الأحد، 28 سبتمبر 2014

#5 Travelog Oman IIUM - Rehlah di bandar Muscat

Assalam guys. Cerita pasal Negara Oman. Hak3.
Jumaat baru2 ni, iqa dan kawan2 (budak Malaysia), Omanis, berjimba ke Muscat, Oman.
Hari Jumaat adalah hari cuti bagi Negara Oman. Kira mcm cuti kat negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.  
Muscat adalah Bandar terbesar (kira macam KL) di Negara Oman.
Tempat iqa belajar ni Nizwa, pedalaman kecil je. Penuh dengan gunung-ganang.
Takde pape langsung. Ahaha..kalau nak berjimba memang takde langsung.
Jarak antara Bandar Muscat dan Bandar Nizwa agak jauh lebih kurang 130 km/j.
Kami menaiki bas university untuk pergi ke sana, dan perjalanan mengambil masa dalam 2 jam.
Gila jauh kan…
Bertapak di Muscat City Centre, masing2 bawak haluan.
Kat sni iqa nampak penuh foreigners termasuk kami..wakaka dan Omanis.
Kebanyakan orang philipina, Indonesia, orang putih pun ada. 
Ada yang pergi cinema, shopping, lepak, lunch. Solat pun semua kat situ.

kat Oman, x jumpa unta life lagik. dpt peluk patung unta pun jadilah. wkaka


Forever 21! our age. 


lunch 

Muscat City Centre macam KLCC.
Barang2 yang dijual di sini sememangnya mahal gila.
Cuma ada satu tempat shopping ni, Max (nama mall) barang yang dijual agak murah.
Apa lagi, kami semua serbu Max.
Iqa sempat beli 2 pasang baju tidur + sneaker.
Rambang mata kot nak pilih. Baju yang dijual cantik2 gila.
Pulak tu ada jual barang Hello Kitty. Haih.
Kat Max, terbang jugaklah 20 Riyal bersamaan RM160.00 duit Malaysia. Gila kan.
Kat Negara orang ni, banyak gila iqa belanja.
Pukul 4.15 petang, kami bertolak ke Fun Zone, Al-Qurm, Muscat. 

Fun Zone 

Ngee.. kat sni iqa main bowling.
Cool gila. Iqa nampak Omanis siap main bowling dengan abaya diorang yang warna hitam tu.
Yang laki plak siap pakai jubah putih.

nmpak tak laki Omani kat belakang tu? cool gila kan. main siap pakai jubah lagi 

Rare sgt, kat sini main bowling confirm tak jatuh longkang.
Cause kat longkang tu ada benda yang menghalang daripada bola tu jatuh. Wakaka.
Wooh. Lama gila dah tak main bowling.
Sekali dapat main, rasa puas. Alhamdulillah 3x strikes, tak penah2 banyak kali dpt strikes.. kui3.
So, dlm kumpulan tu iqa juara. Juara sgt! Bangga kot. Ahaha.

aha..yeay! iqa menang.

bergambar dengan Omanis, antara roomate kami 

Ni menunjukkan iqa excited sgt main bowling tu.
Sesetengah kawan iqa ada yang main ice skating.
Iqa tak pandai. Tskttsk2.
Malam menjelma.
Kami menjejakkan kaki ke pantai Muscat.
Subhanallah. Cantik sgt pantai sini.
BBQ di pantai. First time kot bakar ayam kat tengah2 pantai pada waktu malam. 

BBQ kat pantai 

Dikelilingi pula dengan angin deru pantai, bintang2 bergemerlapan di langit dan bulan sabit yang menerangi malam, kami terasa malam itu sangat indah.
Serius. Walaupun malam, iqa asyik menikmati pemandangan pantai.
Terasa sangat syahdu dan tenang sekali bila melihat kebesaran Dia.
Teringat ayat Al-Quran mengatakan air sungai dan air laut tidak akan bercampur kedua-duanya. (surah Ar-Rahman 55:20)
Subhanallah, bila tengok laut, dan teringat ayat tu, terasa kagum sangat dengan ciptaan Allah.
Kira2 jam 9.30 malam, kami bersiap2 kemas untuk pulang ke university.
Ngee, masing2 penat kot. Dalam bas, semua berdengkur tidur, termasuk iqa. Hakhak.  
Sesungguhnya, pengalaman rehlah ke Muscat ni sangat memberikan pengalaman yang cukup bermakna kepada iqa. 

first time beli lolipop besar gila 


السبت، 27 سبتمبر 2014

Biar 'lame' di sisi manusia, Jangan 'lame' di sisi Allah

Assalam guys. Wah. Lamanya iqa update entry.
Maaf. Cuz iqa kat sni agak busy jugaklah. Even subjek yg diambil hanya 4 saje, tpi assignment boleh dikira melambak jugak. Hee.
Ok. Now, kat sni dah  pukul 3.40 pm di Birkat Al- Mouz, Oman.
Malaysia skrg mesti dah pukul 7.40 mlm kan.
Waktu Malaysia dengan Oman beza 4 jam je. 
Dah sebulan kat sini, rindu kat Malaysia hanya Allah je tahu. Tsktsk.
Ok. Topic yg iqa nak bincang hari ni. “Biar Lame di sisi manusia, jgn Lame di sisi Allah”
Ngaaaaaa… istilah “Lame”.  “Lame” dlm BI, dlm bhasa Melayu cacat, lemah, tak berdaya, tidak tahu apa-apa.
Atau yg iqa paham sendiri “lame” tu lama, kuno, ketinggalan zaman, tak modern, tak up-to-date, tak cool,boring  dan seangkatan dengannya.

credict : google  

Bila dengar perkataan “lame”, mesti kita akan ingat benda tu negative.


“weh.. lame weh… takkan benda tu pun kaw tak tahu?”


Biasa tak, dengar org suka kata or hina ‘lame’ kat kita?  
Yes. Iqa pernah kena.


“ iqa, tak suka tengok spec kaw. tak cantiklah”….
“spec iqa ‘lame’  kot. Yg dulu punya lagi lawa”….
“kenapa buat yang bingkai separuh? Bingkai penuh lagi lawa…”


Guys. For your information, I’ve changed the new spectacles. Ahaha. Spec oman kot.
Pun boley specs oman. Sebenarnya mata iqa dah kurang nmpak. Silau banyak.
So, my mom suggested to me to change the new specs.
And sebenarnya, that “lame” specs, adalah pilihan my mom and my little sis.
Diorang puji iqa lagi cantik pakai spec tu. Ayah pun puji. Ahaha.
Bagi iqa pulak, iqa lebih suka parents iqa pilih barang yg iqa nak beli. Mean klu brg tu guna duit dorg.
Parents’ choice. I don’t know, why setiap kali iqa beli barang dan barang tu adalah pilihan mak ayah iqa, iqa rasa puas hati gila. Dan mostly, brg tu takkan rosak punya. Mesti akan tahan lama.
Serius! Tak tipu. Sebab tu, I’ll ask my mom to prefer the things that I want to buy.
Biasanya pilihan mak iqa cantik. Dan iqa mesti akan setuju.

credit : google 


That’s why, specs tu pun pilihan mak iqa. And bila ada member yg comment pasal specs tu “lame”, I feel like down sekejap. Cuz, tu pilihan parents iqa.
Tapi,  sekejap je.. ahaha. And, bila terfikir je pasal parents iqa, iqa rasa semangat dan ok balik.

And tetibe fikiran iqa menerawang ke Dia.
Tanya kat hati sendiri,

“kau nak lame di mata Allah, ke nak lame di mata manusia?”
Hati jawab, “eh, dah tentu aku nak Allah pandang aku, bukannya manusia…”


Ah, manusia, pegi mampus dengan ‘lame’ kau tu.
Kau siapa nak comment/critics ‘lame’ dekat org? ingat kaw dah bagus sgt di sisi Allah??
Ingat kau dah ‘up-to-date’ sgt sampai tanggungjawab kau sebagai hambaNya dah lupa.???
Ah, kau manusia biasa saje, sama juga seperti aku. Asal daripada tanah juga! Puih. 


Ahaha. Sory, ayat iqa pedas kan. Bukan tuju kat korg je, tuju kat diri sendiri sekali.
Jadi, bagi iqa, biar kita up-to-date di sisi Allah. Biar Allah pandang kita.
Camana nak up-to-date kat Dia?
Solat 5 waktu tak pernah tinggal, baca dan tadabbur Al-Quran, buat amalan sunat.
Upgrade amalan2 baik yang Allah suka setiap hari.
Ha, itu yang baru yang dinamakan ‘modern’ di sisi Dia.

Kalau sekadar ‘modern’ kat dunia tak payah ar.
Segala kasut, pakaian, rambut apa tah bagai nak up-to-date semua dari atas hingga bawah, tapi, perintah2 Allah tinggal, baik tak yah.


Kau nak bangga sangat dengan harta benda dunia, tapi kau lupa benda tu tak kekal pun.
Semua harta benda yang  kau bangga tu akan hancur berkecai.
Takda maknanya boleh bawak sampai ke mati.
Yang hanya kekal, amalan baik kau je masa kat dunia.


Jadi, bagi iqa, lantaklah orang nak mengata spec iqa tak lawa pun.
Yg iqa tahu, spec ni pilihan mak iqa. Dan Alhamdulillah, iqa rasa puas hati , suka dan bangga dengan pilihan mak iqa ni.
Masih terngiang-ngiang dengan kata2 ayah iqa ni,
“cantik anak ayah ni pakai spec baru..” ahaha..susah gila kot ayah nak puji.
Sekali kena puji, memang iqa akan ingat sampai bebila kot.
Argh.. ckap pasal parents, iqa rindu gila dekat diorg. Dah hampir sebulan tak jumpa.
Boleh dikatakan setiap malam, iqa mimpikan parents iqa semenjak iqa belajar jauh ni. Tsktsk.

Berbalik pada cerita “lame” tadi, iqa just nak bagitahu, sekiranya ada sesetengah manusia yang suka kritik kita, biarkan.
Buat tu salah, buat ni salah. Semuanya tak betul.
Memang susah nak puaskan hati semua orang. Sebab apa? Sebab manusia tak pernah puas.
Ngeee.. betul tak?
Org kritik bukan2 kat kita, sila dengar dan buat mcm ni “masuk telinga kiri, keluar telinga kanan”
Abaikan.
Rasa sedih dengan kritikan orang?
Ingat Dia. Allah kan ada.
Allah akan dengar setiap rintihan hamba-Nya.

credit : google 


Ingat, Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.
Tepuk dada, tanya khabar, tanya iman. Muhasabah diri. Wallahua’lam.


*Entry ni bukan bermaksud nak marah/ tak puas hati kat sesiapa. Iqa tak terasa langsung dengan sesiapa. Cuma nak memperingatkan..” –jgn terasa ye. Chill yoe! 





الجمعة، 5 سبتمبر 2014

Segmen : Nak blog URL by Macam-Macam Cerita

KLIK BANNER


assalam. 

jom join segmen. 

hee. syarat mudah sgt. 




#4 Travelog Oman IIUM - Lulu Market

Assalamualaikum. Hari kedua kami berada di Oman.
Kalau nak tahu, waktu negara sini lambat 4 jam dari Malaysia.
Tapi, waktu solat awal kot.
Pukul 4.30 pg dah masuk waktu subuh, pukul 12.00 tgh hari waktu zohor, asar pukul 3.35 ptg, maghrib pukul 6.30 ptg dan Isyak pukul 8.00 malam.
Kalau kat Malaysia, jam 7 pagi  baru nak masuk siang, tapi kalau kat Oman ni jam 6 pagi dah siang.
Gila. First day kat Oman ni iqa terkejut kot. Bangun2 dah siang. Padahal baru pukul 6 pagi.
Disebabkan tak biasa, solat subuh pun lewat. Tsktsk.
Manakala, pukul 6 lebih petang dah nak menginjak ke senja atau malam.
First day di sini, musyrifah (orang yang menguruskan kami) ajak kami ke pasaraya Lulu. 
Nama musyrifah kami, Siham. Wanita. Dah tentu dia orang Arab Oman.
Kami menaiki bas yang sudah disediakan oleh pihak University Nizwa.
On the way dalam bas tu, mata iqa tak berkelip melihat panaroma Negara ni.
Wah. Baru iqa tahu, Negara sini dikelilingi dengan bukit2 dan gunung2 berbatu.

Nizwa, Oman dikelilingi dengan gunung berbatu-batu

Rumah2 pulak semuanya berpetak2. Takde atap. Tapi, cantik. Banglo kebanyakannya plak tu.

Nizwa bandar kecil Oman, tapi kebanyakan rumah banglo. nmpak mcm lukisan tpi ni gmbr betui ye 

rumah yang berbentuk petak dan tiada atap 

Yela, rumah kat Oman ni mana ada atap sebab sini jarang gila hujan.
Oh, lupa iqa nak bgtaw, cuaca kat sini panas gila kot.
Disebabkan iqa tak biasa, iqa pakai payung plus beli cermin mata hitam.
Hak3. Masalahnya iqa sorang je yang pakai payung, orang2 arab sini mana ada pakai payung even panas gila.
Nampak sangat iqa orang asing kat sni, tak biasa.
And sepanjang perjalanan tu, iqa nampak banyak gila pokok kurma.

pokok kurma macam kelapa sawit kat Malaysia 

Pergh, iqa tengok pokok2 kurma tu dah macam pokok kelapa sawit kat Malaysia je.
Yela, pokok lebih kurang sama je kot.
And, bila sampai kat pasaraya Lulu tu, lagi la terasa asing.
Orang2 arab Oman kat situ usha kami semacam je.
Ahaha. Baru faham gimana rasa jadi foreigner.
Selama ni di UIA, kami orang Malaysia yang selalu pandang pelik kat foreigner.
Maybe, diorang juga terasa pelik kot tgok kami beramai-ramai serbu supermarket ni.

di Lulu Market 



selfie! byk jugak barang rumah kami beli 

Yang kitorang pulak tak habis2 selfie. Kat setiap sudut tempat nak amek gambar.
Mana tak pelik diorang tengok.
Kat sini juga, iqa dan kawan2 tukar duit oman.
Kat Malaysia hari tu, iqa dah siap tukar duit Malaysia ke Dolar USD.
Then, kat sini, iqa tukar Dolar USD ni ke Omani Riyal.
Duit oman besar2 gedabak. panjang plak tu. hee

duit Omani Riyal 

Kalau nak tahu, 1 omani riyal bersamaan dengan RM8 duit Malaysia.
Gila mahal nak mampus duit dorang.
And, kat sini juga iqa beli simcard baru. Senang call/text member2.
Kalau kat Malaysia, ada celcom, digi, dan maxis.
Kat sni, dikenali dengan OmanTel.
Hahahaha. Lawak gila, kawan iqa nganjing ‘OmanTel’ jadi ‘Oooo…montel’. Mende doe. Adoiii..
Guling gelak iqa bila diorang ubah perkataan tu. Suka2 hati je. 

#3 Travelog Oman IIUM - Tiba di Oman

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Finally, we arrived at Oman.
Flight mendarat di airport Muscat.
Masa tu malam. Dalam area pukul 12.00 tengah malam.

tiba di Muscat, masing2 sibuk dgn luggage. 

Badan dah terasa exhausted. Yela. Gila tak penat.
Hampir satu hari bermusafir.
University tempat yang iqa akan belajar ni adalah Universiti Nizwa di Nizwa.
Nizwa, daerah yang agak jauh dari Bandar Muscat.
Jadi, sampai je kami kat Muscat tu, tiba2 ada bas dari university tu datang ambil kami.
And paling menarik, iqa nampak kesemua pekerja2 lelaki di kawasan Muscat tu berpakaian jubah putih.
Dan semua mereka pakai serban.
Iqa macam terpaku sekejap.
Wahh. Pakaian seragam orang arab Oman ni jubah putih.
Salah seorang pegawai lelaki tegur iqa semasa dia nak check passport iqa.

Dia tanya, “first time here?”
Iqa jawab, “Yes”
Dia ckp, “welcome to oman…”

Hakhak. Paling tak boleh blah masa dia ckap muka dia garang gila dan tak pandang langsung muka iqa.
Yela, iqa dah taw sebenarnya, lelaki di Negara ni tidak berinteraksi sangat dengan perempuan.
Lelaki dan perempuan sangat menjaga batas2 pergaulan mereka. Bukan boleh suka2 hati je nak bermesra.
Itu apa yang iqa dah kaji tentang masyrakat2 di Negara oman ni melalui internet.
Ok. Kami pelajar perempuan tinggal menetap di asrama.
Dan pelajar lelaki tinggal di luar.
Gila. First time sampai ke bilik, iqa macam terkejut gila kot.
Bilik satu sorang ada air cond. Ada bilik mandi, ada shower air panas/sejuk.
Iqa rasa mcam duduk hotel je.
Cadar, sarung bantal, comforter semua sudah tersedia.
Bagus betul pihak university ni, memang diorang layan kami dengan layanan tip top.
Dapur, peti sejuk, laundry, bilik tv semua ada.
Terasa sangat berbeza dengan UIA.
Tsktsk. Kan best kalau UIA macam ni. 





















الخميس، 4 سبتمبر 2014

#2 Travelog Oman IIUM - Flight Qatar Airways

Assalam. Guys.  
Actually ni first time iqa naik flight. 
Mula2 nervous jgak. Takut pening ke. Mabuk udara ke..
Alhamdulillah takde pape jadi kat iqa.
Puii. Takde le takut sgt pun masa kapal terbang ni nak mendarat atau terbang. Hahaha.berlagak!
6 jam ktorang berada di flight.
2x iqa pi toilet. Kawan iqa sume gelak guling kot.
Toilet kecik. Tapi terpksa.. peduli apa.
Best gila naik flight jenis Qatar Airways ni. Flight ada entertainment.
Setiap penumpang disediakan sebijik tab.
Then kita boleh nak dengar lagu ke, tengok movie or drama, main game dan mcm2 servis ada.
Selama 6 jam tu iqa sempat layan 3 movie : The Amazing Spiderman, Cinta Brosphorus, Doom3.
Ahahaha.. sempat sekejap tidur jugak.
Makanan tak payah cakap ar.. mewah jugak.
Boleh dikatakan 3x iqa makan dlm flight tu.
And then, transit di Airport Doha, Qatar.
Pergh~ lapan jam tunggu kat airport tu.
Sekali makan spaghetti + air mineral kat airport tu habis 11usd = RM33.
Gila mahal. Menangis air mata darah je la tgok duit terbang melayang.
Tapi, bila fikir balik, ada betulnya jugak. Dah nama airport.
Gebang ar kalau barang2 situ tak mahal.
Pengalaman tak boleh lupa masa transit kat Doha tu, iqa kena marah dengan Mak cik Cleaner.
Adoi. Sabo je la. Dalam toilet. Takley basah lantai. Mak cik tu marah iqa kot.
Kawan2 iqa plak ada yang kena marah sebab makan dan tidur dalam surau.
Ahaha. Semua mengamuk. Sabar je la dengan makcik2 cleaner tu.

“No wet in floor”
“No sleeping and eating in prayer room”

Ahaha. Serius xley lupa. Pengalaman kena marah di Negara orang. 

gmbar kecik. dlm flight. 



#1 Travelog Oman IIUM - KLIA's throwback

Assalamualaikum. 
hihi. untuk entri kali ni iqa nak cerita pengalaman iqa bermusafir ke negara orang. 
Alhamdulillah. Pukul 6 pagi iqa dan family dah terpacak di KLIA.
Tiba2 rasa berdebar. Ye la. First time.
Lepas solat subuh, iqa dah nampak ramai kawan2 iqa dan pensyarah berkumpul di suatu tempat.
And we decided to check in the luggage in a group. Klu check in ramai2 tak perlu la risau beg lebih berat kan.
Luggage iqa 27kg kot bila iqa timbang. Hak3. Gila. Paling maksimum 30 kg.
Iqa tak tau benda apa merepet iqa bawak.
Dah selesai check in beg iqa dan family duduk kat Old Town. Sarapan situ.
Salah seorang sahabat iqa, menghadiahkan iqa passport holder hello kitty, tudung hello kitty, pen dan button badge sebelum iqa pergi. hihi. Tq Fifi. mention nama sekali. 


Sebelum scan beg dan naik train, iqa dan family sempat bergambar.
Salam dengan mak dan ayah. Iqa tak tau nape, tak nangis pun. Mcm takde perasaan. Huu. Teruk. 

sebelum fly, bergmbar ramai2 dengan mak ayah, kawan2 dan pensyarah. 

iqa dengan adik iqa. bubye timah :(


kami, bakal2 student yang akan berjihad menuntut ilmu di sana


geng. ! 




 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa