Tik..tik…tik..
dah nak dekat pukul 7.30 petang.
Cepatnya
masa berlalu. Allahuakbar.
Dan hari
ini sudah menginjak ke hari Rabu bersamaan 27/8/2014.
Lusa,
hari Jumaat, aku bakal mencipta sejarah dengan menaiki kapal terbang buat
pertama kalinya dalam hidupku.
Pertukaran
pelajar di Universiti Nizwa, Oman, berkemungkinan bakal merubah hidupku.
Cuak
sebenarnya.
Aku takut,
tak mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.
Pelbagai
persediaan yang telah aku lakukan.
Aku cuba
contact dengan orang sana, bertanya bagaimana dengan kehidupan di sana.
Dan,
aku juga mencari-cari maklumat2 di internet berkenaan kehidupan di Negara Oman.
Sebetulnya,
bila aku fikir balik, ada hikmahnya aku dapat belajar di sana.
Aku dapat
praktis bertutur dalam Bahasa Arab setiap hari dengan masyarakat di sana.
Sekaligus,
aku dapat belajar menghayati budaya masyarakat di sana.
Selain
itu, aku dapat mencari pengalaman dan dapat menghayati keindahan ciptaan Allah.
“kakak,
kaw tak sedih ke nak tinggal rumah?” adikku bertanya.
“entah.
Tak tau nak ckp apa” aku jawab.
Aku macam
takde perasaan nak tinggalkan Malaysia.
Tapi,
dalam hatiku sedih juga sebenarnya.
Alah.
Sekejap je . 4 bulan lebih je aku di sana. And then, aku akan balik ke Malaysia.
Dapat
syahid di sana satu package jugak.
Mati
dalam keadaan menuntut ilmu, dikira syahid kan? Betul tak?
In sha
allah, selama 4 bulan lebih di sana, aku akan cuba memanfaatkan diriku dengan
sebaik-baiknya.
Aku cuba
ambil peluang dengan lebih memperbanyakkan lagi pertuturan bahasa Al-Quran itu,
bahasa ahli syurga.
Sekaligus,
aku mahu mempertingkatkan penguasaan bahasa arabku.
Itu tekadku.
Catatan ini
ditulis oleh penulis sendiri yang bakal meninggalkan Malaysia demi menuntut
ilmu. Beliau akan bertolak dari KLIA pada hari Jumaat ini bersamaan 29/8/2014
pada pukul 9.45 pagi. Diminta sesiapa yang mengenali beliau, mendoakan
kesejahteraan beliau di sana. –hakhak. Poyo sangat!. Doakan iqa ea, kawan2..
No comments:
Post a Comment
Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak