الخميس، 24 أكتوبر 2013

Teguran Dia buatku


Kala malam sepi itu aku bertafakur
Berteleku di tikar sejadah sambil bermuhasabah diri
Menangis sepuas-puasnya menghadap-Nya mengharapkan keampunan dari-Nya.
Baru sekarang aku nampak apa yang Engkau ingin berikan padaku.




Seimbas, ingatan lalu kembali menerjah di ruang kotak memoriku.
Dahulu, seringkali aku bertanya mengapa kehidupan aku tidak seperti orang lain?
Kenapa aku dilahirkan hidup dalam serba kekurangan?
Kenapa ayah aku tidak punya kereta mewah seperti kawan-kawanku yang lain?
Kenapa rumahku ibarat tempat berteduh sahaja berbanding sahabat-sahabatku yang lain punya rumah besar?
Kenapa ibu dan ayahku tidak mampu menanggung aku untuk perbelanjaan ke university?
Kenapa aku perlu tanggung sendiri semuanya termasuk makan pakaiku dan perbelanjaan yuran belajar aku?
Kadang-kadang aku pernah berfikir kenapa Dia beri ujian sebegini kepadaku?
Sehinggakan aku pernah berkata “Engkau tidak berlaku adil padaku Ya Allah!”
Dan suatu hari aku tergerak hati untuk membeli satu majalah.
Aku membaca majalah tersebut sehingga wajahku dibanjiri dengan air mata.

Antara isi kandungan majalah tersebut :

“Nikmat Allah sangat besar kepada hamba-hamba-Nya iaitu antaranya Keamanan,Kesihatan,Makanan.”

“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah. (an-nahl : 83)”

“Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, jangan melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana itu lebih wajar supaya kamu tidak memperlekehkan nikmat Allah. (HR Bukhari & Muslim).”

Allah… Baru aku sedar banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan padaku.
Nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat ketenangan hidup,nikmat Islam, nikmat kefahaman belajar…
Walaupun  diberi nikmat yang melimpah ruah ini kenapa aku masih tidak bersyukur pada-Nya?
Lihatlah pada kehidupan rakyat Islam di luar sana Syiria,Mesir,Gaza yang hidup dalam keadaan tidak aman.
Lihat saja pada orang-orang yang kurang berupaya, cacat penglihatan, tiada kaki dan tangan..
Lihat pada mereka yang hidup melarat menjadi pengemis di tepi jalanan..
Lihat pada orang yang hidup dalam kemewahan namun hakikatnya jiwa menderita…
Akan tetapi kenapa aku tidak sedar itu semua?
Hidup aku tidak semiskin mereka.
Walaupun serba kekurangan aku punya ibu dan ayah yang amat menyayangiku sepenuh hati.
Walaupun aku menghadapi masalah kewangan aku tetap boleh hidup dengan gembira.
Langsung sesekali aku tidak pernah meminta-minta pada orang lain.
Jadi kenapa aku masih mempersoalkan hakku pada-Nya tentang kehidupanku yang tidak semewah orang lain?
Kenapa aku menimbulkan isu “Allah tidak adil padaku?”
Kerana hal sedemikian menunjukkan aku tidak bersyukur pada-Nya  bahawa banyak lagi nikmat yang Dia kurniakan padaku.
Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Jadi terima seadanya.
Seharusnya ujian kesusahan yang aku terima ini adalah sebagai motivasi dan pendorong aku untuk terus memajukan diri menjadi insan yang lebih berguna pada masa akan datang.
Ya Allah ampunkan aku…
Baru aku sedar apa hikmah yang Kau beri ujian padaku selama ini.
Baru aku sedar ini adalah teguran dari Dia buatku.
Supaya menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur atas nikmat-Nya.

Itu adalah ingatan laluku.
Aku bersyukur kerana Allah beri satu teguran buatku.
Allah…Allah…Allah…ampunkan aku.
Aku hamba yang hina dan lemah Ya Allah.
Aku banyak buat dosa pada-Mu
Aku sering alpa dengan nikmat yang Engkau berikan.
Maka, pimpinlah dan tunjukilah Hidayah dan Inayah kepadaku.


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa