الأربعاء، 18 سبتمبر 2013

#Story 1 : Japanese Class

 
 
Konnichiwa (Hai - Bahasa Jepun) kawan2!!
Watashiwa Zulaiqa  
Perak Kara Kimashita
Kah3. Mesti korang pelikkan dah kenapa iqa tulis bahasa jepun ni.
Actually, iqa amek Kelas Japanese @ Kelas Bahasa Jepun sebagai subjek elektif kat UIA nih.
Kawan2 iqa mostly semuanya amik bahasa Mandarin,cume beberapa orang je classmate termasuk iqa amek bahasa Jepun. 



Mostly dorang tanya : 

“Kenapa kau amek Jepun??”
“eh.. amek mandarin la.. bole cakap cina..”
“wey..kat Malaysia ni mana ada orang jepun. So, apa guna kaw amek bahasa nieh?” 


Adoi,, sukati le nak belajar bahasa apa pon.
Pedulikan apa orang nak kata.
Satu je prinsip iqa : Iqa tak suka ikut apa orang nak buat.
Iqa ikut kata hati.
Bila hati kata okey, iqa akan ikut kehendak beliau, kalau tak… taklah…
Dan yang paling penting ilmu.
Kita dapat ilmu tu dan manfaatkannya pada orang lain.
Tak usah nak pertikai mana satu bahasa yang lebih baik.
Sebenarnya satu sebab je iqa  amek bahasa Jepun ni.
Sebab utama iqa nak belajar bahasa Korea. Tapi takde le pulak dalam subjek elektif ni.
So, sebagai ganti , iqa amek Japanese Language sebab korea lebih kurang jepun jugak.
Hak3. Tu je sebabnya. Cam tahhape2 kan..
Nanti iqa update lagik entry berkenaan kelas Jepun iqa amek ni.
Cau dulu!! Sayonara (bye)!!! 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

السبت، 14 سبتمبر 2013

Resepi garlic bread + mushroom soup

 
 
Uhuii…
Weekend ni iqa bertapak ke rumah kawan iqa Fatin.
Iqa tak dapat pulang ke Perak memandangkan iqa tengah “kekurangan ongkos” nak balik umah.
Iqa keseorangan di UIA jadi Fatin ajak iqa balik umah dia. Hakhak.
Parents dia xde.
So, memang kitorang berjimba kat dapur tu.
Iqa belajar sesuatu dari dia.
Iaitu resepi roti bawang ala-ala French gitu + sup cendawan. Nyumnyum. Sedap hoi.haa
Nak taw?? Senang je.. 


Bahan-bahan diperlukan :
 
Roti gardenia atau jenama apa2
Bawang putih
Planta/margerin
Sup campbell (yang serbuk tu)

Cara-cara  (untuk resepi roti bawang @ garlic bread)

Potong roti jadi kecil bentuk segi empat dan ketepikan dulu. (sebenarnya taknak potong takpe)
Hiris bawang putih senipis-nipisnya.
Gaulkan planta bersama bawang putih yang sudah dihiris tadi sehingga rata.
Sapukan planta tersebut bersama hirisan bawang di atas roti2 tersebut.
Setelah disapu dengan planta, bakar roti2 tersebut di atas kuali. 
Bakar sekejap, then angkat.

Cara-cara ( untuk resepi sup cendawan @ mushroom soup)
Jerang air di dalam periuk dan masukkan beberapa sudu serbuk sup campbell.
Kacau dan biarkan ia mendidih.
Then, angkat.

Dah siap !
Cicah garlic roti tu bersama sup cendawan.
Selamat mencuba yooo!!!! 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الجمعة، 13 سبتمبر 2013

The horror of Taaruf Week

 
 
Hype guys.
Kini tiba masanya iqa update entry. Ahaaaa..
Dah seminggu iqa bertapak di UIAM Kampus Gombak ni.
Alhamdulillah. Seronok gilaa nak mampos. Ahaa..sory.hiperbola terlebih.
Tapi, selama 4 hari berturut-turut iqa terpaksa melalui Taaruf Week yang sangat memeritkan.
Adoi. Serius ahh.. iqa rasa dah macam budak form1 baru masuk asrama.
Korang tau tak Taaruf Week tu apa??
Taaruf Week tu kira macam orientasi la.. tukk bebudak yang baru masuk university.
Penat betul selama 4 hari ni.
Xdak masa nak berehat. Ada je program. Adeh.
Pulak tu sepanjang taaruf week ada pantang larangnya.
Ada dress code kitorang kena ikut. Kalau tak ikut kena saman la jawabnya.

Kitorang kena pakai : 
Tudung putih
Kasut bertutup warna hitam
Tak boleh pakai shawl/pashmina

Choi.
Iqa dah la takde kasut hitam. Ramai jugak student2 yang takde kasut hitam.

Then, ada kakak committee yang in-charge Taaruf Week Programme dengan nada kurang sopan tanya iqa.

“Takde kasut hitam???” Kakak tu tanya iqa.
“Takdele kak….”
“Kenapa tak pegi beli tadi???”
“Ha??”

Bapak ahh.. ingat iqa ni cop duet hape.
Mana taw kena pakai kasut hitam time taaruf week.
Ramai yang tak puas hati. Ramai student yang protes.
Sebabnya kitorang tidak diinform awal-awal yang kena sediakan kasut warna hitam untuk Taaruf Week.
Juz dalam surat tu kitorang diberitahu kena sediakan kain putih je masa taaruf week.
Ni sampai je uia tetibe diarah memakai kasut hitam.
Mana kitorang tak marah.
Akhirnya kitorang diberi kelonggaran untuk memakai kasut warna gelap.
Alhamdulillah iqa ada. Huu..

Then, habis je Taaruf Week kitorang rasa heaven gilaaa..
Bebas je nak pakai dress code pape. Cuma mestilah tutup aurat.hee..
Yang bestnye bila iqa dah duduk di kampus ni iqa boleh keluar memana je…
Tak perlu dah mintak kebenaran daripada pihak atasan.
Banyak sangat kemudahan yang ada kat sini.
Kalau malas nak nak bwak laptop pegi je general lab.
Kita boleh online free kat situ.
Library UIA punyelah besar gedabak. Pheww.. iqa baru je usha tadi.

First day Taaruf Week. Muka tetap happy.hewhew

iqa tak taw pahal iqa buat muka rope tu.haha
nak hilang stress Taaruf Week.. main "otak..otak.."

Dari depan Mahallah Asiah. (asrama kitorang)


Apa yang pasti UIA punyalah besar nak mati.
Ada sekali tu iqa hampir sesat cari jalan keluar.ahaha.
Mahallah (asrama) iqa jauh betul dari kelas.
Iqa takde kenderaan motor atau kereta, so terpaksa jalan kaki.
Penat kot.ahaa..  
Mula2 iqa tak bese jalan jauh kaki iqa sakit.huu
Sekarang ni alhamdulillah dah bese. 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الجمعة، 6 سبتمبر 2013

Cerpen : Dah kenapa homesick tetibe nieh???

 
 
Ibuku sedang sibuk di dapur.
Menggoreng keropok lekor barangkali sebagai juadah minum petang.
Aku laju mencari ibu.
Tiba di satu sudut aku ternampak ibu, lantas aku peluknya.

“Mak….” Suara aku tenggelam dalam pelukan ibu.
“kakak…kenapa ni??” tanya ibuku pelik.
“mak,,, kakak nak peluk mak.. lepas ni akak tak dapat peluk mak lagik…”
“Lah…..” ibu ketawa.
Kemudian ibu berkata “Kakak,, bukan pergi mana pon.. sambung belajar je..tu pon kat KL je.. nanti bulan2 balik la rumah..mak akan selalu kol kakak..”

Tetibe terasa tubir mataku panas dengan air mata.
Eee,,,dah kenapa aku nanges nieh???
Aku bukan jenis homesick pon.
Aku dah bese sejak dari kecik berpisah dengan ibu ayah.
Dihantar ke sekolah asrama, then sambung pulak ke university.
Ni mesti bahana aku cuti lama 3 bulan kat rumah.
Lepas tu tak sanggup nak berpisah dengan diorang.
Choi!! Aku menyumpah dalam hati.
“ye tau.. tapi orang nak jugak peluk mak.. hahaha…” aku gelak dalam menangis sambil mengetatkan lagi pelukan terhadapnya.

Ayah aku yang datang entah  dari mana tetibe muncul di hadapanku.
Apa lagi. Memang gelak besar dia.

“Ambui.. kakak ni homesick lagi dia… teghoyak (bahasa perak : menangis) pulak dia.”
“eeee… ayah jahat! Biarla..”

Huuu… sedih.
Lepas ni aku pasti rindu dengan bebelan ibu.
Dengan masakan beliau.
Air carrot… susu.. ah..sumenya la…  
Okey.. stop air mata!!!!!!!!!!!!!!!
Boleh tak kaw jangan nangis???
Kaw bukan nak kawen pon.. beria sangat nanges ni pahal???
Kaw juz nak pegi uia jekk!!
Dan.. akan tetapi aku tetap menangis….
Tinggal beberapa jam je lagi aku bakal meninggalkan rumah ini.
Menempuhi dunia baru di alam university.
Menuntut ilmu di sana.
“Mak ayah!!Tolong doakan kejayaan kakak ye…” Aku menjerit di dalam hati. 
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa