata, “Eh! Dah sampaike?” Di hadapan mataku, jelas terbentang jalan raya yang penuh sibuk dengan bermacam-macam jenis kenderaan. Ada pemandu yang rakus di jalan raya sampai sanggup membunyikan hon berkali-kali. Ada LRT, lampu isyarat. Lantas,  suasana sebegini mengingatkan aku pada tanah kelahiranku sendiri, Kuala Lumpur, Malaysia. Tiba-tiba perasaan rinduku pada Malaysia datang menggebu. Serius, Dubai betul2 maju macam KL. Air mataku menitis. Rindu pada tanah kelahiran sendiri kerana sudah hampir 4 bulan meninggal Malaysia.
Lebih kurang pukul 2.45 petang, kami sampai di suatu tempat yang aku tidak pasti nama tempat tersebut. Yang pasti kawasan sini serupa macam Jalan Tunku Abd Rahman (jalan Tar di KL.) Keluar dari perut bas, sekali lagi aku tergamam sendirian. Terdapat banyak deretan kedai yang menjual pakaian, kasut, alat elektronik, perkakas rumah dan pelbagai lagi. Kawasan sini juga penuh dengan manusia yang pelbagai bangsa. Ramai betul orang asing. Aku langsung tak nampak orang Arab asli di sini. Paling banyak aku lihat spesies orang kulit hitam. (hakhak). Tetiba teringat salah seorang pensyarah aku di Malaysia, orang kulit hitam juga. Ahahaha. Berbanding U.A.E, kami tidak berasa asing di sini, memandangkan sini ramai orang asing termasuk kami sendiri.
Aktiviti pertama kami, menukar wang yang ada kepada wang dirham (U.A.E). Kebanyakan antara kami menukar wang Omani Riyal. Aku hanya tukar wang USD. Duit sini lebih kurang duit Malaysia. 1 Dirham bersamaan RM1.00. Kalau tukar duit oman riyal lagi banyak dapat duit dirham. Hak3. Rasa mcm jadi kaya pulak. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan. Sasaran utama kami, adalah abaya, plus barang barang cenderahati Dubai. Abaya di sini memang murah. Paling murah yang aku jumpa abaya berharga RM45. Aku juga tidak ketinggalan membeli abaya untuk diriku sendiri disebabkan terdapat sepasang abaya yang sangat cantik dan aku tergoda untuk memilikinya. Aku berjaya tawar menawar dengan pemilik kedai tersebut sehingga harga abaya tersebut dari RM150 turun kepada RM100. Hahaha. Aku tekad ingin membeli abaya tersebut. Rakan-rakanku hanya menggeleng melihat kerenahku. Setelah penat berjalan meneroka berpuluh-puluh deretan kedai, kami singgah makan di sebuah gerai. Kebetulan kami memang tengah lapar pada masa tersebut. Kami pesan roti arab syawarma. Boleh tahan mahal juga. Satu roti= RM5. Kalau dekat di Negara Oman, hanya RM2-RM3 sahaja. Namun, bila difikirkan balik, ada logiknya mahal disebabkan Dubai antara Negara paling maju. Jadi sudah tentu kos sara hidup sini terlampau mahal. Seorang sahabat kami bermurah hati untuk belanja kami makan. Hukhuk. Terima kasih pada yang memberi.
Setelah membeli-belah, kami bergerak menuju ke destinasi utama kami, iaitu Burj Khalifa. Di sinilah sambutan tahun baru bakal diadakan nanti. Keadaan di sini sudah menginjak malam. Menaiki bas semula untuk menuju ke tempat tersebut, dalam perjalanan, aku sempat menghayati suasana malam di Dubai. Dubai ketika ini penuh dengan lampu neon yang berwarna warni yang sudah mampu membuatkan aku terpesona dengan suasana malam Dubai. MasyaAllah cantik sangat. Seketika pandanganku tertangkap kepada beberapa buah kapal yang berwarna warni. Dubai betul2 terletak berhampiran dengan laut. Dari tingkap bas, aku sempat mendongak keluar dari tingkap. Merasai keindahan malam dengan deruan angin yang mampu membuatkan aku menyanyi riang. Sekiranya aku tidak memikirkan sahabat2ku lelaki yang lain, sudah pasti aku menjerit keriangan melihat suasana malam tersebut. (hahahaha. Nmpk sgt aku jakun)
Tiba di Burj Khalifa, penuh dengan manusia yang pelbagai jenis dan kaum. Disebabkan terlalu ramai orang dan tidak ada tempat untuk parking kereta, kami terpaksa berjalan jauh untuk menuju ke tempat tersebut. Suasana baru menginjak pukul 10.00 malam, namun, keadaan di situ sudah sesak dengan manusia. Uniknya, ada pihak yang bertugas untuk mengawal keadaan di sini. Dan ada tempat khas antara berkeluarga dan tidak berkeluarga. Aku dan sahabat-sahabat berkumpul di suatu tempat sambil duduk bersila di lantai. Sementara menunggu detik pukul 12.00 tengah malam, kami juga sempat menjamah maggi (makanan paling murah, sbb sini semua makanan mahal). Lagi 5 minit menginjak ke 12.00 tengah malam, salah seorang antara kami mengetuai bacaan doa dan kami mengaminkan bacaan tersebut sebagai tanda rasa syukur yang tahun baru 2015 bakal menjelang tiba.
Tepat pukul 12.00 tgh malam, tiba2 kelihatan bangunan Burj Khalifa menjadi gelap. Burj Khalifa adalah satu bangunan tinggi (lebih kurang mcm KLCC). Kesemua orang menanti penuh debaran. Ada juga yang menjerit kebisingan menanti saat ini yang penuh dengan kejutan. Dan tiba-tiba, bunga api meletup keluar dari arah bangunan tersebut. Pertunjukan bunga api sudah bermula! Cantik sangat! Allahuakbar. Aku terpesona melihat bunga api berwarna- warni meletup di udara. Uniknya, bunga api ni keluar meletup dengan pelbagai corak.  Suasana ketika ini, penuh dengan jeritan manusia. Barangkali bukan aku seorang sahaja yang taajub melihat pertunjukan bunga api tersebut, malah insan2 yang lain juga taajub seperti aku. Ini pertama kali aku melihat bunga api betul2 dari dekat di hadapan bangunan. Sebelum ini aku tidak pernah meraikan sambutan tahun baru di KLCC, hanya mampu melihat bunga api dari jauh. Hampir 10 minit juga bunga2 api meletup bertebaran di langit angkasa. Aku perasan, burung2 terbang dari kawasan bunga api tersebut. Heee.. kemungkinan burung takut.
Setelah tamat pertunjukan bunga api, keadaan di situ mulai kurang dengan manusia. Pengunjung beransur-ansur pulang. Sebelum pulang, kami sempat ‘snap’ banyak gambar sebagai tanda kenangan. Beberapa video rakaman juga dibuat khas untuk ucapan tahun baru. Rata-rata antara kami melahirkan perasaan gembira. Bagi aku pula, tahun baru 2015 ini sangat bermakna bagi aku. Seumur hidupku, inilah pertama kali aku menyambut sambutan baru, dan aku tidak pernah sama sekali menyangka yang aku akan menyambutnya di Negara orang. Pulak tu, di Dubai. Ini adalah pengalaman pertama dan indah dalam hidupku. Dan bagi aku, tahun baru bermakna saat kematianku semakin tiba. Umurku sudah menginjak ke 22 tahun. 22 tahun??? Ahh.. aku sudah semakin tua. Aku terfikir, adakah amalan kebajikanku semakin bertambah atau berkurang atau semakin lebih teruk lagi. Doaku, agar aku menjadi insan yang lebih kuat, semakin mendekati dengan Dia, semakin menjadi hamba yang bertakwa di sisi-Nya. Itu doaku untuk tahun baru ini. Ameen~  

pemandangan Dubai dari tingkap bas

pemandangan dubai 

kawasan membeli belah (souq) 


Pertunjukan bunga api dari Burj Khalifa


Burj Khalifa 



snap pic dpn Burj Khalifa 


Selamat Tahun Baru!!!!



Rakaman khas dari kami


 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa