الأربعاء، 27 أغسطس 2014

Selamat tinggal Malaysia

Tik..tik…tik.. dah nak dekat pukul 7.30 petang.
Cepatnya masa berlalu. Allahuakbar.
Dan hari ini sudah menginjak ke hari Rabu bersamaan 27/8/2014.
Lusa, hari Jumaat, aku bakal mencipta sejarah dengan menaiki kapal terbang buat pertama kalinya dalam hidupku.
Pertukaran pelajar di Universiti Nizwa, Oman, berkemungkinan bakal merubah hidupku.
Cuak sebenarnya.
Aku takut, tak mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.
Pelbagai persediaan yang telah aku lakukan.
Aku cuba contact dengan orang sana, bertanya bagaimana dengan kehidupan di sana.
Dan, aku juga mencari-cari maklumat2 di internet berkenaan kehidupan di Negara Oman.
Sebetulnya, bila aku fikir balik, ada hikmahnya aku dapat belajar di sana.
Aku dapat praktis bertutur dalam Bahasa Arab setiap hari dengan masyarakat di sana.
Sekaligus, aku dapat belajar menghayati budaya masyarakat di sana.
Selain itu, aku dapat mencari pengalaman dan dapat menghayati keindahan ciptaan Allah.

“kakak, kaw tak sedih ke nak tinggal rumah?” adikku bertanya.
“entah. Tak tau nak ckp apa” aku jawab.

Aku macam takde perasaan nak tinggalkan Malaysia.
Tapi, dalam hatiku sedih juga sebenarnya.
Alah. Sekejap je . 4 bulan lebih je aku di sana. And then, aku akan balik ke Malaysia.
Dapat syahid di sana satu package jugak.
Mati dalam keadaan menuntut ilmu, dikira syahid kan? Betul tak?
In sha allah, selama 4 bulan lebih di sana, aku akan cuba memanfaatkan diriku dengan sebaik-baiknya.
Aku cuba ambil peluang dengan lebih memperbanyakkan lagi pertuturan bahasa Al-Quran itu, bahasa ahli syurga.
Sekaligus, aku mahu mempertingkatkan penguasaan bahasa arabku.
Itu tekadku. 


************************************



Catatan ini ditulis oleh penulis sendiri yang bakal meninggalkan Malaysia demi menuntut ilmu. Beliau akan bertolak dari KLIA pada hari Jumaat ini bersamaan 29/8/2014 pada pukul 9.45 pagi. Diminta sesiapa yang mengenali beliau, mendoakan kesejahteraan beliau di sana. –hakhak. Poyo sangat!. Doakan iqa ea, kawan2.. 

الأحد، 24 أغسطس 2014

Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP

KLIK BANNER



assalamualaikum.........

hehehe.bwat sendiri kay. 


"Teman sayang Malaysia, dan teman daghii peghok." 

kome, teman nak ngajok ni. 

moh ler join GA ni. 

slang perak ntah hape2. hakhak. 

الأربعاء، 20 أغسطس 2014

Giveaway | Saya nak poskad dari Moscow!

KLIK BANNER 


assalamualaikum.

hihihi. giveaway lagik. 

expired : 24/8/2014 


Tag: 
 





الثلاثاء، 19 أغسطس 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

KLIK BANNER 


assalamualaikum.

let's join this GA! 

peace yo! 



الاثنين، 18 أغسطس 2014

Bilik bermisteri? "Saya Takut" Contest - Miss Fatyn

Tag :

 Azhafizah Md Nor

Syaz Harzays Minme

Sweet Pea

KLIK BANNER UTK JOIN CONTEST



~ cerita ini benar, namun dah ditokok tambah sedikit oleh penulis sendiri yang mengalami kisah seram ini. ~

******************

Malam yang pekat. Di suatu tempat, burung pungguk bersiul dengan ‘merdu’ sekali. Merdu sangat! Buat org takut ada lagi le.
Aku dan Solehah meneruskan langkah ke Blok Rumah Merah.
Haih. Terpaksa.

Malam ini kami ditugaskan untuk memeriksa setiap blok asrama, iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Putih, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Inilah tugas kami, iaitu ‘prefect’ yang tersangatlah berwibawa. Har har.. untuk meng ‘check’ asrama dengan memastikan semua pelajar mengosongkan asrama dan hadir ke Kelas Persediaan Malam (kelas prep malam).

Pabila kaki sudah memijak lantai blok Rumah Merah, tiba-tiba perasaan cuak menguasai diri. Hati berdebar tak tentu arah. Aku selalu dengar cerita dari sahabat2ku yang mengatakan Rumah Merah ini berhantu. Di mindaku sudah terakam bermacam2 lembaga yang bakal muncul sebentar lagi.

gambar cilok di google semata-mata


Secara automatic, tanganku memaut lengan Solehah.

“Wey soleh! Cane ni? Aku takut ar.. kaw dengar kan citer mcm2 tentang Rumah Merah ni?” sambil menggigil aku bertanya kepada dia.

“Rilek..rilek..zul. takde papepun. Baca ayat qursi banyak2. In sha Allah takde pape. Ni tugas kita kan. Kena jugak check.” Solehah cuba menenangkanku.

Masalahnya, aku cuak ni. Tengok! kaki aku dah menggeletar semacam. Macammana kalau cerita dorang tu betui? Xyah check ar. Jom blah.” Cuba memujuk Solehah untuk “blah”, namun dia telah pun berlalu meninggalkan aku menuju ke tingkat atas Rumah Merah.

Ah sudah. Tinggal aku sorang terkonteng-konteng di ‘ground floor’. “Berani betul minah ni!” bicaraku dalam hati.

Walaupun, perasaan takut menguasai diri, aku tidak lupa pada-Nya. Lantas, mulutku terkumat-kamit membaca ayat qursi. Membaca apa2 ayat quran/doa yang keluar dari otakku.

Aku meneruskan perjalanan di ‘ground floor’ tersebut.  “ok..zulaiqa.. rilek ye. Positifkan minda anda. Ingat. Benda ni tugas kau. Prefect. Kena jalankan amanah.” Cakap kat diri sendiri.
Aku memerhati setiap bilik di ‘ground floor’ tersebut.
Kosong.

Semua orang dah ‘berambus’ pergi kelas prep malam. “Bagus jugak bebudak2 ni dengar arahan Cikgu Nazeri”. Cikgu Nazeri antara cikgu yang paling legend di sekolah kami. Cikgu paling garang. Pergh. Kalau ada murid2 yang ponteng kelas prep, mampus ah kena rotan dengan cikgu. Takot woo.

“Ok. Cun. Bilik semua dah kosong. Tak de orang. Lampu dan kipas semua dah tutup. Apa lagi. Cabut ah.” Aku suka cakap sorang2. Nak hilang gemuruh kat hati ni.

Baru sahaja kaki mencecah ke pintu keluar asrama, tiba-tiba si Solehah melaung nama aku. Ah sudah. Macammna aku boleh lupa dia. Takut punya pasai sampai kawan pun lupa. Aku ketuk kepala sendiri.

“Zul.!!! Zul!!! Kaw tak perasan ke lampu bilik ni terpasang? Kaw lupa nak tutup ek?” Solehah menjerit memanggil nama aku sambil bertanya soalan yang dah semestinya buat aku cuak sekali lagi.

Aku pelik. Setahu aku, aku dah pastikan tadi semua bilik, lampu dan kipas dah dimatikan. Ni sapa pulak yang gatai tangan pi bkk balik ni? Aku menyumpah di dalam hati.
 
cilok kat google

Lalu, dengan pantas, aku melangkah sekali lagi ke bilik yang dimaksudkan oleh Solehah.
Jelas, di hadapanku bilik ini terang-benderang dengan lampu semua terpasang.
Aku pandang muka dia.
Muka dia serius bertanya.
Muka aku lagi la, pelik berkeriut seribu.
Tak paham. Sapa pulak bkk balik lampu ni?

“Kaw bia betik! Aku dah tutup ar semua tadi.” Memang aku tersangat pasti yang semua bilik di ‘ground floor’ ini dah gelap.

“Abih, bilik yang ni, kenapa lampu dia terpasang lagik?” Solehah bertanya lagi, inginkan kepastian.  

“Mana tau! Serius ah! Konfem gila bilik ni dah gelap tadi.”

“Takpelah. Maybe kaw lupa tutup kot tadi.” Terus Solehah tutup ke semua lampu bilik tersebut.

Aku terdiam. Aku pandang bilik yang dah gelap itu lama. Lantas aku berfikir.
Siapa pulak yang pasang lampu ni tadi?
Mana ada manusia lain selain aku dan Solehah sahaja yang ada pada ketika ini.
Takkan Solehah sendiri yang pasang lampu tu sengaja nak main2 kan aku?
Tak mungkin.
Aku kenal sangat Solehah. Kawan lama aku.
Dia budak baik. Bukan jenis yang suka bergurau benda2 cenggini.

Ark! Hantu ke punya keja.?? Bulu romaku sudah mula menegak.
Terasa macam ada ‘benda’ sedang memerhatikanku.
Jangan! Jangan! Tolong jangan muncul depan mata aku.

Si Solehah sudah lama meninggalkan aku berlalu ke pintu pagar keluar asrama.
Tsktsk, apa jenis kawan. Tak nak tunggu aku.   

“Woi Soleh! Tunggu aku!” aku terus menjerit sambil berlari lintang- pukang meninggalkan bilik yang bermisteri itu.

Sehingga ke hari ni dah tua bangka, persoalan misteri tentang lampu tersebut menjadi tanda tanya di benakku.Cerita kat kawan. Ada yang takut. Ada yang ‘no respond’. Ada yang ‘buat dunno’.Aku pun tak pasti nak klasifikasikan cerita aku ni seram atau tidak.

Yang pasti malam tersebut, memang aku rasa takut sangat lepas kejadian tersebut berlaku.
Tak tenang nak study prep malam masa tu.
Tak boleh tidur teringat benda tu.
Aku cuma nak tahu, manusia atau ‘benda’ yang pasang lampu tersebut. Uhuuu. 


SEGMEN : BIAR SAYA TOLONG CIK FARRA

KLIK BANNER

Assalamualaikum.
Tada!!

Nak tag segmen ni utk 3 Blogger bertuah ni :


Sis Farra ni katanya baru pertama kali buat GA  segmen ni.
Jom ramai2 meriahkan penyertaan utk GA dia ni.
Tsktsk. Iqa pun x penah buat GA lagik.
ada masa, teringin jugak buat. 

السبت، 16 أغسطس 2014

Jika tiada rezeki...

Assalamualaikum guys.
Suka iqa nak share tazkirah yg iqa dapat ni dari whatsapp.
Bila iqa baca tazkirah ni, rasa mcm betul kena kat diri sendiri.
Moral of the story, kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.
Dan, setiap yang Allah beri pada kita, ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.



Jika tiada rezeki anak,
Mungkin diberikan rezki mentua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
****************
Jika tiada rezeki wang ringgit,
Mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
****************
Jika tiada rezeki kereta mewah,
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
****************
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
****************
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
******************
Jika tiada rezeki jodoh,
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
******************
Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
******************
Bersabar. Bersyukur. Berusaha, Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia yang Maha Adil. 

الخميس، 14 أغسطس 2014

Which one becomes priority first?

Malam itu, aku, ibu dan ayahku berkumpul di dapur berbincang sesuatu.

Ayah  : Kakak tak payah turun KL la. duk rumah sebelum berangkat nak pegi jauh.
Aku  : Ala, kakak dah janji nak jumpa kawan, mak,ayah. mana boleh. Nanti dorang cakap apa pulak.
Ibu  : ayah tu risau kamu pegi sana. Nanti jadi pape camana? Jaga kesihatan kamu.
Aku  : tapi, ada kawan kakak nak sangat jumpa kakak sebelum kakak pegi sana. Dia tak dapat pun pegi Oman tu.
Ibu  : mana datang dulu? Keluarga ke kawan?
Aku  : ………………….............(terkedu/terdiam)

***********************



Huk. Sedih. Tetiba parents iqa tak bagi iqa pegi KL. Sebelum ni bagi je.
Mostly, semua kawan iqa yang rapat duk sana sebenarnya.
Dan sebenarnya, dah hampir 3 bulan tak jumpa diorang sebab skrg tgh cuti semester.  
Rindu nak jumpa geng2, sahabat2 iqa.
Then, salah seorang kawan iqa ajak gather sama-sama sebelum iqa fly ke Oman, hujung bulan ni.
Tapi, nampaknya hasrat untuk iqa join gathering sama2 tu terpaksa dibatalkan.
Yes, I know exactly, FAMILY should come first before FRIEND.
Dan sebagai seorang anak, I need to obey my parents.
Iqa bukan anak yang sukati2 je main redah lawan mak bapak.

Tetibe iqa teringat ayat al-Quran surah al-Baqarah, ayat 216 :
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ.
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Teringat ayat tu, iqa nangis tiba2.
I should know Allah is the best planner than us.
He knows better than us.
DIA tahu apa yang terbaik buat iqa.
Pujuk hati : “Adala tu sebabnya kenapa aku tak dapat turun KL, hanya Allah je tahu hikmahnya”.


Sambil nangis, iqa whatsapp salah seorang kawan iqa.

Iqa : Assalamualaikum. Rasenye tak dpt trun KL. Tetibe parents tak bagi. Maaf.
Kawan iqa : Ala, yeke? Sedihnya. Baru nak jumpa iqa sebelum fly.
Iqa : Tak dapatlah. Sory sgt. Takpe. Kita boleh jumpa dalam doa. J. Allah knows better. He is the best planner.

Kawan iqa senyap. Tak reply. Tak tahu dy marah ke hape.
Takpelah. Redha.
Wallahua’lam.
       

الثلاثاء، 12 أغسطس 2014

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!!


KLIK BANNER
Assalamualaikum.
Iqa join GA ni.
Tapi sebenarnya iqa bukan #HarryPotterFanLover
Iqa layan citer ni time kcik cekonik dulu je. 
Masa sekolah rendah selalu layan cter ni kat TV.
Skrg ni ada lagi ke tayang kat TV? Mcm dah xde je. Heee.
Syarat GA ni mudah je. Jom ramai2 join.
GA will be expired on 27 OGOS 2014 

Dedicated to Blog JINDRISSKA:

“This is my first time I come to your blog. terjumpa blog ni dari follower iqa.  I think u are the new blogger. baru hampir setahun kan. Hihi. Rajin2 update entry ya. And don’t be worry, I love blogwalking to read others’ entries. Peace yo!”



الاثنين، 11 أغسطس 2014

Tiket flight dah settle!

Assalamualaikum . guys.
Ingat tak iqa penah cter , iqa dapat pegi oman hujung bulan lapan ni. Pertukaran pelajar selama satu semester di sana.
Yahoo! Alhamdulillah. Tiket flight dah settle. Pergi balik.

Tiket pergi 

Tiket balik 

Actually, tiket flight ni UIA yang sponsor.
Tapi perbelanjaan lain kena tanggung sndiri. ehee
In sha Allah, bertolak dari KLIA 29/Ogos/2014 dekat dah ni
Hee. Flight Qatar Airways.
Cuak ada. Sebenarnya ni first time iqa nak naik flight.
Tak pernah jejak kaki ke oversea kot.
Doakan iqa tau!
Persediaan kat sana tak buat apa pun lagi. Huuu
Antara senarai nama penumpang termasuk iqa yang akan pergi pertukaran plajar,Oman:

hihi. nama iqa atas sekali


 

الجمعة، 8 أغسطس 2014

#Raya's Story : 'Ziarah' to Teachers' House

Assalamualaikum.
Syawal ke-4 dan Syawal ke-5 , iqa dan kawan lama sekolah rendah amek peluang ziarah dan jumpa cikgu lama yang telah penat berhempas pulas mendidik kami ketika zaman hingusan dari darjah 1 hinggalah darjah 6.
Iqa memang dah lama nak jumpa cikgu iqa. Tanya khabar mereka.
Alhamdulillah, raya tahun ni iqa berpeluang untuk jumpa cikgu2 iqa. Ramai jugak.
Classmate iqa tak ramai pun yang dtg ke rumah cikgu. Adalah dekat 10 orang.
Masing2 busy. Haih. Tak taulah bila dah kawen nnt. Ahaha.tetiba

***************************************

Cikgu Zamilah

Cikgu Zamilah berjubah pink 

Rumah pertama kitorang serbu, rumah cikgu Zamilah. Cikgu Zamilah ajar subjek BM. Klu tak silapla.hee,,boleh lupa. Memori bersama cikgu Zamilah tak banyak. Iqa pun tak berapa ingat sangat.  Now, cikgu dah pencen pun.Hoho. Tak sangka. Cikgu bagi duit raya even kami dah tua bangka.

Cikgu Ismail

Peace! Cikgu Mael. Idk why my expression's like that? hak. excited terlampau

Cikgu ni memang paling legend. Dalam banyak2 cikgu, cikgu Mael lah yang paling iqa tak boleh lupa. Cikgu Mael ajar subjek BI. Bila iqa ingat cara dia ajar, confirm iqa akan sengih sorang2. Lawak nak mampos cara dia ajar. Cikgu mael garang giler. Bila dengar derap tapak kaki dia, kitorang satu kelas yang bising terus akan jadi senyap. Takutt!!! Selalunya, masa dia ajar, cikgu suka cakap perkataan2 yang boleh buat kitorang nak ketawa. “put..putted..putting..” “Ingnga poriee”.. Cikgu  marah sakan kalau dia nampak pelajar dia tgok luar masa dia tgh ajar sapa yang duk tepi tingkap.. cikgu mahu pelajarnya betul2 fokus kat dia. Kami satu kelas sebenarnya nak gelak bile cikgu buat lawak kat depan kelas. Tapi, cikgu langsung tak bagi kitorang gelak. So, iqa ingat lagi, iqa terpaksa tutup mulut tahan gelak bila cikgu cakap bukan-bukan. Dah lah iqa duduk barisan paling depan sekali. Betui2 depan cikgu. Adoi. Ahahaha…

Tapi, sebenarnya, bila iqa fikir balik, dan umur iqa pun dah meningkat ke 20-an, baru iqa faham kenapa cikgu mael buat kitorang begitu. Iqa sebenarnya memang lemah subjek BI. And Alhamdulillah, cikgulah yang banyak bantu iqa terutama bab Grammar. Setiap kali cikgu ajar Grammar, memang cikgu akan paksa kitorang catat dalam nota kecik yang tiga lima tu. Sape ingat lagik nota tiga lima? Dan nota tu iqa guna buat rujukan sampailah iqa masuk ke sekolah menengah. Apa yang cikgu ajar, betul2 sangat berguna sampai sekarang. Dan bagi iqa, cikgu mael adalah cikgu yang terbaik yang iqa pernah jumpa. Memang cara cikgu garang, tapi hakikatnya dia sangat concern dengan student2nya.

Sebab itu, iqa sangat teringin jumpa cikgu mael. Alhamdulillah raya tahun ni, iqa berpeluang jumpa cikgu.  Cikgu gembira betul bila kitorang jejak kaki ke rumah dia. Bila dah jumpa, kenangan lama datang mengusik. Borak2 dengan cikgu, memang kitorang gelak sakan. And cikgu still ingat lagi muka iqa. Katanya, sebab iqa sekolah  menengah Taayah dulu. Sama dengan anak dia. Haih. Seronok betul dapat jumpa cikgu. Terubat rindu iqa. Ahaha.

Cikgu Rofiah

Cikgu Rofiah berbaju oren 

Ok. Cikgu rofiah memang antara cikgu yang agak tegas juga orangnye. Cikgu ajar subjek Sains. Dalam bahasa melayu. Iqa ingat lagik, antara word2 penting yang kena hafal, “Semakin bertambah…semakin berkurang..”, “Untuk mengkaji hubungan antara…” “Pokok B membesar kerana….” Blalalaa… ahaha.. banyak lagik. Iqa pun dah tak ingat. Cikgu Rofiah best jugak ajar. Cikgu Rofiah pun dah pencen sekarang. Ikut jejak langkah cikgu Zamilah. Ehehe.

Cikgu Zawiyah

Cikgu Zawiyah. sempoi je. aha

Cikgu Zawiyah ajar subjek BI juga. Cuma, iqa tak ingat, cikgu ajar darjah 1 atau 2. Hihi. Tak ingat. Apa yang pasti, cikgu pernah hantar anak2 dia kat rumah iqa. Masa tu anak2 cikgu kecil, Intan, Ada, dan Wina. Now, budak2 tu dah besar dah pun. Diorang pun dah tak kenal iqa.

Cikgu Bahiyani

kelakar sgt cikgu ajak posing mcm ni. :) 

Cikgu Bahiyani mengajar subjek Matematik. Hui. Cikgu agak tegas jgak orangnya. Biasanya, bila ada budak2 yang salah jawab Matematik, memang kena denda. Antara denda: dirotan, beli gula-gula (choclairs) bagi kat cikgu. Hak3. Iqa penah jugak kena rotan. Tapi, yang bestnya, bila ktorang dpt jawab soalan Matematik dan betul semua, mesti ktorg akan dapat balik gula-gula tu. Yang bestnya banyak kot dapat.

Cikgu Rozita

cikgu rozita berbaju coklat. 

Cikgu Rozita adalah cikgu terakhir kami serbu rumah. Sape datang umah cikgu masyuk gila. Dapat plak duit raya 10 hinggit. Hak! Kire byk la tu kan. Cikgu rozita ajar subjek kajian tempatan dan sains. Masa tu umur iqa darjah 4 or 5. Lupa. Hiks. Cikgu rozita antara cikgu yang cantik yang ajar iqa masa sekolah rendah dulu. Sebenarnya, rumah cikgu dekat sangat dekat rumah iqa. Betul2 sebaris dengan rumah iqa. Tapi, jarang betul jumpa cikgu. Ya la. Iqa pun duduk asrama. Jarang balik rumah, apatah lagi nak bertembung dengan cikgu.

****************************

Warghhh.. ramai kan iqa dapat jumpa cikgu tahun ni.
Tahun depan, iqa nak jumpa cikgu sekolah menengah pulak lah. Hakhak.
Jasa cikgu2 takkan dilupa. Akan diingat sampai bila2.
Sebab merekalah yang menyampaikan ilmu kat kita.
Cikgu selalu pesan kat iqa, “Kalau jumpa cikgu, jangan sombong, tegur cikgu,..”
Ye..baik cikgu. Iqa takkan lupa.
In sha Allah. Cikgu selalu ada dalam doa iqa.
Hoho. 
 

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa