الجمعة، 20 ديسمبر، 2013

Cerpen : Erti Kekayaan yang Sebenar

 
 

"Sarah, saya penat la hidup begini..."

Sarah hanya diam, setia mendengar keluhan sahabatnya bernama Emilia.

“Sarah, kenapa awak tak pernah menikmati hidup sebagai seorang anak orang berada, sedangkan awak layak?”

Sambungnya lagi, "Tak macam saya, bukannya mewah pun hidup, tapi sibuk berpura-pura hidup seperti anak raja,". Emilia menangis teresak-esak atas kesesalannya hidup di dalam dunia yang penuh dengan drama rekaannya sendiri.

Sarah memulakan bicaranya, "Cukuplah hidup besederhana Emilia. Apakah nilai kekayaan sebenar di sisi kamu?"

Sambungnya lagi demi memujuk hati Emilia, "Bagaimana saya mampu membiarkan diri hidup dalam kesenangan sedangkan ada insan lain yang menangis kesusahan. Bagaimana saya mampu bersenang-senang dengan kekayaan yang ada sedangkan itu titik usaha kedua ibu bapa saya, bukannya saya. Bagaimana saya sanggup untuk mempamerkan segala kesenangan saya, sedangkan saya tahu akan ada insan yang berkecil hati nanti."

"Emilia, wanita itu lebih cantik dalam bersederhana, biarlah di mata manusia kita bukannya siapa-siapa, namun di sisi Allah, jadilah hamba yang sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang paling kaya dalam beribadah dan beramal".

"Emilia, awak nak hidup senang?" tanya Sarah. Emilia, "awak ni, mestilah nak!". Sarah, "kalau nak hidup senang, awak kenalah usaha. Usaha dari sekarang ya, belajar sungguh-sungguh dan fokus dalam setiap perkara. Nanti kalau awak dah dapat kerja dan hidup senang, awak boleh membantu orang yang susah, menggembirakan kedua ibu bapa awak dan orang yang ada di sekeliling awak termasuk saya, hehe gurau ja". Emila tersenyum dan mula bersemangat.

"Emilia kita nak hidup senang bukan bermakna kita nak bersenang-senang di dunia ni, tapi kita nak biarkan harta kita menjadi aset akhirat agar terus mengalir walaupun kita dah tiada nanti".

Pilihlah bersederhana dalam setiap perkara, jangan biarkan diri sakit dalam berpura-pura...

<copy paste dr Facebook>
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Terima Kasih Sahabat kerana sudi mewarnai hidupku :)

 
 
Hai kawan-kawan
Lama betui iqa x update entry
Minggu ni minggu final exam taw
Doakan iqa dapat result gempak ye
Ehee
Entah kenapa iqa nak cerita pasal kawan-kawan iqa ni
Selama duduk di uia, iqa ada family baru.
Family iqa tu kawan2 iqa. Classmate iqa.
Bersyukur sgt iqa dapat kawan2 yang baik.
Nampak tak surat kat bawah ni? 



“Syukran ika sebab selalu bg dorongan kat kitorang semua…….”
“Hello Iqa! Pelawak jadian! Haha..know what, u such a good friend to me…”
“Torla!! Respect sama loo…”
“Iqa, apakata lepas ni kita tengok movie korea sama-sama?”…
“Prof, nanti lwn bad jom! X pernah lwn prof torla!”…
“Iqa kuat semangat. Doakan ema jugak!”…
“Good job!.....


“Torla,Prof,Toro”  < ---- ni semua panggilan nama khas kawan iqa bagik.
Terbaru ni kawan iqa gelar “Najwa Latif” kat iqa sebab gaya tudung iqa.
Sampai lecturer pon gelar iqa “Najwa Latif”
Ahaha. Adoi. Sabo je la dengan kerenah diorang ni.
Kadang-kadang iqa tak tau apa yang iqa buat sampai diorang suka kawan ngan iqa (ngee...ni terlebih perasan)
Walau apa pon iqa bahagia sangat!
Alhamdulillah. Dikurniakan kawan2 yang sangat memahami.
Thank you sahabat kerana sudi mewarnai hidup iqa!
 
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa