الجمعة، 20 ديسمبر 2013

Cerpen : Erti Kekayaan yang Sebenar

 
 

"Sarah, saya penat la hidup begini..."

Sarah hanya diam, setia mendengar keluhan sahabatnya bernama Emilia.

“Sarah, kenapa awak tak pernah menikmati hidup sebagai seorang anak orang berada, sedangkan awak layak?”

Sambungnya lagi, "Tak macam saya, bukannya mewah pun hidup, tapi sibuk berpura-pura hidup seperti anak raja,". Emilia menangis teresak-esak atas kesesalannya hidup di dalam dunia yang penuh dengan drama rekaannya sendiri.

Sarah memulakan bicaranya, "Cukuplah hidup besederhana Emilia. Apakah nilai kekayaan sebenar di sisi kamu?"

Sambungnya lagi demi memujuk hati Emilia, "Bagaimana saya mampu membiarkan diri hidup dalam kesenangan sedangkan ada insan lain yang menangis kesusahan. Bagaimana saya mampu bersenang-senang dengan kekayaan yang ada sedangkan itu titik usaha kedua ibu bapa saya, bukannya saya. Bagaimana saya sanggup untuk mempamerkan segala kesenangan saya, sedangkan saya tahu akan ada insan yang berkecil hati nanti."

"Emilia, wanita itu lebih cantik dalam bersederhana, biarlah di mata manusia kita bukannya siapa-siapa, namun di sisi Allah, jadilah hamba yang sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang paling kaya dalam beribadah dan beramal".

"Emilia, awak nak hidup senang?" tanya Sarah. Emilia, "awak ni, mestilah nak!". Sarah, "kalau nak hidup senang, awak kenalah usaha. Usaha dari sekarang ya, belajar sungguh-sungguh dan fokus dalam setiap perkara. Nanti kalau awak dah dapat kerja dan hidup senang, awak boleh membantu orang yang susah, menggembirakan kedua ibu bapa awak dan orang yang ada di sekeliling awak termasuk saya, hehe gurau ja". Emila tersenyum dan mula bersemangat.

"Emilia kita nak hidup senang bukan bermakna kita nak bersenang-senang di dunia ni, tapi kita nak biarkan harta kita menjadi aset akhirat agar terus mengalir walaupun kita dah tiada nanti".

Pilihlah bersederhana dalam setiap perkara, jangan biarkan diri sakit dalam berpura-pura...

<copy paste dr Facebook>
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

Terima Kasih Sahabat kerana sudi mewarnai hidupku :)

 
 
Hai kawan-kawan
Lama betui iqa x update entry
Minggu ni minggu final exam taw
Doakan iqa dapat result gempak ye
Ehee
Entah kenapa iqa nak cerita pasal kawan-kawan iqa ni
Selama duduk di uia, iqa ada family baru.
Family iqa tu kawan2 iqa. Classmate iqa.
Bersyukur sgt iqa dapat kawan2 yang baik.
Nampak tak surat kat bawah ni? 



“Syukran ika sebab selalu bg dorongan kat kitorang semua…….”
“Hello Iqa! Pelawak jadian! Haha..know what, u such a good friend to me…”
“Torla!! Respect sama loo…”
“Iqa, apakata lepas ni kita tengok movie korea sama-sama?”…
“Prof, nanti lwn bad jom! X pernah lwn prof torla!”…
“Iqa kuat semangat. Doakan ema jugak!”…
“Good job!.....


“Torla,Prof,Toro”  < ---- ni semua panggilan nama khas kawan iqa bagik.
Terbaru ni kawan iqa gelar “Najwa Latif” kat iqa sebab gaya tudung iqa.
Sampai lecturer pon gelar iqa “Najwa Latif”
Ahaha. Adoi. Sabo je la dengan kerenah diorang ni.
Kadang-kadang iqa tak tau apa yang iqa buat sampai diorang suka kawan ngan iqa (ngee...ni terlebih perasan)
Walau apa pon iqa bahagia sangat!
Alhamdulillah. Dikurniakan kawan2 yang sangat memahami.
Thank you sahabat kerana sudi mewarnai hidup iqa!
 
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الثلاثاء، 19 نوفمبر 2013

Family Day Caring Club IIUM

 
Hai guys,
Phew. Lamanya iqa x update entry.
Iqa buzy sgt dgn kelas,assignment,exam,kuiz,club sampai iqa xdek masa nak update entry.
Okelah. Kali ni iqa nak citer pasal Caring Club UIA.
Iqa join club ni.
Club ni khusus utk buat community service utk rumah anak-anak yatim.
Club ni sangat2 aktif.
Baru2 ni iqa ada jugak pergi rumah anak yatim kat Puchong buat program mentoring utk mereka.
Dan pada 10/11  aritu Caring Club adakan Family Day di Female Sport Complex UIA.
Best sgt family day ni. iqa dapat kenal kawan2 baru dan senior2 lama member club ni.
Aktiviti  bermula dari pagi sampai petang dan dibahagi kepada 8 kumpulan : Pink, Coklat,Hijau,Ungu,Merah,Oren,Biru,Kelabu.
Iqa dapat grup Coklat! Ahaa..
Aktiviti lebih kepada game permainan sukaneka. hee.. cam bebudak plak.

Antara aktiviti2 yg diadakan:
Bola beracun

Maen bola pingpong dalam sudu

Isi air dalam botol

Cari gula2 dalam tepung

Passing belon berair

Makan roti + belacan + jem (yg ni paling mencabar.Belacan! aduyai..)

Paling iqa takley lupa baju dan tudung iqa basah kene air masa maen baling2 belon berair tu! Wuuu
Yang sweetnye Family Day ni pada akhir rancangan rancangan sangat diadakan sambutan birthday2 utk member2 caring Club yang lahir pada bulan 9 dan 10 aritu.
Diorang beli kek pada mereka2 yang befdey girl dan befdey boy!
Ha. Nampak x?? caring bukan hanya setakat pada anak2 yatim je tapi pada ahli2 kelab tu jugak. eheee.
Masa sambutan birthday tu ada pulak sesi pembalingan tepung.
Lawak betei. ! ahahaha.
Dan iqa paling tak sangka Group kitorang Coklat menang tempat ke-2 dalam banyak game2 tu!
Ahaaa.. hebat x???
Iqa harap program2 sebegini akan diadakan pada tahun berikutnya lagik.
Best sangat! Walaupun penat + baju basah +penuh dgn tepung tetapi hakikatnya hari tersebut amat bermakna bagi iqa. Ohooo. 

Caring Family Day


Group Coklat , tetibe sorg sesat dari group Hijau.aha

MC kitorg


 sebelom main bola beracun


Court basah dgn air selepas main belon air


Sesi pembalingan tepung !


Wakaka. comel x??? puihh.

Befdey Girl!

 Group Coklat! yeah!

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الخميس، 24 أكتوبر 2013

Teguran Dia buatku


Kala malam sepi itu aku bertafakur
Berteleku di tikar sejadah sambil bermuhasabah diri
Menangis sepuas-puasnya menghadap-Nya mengharapkan keampunan dari-Nya.
Baru sekarang aku nampak apa yang Engkau ingin berikan padaku.




Seimbas, ingatan lalu kembali menerjah di ruang kotak memoriku.
Dahulu, seringkali aku bertanya mengapa kehidupan aku tidak seperti orang lain?
Kenapa aku dilahirkan hidup dalam serba kekurangan?
Kenapa ayah aku tidak punya kereta mewah seperti kawan-kawanku yang lain?
Kenapa rumahku ibarat tempat berteduh sahaja berbanding sahabat-sahabatku yang lain punya rumah besar?
Kenapa ibu dan ayahku tidak mampu menanggung aku untuk perbelanjaan ke university?
Kenapa aku perlu tanggung sendiri semuanya termasuk makan pakaiku dan perbelanjaan yuran belajar aku?
Kadang-kadang aku pernah berfikir kenapa Dia beri ujian sebegini kepadaku?
Sehinggakan aku pernah berkata “Engkau tidak berlaku adil padaku Ya Allah!”
Dan suatu hari aku tergerak hati untuk membeli satu majalah.
Aku membaca majalah tersebut sehingga wajahku dibanjiri dengan air mata.

Antara isi kandungan majalah tersebut :

“Nikmat Allah sangat besar kepada hamba-hamba-Nya iaitu antaranya Keamanan,Kesihatan,Makanan.”

“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah. (an-nahl : 83)”

“Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, jangan melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana itu lebih wajar supaya kamu tidak memperlekehkan nikmat Allah. (HR Bukhari & Muslim).”

Allah… Baru aku sedar banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan padaku.
Nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat ketenangan hidup,nikmat Islam, nikmat kefahaman belajar…
Walaupun  diberi nikmat yang melimpah ruah ini kenapa aku masih tidak bersyukur pada-Nya?
Lihatlah pada kehidupan rakyat Islam di luar sana Syiria,Mesir,Gaza yang hidup dalam keadaan tidak aman.
Lihat saja pada orang-orang yang kurang berupaya, cacat penglihatan, tiada kaki dan tangan..
Lihat pada mereka yang hidup melarat menjadi pengemis di tepi jalanan..
Lihat pada orang yang hidup dalam kemewahan namun hakikatnya jiwa menderita…
Akan tetapi kenapa aku tidak sedar itu semua?
Hidup aku tidak semiskin mereka.
Walaupun serba kekurangan aku punya ibu dan ayah yang amat menyayangiku sepenuh hati.
Walaupun aku menghadapi masalah kewangan aku tetap boleh hidup dengan gembira.
Langsung sesekali aku tidak pernah meminta-minta pada orang lain.
Jadi kenapa aku masih mempersoalkan hakku pada-Nya tentang kehidupanku yang tidak semewah orang lain?
Kenapa aku menimbulkan isu “Allah tidak adil padaku?”
Kerana hal sedemikian menunjukkan aku tidak bersyukur pada-Nya  bahawa banyak lagi nikmat yang Dia kurniakan padaku.
Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Jadi terima seadanya.
Seharusnya ujian kesusahan yang aku terima ini adalah sebagai motivasi dan pendorong aku untuk terus memajukan diri menjadi insan yang lebih berguna pada masa akan datang.
Ya Allah ampunkan aku…
Baru aku sedar apa hikmah yang Kau beri ujian padaku selama ini.
Baru aku sedar ini adalah teguran dari Dia buatku.
Supaya menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur atas nikmat-Nya.

Itu adalah ingatan laluku.
Aku bersyukur kerana Allah beri satu teguran buatku.
Allah…Allah…Allah…ampunkan aku.
Aku hamba yang hina dan lemah Ya Allah.
Aku banyak buat dosa pada-Mu
Aku sering alpa dengan nikmat yang Engkau berikan.
Maka, pimpinlah dan tunjukilah Hidayah dan Inayah kepadaku.


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa