الخميس، 4 سبتمبر 2014

#2 Travelog Oman IIUM - Flight Qatar Airways

Assalam. Guys.  
Actually ni first time iqa naik flight. 
Mula2 nervous jgak. Takut pening ke. Mabuk udara ke..
Alhamdulillah takde pape jadi kat iqa.
Puii. Takde le takut sgt pun masa kapal terbang ni nak mendarat atau terbang. Hahaha.berlagak!
6 jam ktorang berada di flight.
2x iqa pi toilet. Kawan iqa sume gelak guling kot.
Toilet kecik. Tapi terpksa.. peduli apa.
Best gila naik flight jenis Qatar Airways ni. Flight ada entertainment.
Setiap penumpang disediakan sebijik tab.
Then kita boleh nak dengar lagu ke, tengok movie or drama, main game dan mcm2 servis ada.
Selama 6 jam tu iqa sempat layan 3 movie : The Amazing Spiderman, Cinta Brosphorus, Doom3.
Ahahaha.. sempat sekejap tidur jugak.
Makanan tak payah cakap ar.. mewah jugak.
Boleh dikatakan 3x iqa makan dlm flight tu.
And then, transit di Airport Doha, Qatar.
Pergh~ lapan jam tunggu kat airport tu.
Sekali makan spaghetti + air mineral kat airport tu habis 11usd = RM33.
Gila mahal. Menangis air mata darah je la tgok duit terbang melayang.
Tapi, bila fikir balik, ada betulnya jugak. Dah nama airport.
Gebang ar kalau barang2 situ tak mahal.
Pengalaman tak boleh lupa masa transit kat Doha tu, iqa kena marah dengan Mak cik Cleaner.
Adoi. Sabo je la. Dalam toilet. Takley basah lantai. Mak cik tu marah iqa kot.
Kawan2 iqa plak ada yang kena marah sebab makan dan tidur dalam surau.
Ahaha. Semua mengamuk. Sabar je la dengan makcik2 cleaner tu.

“No wet in floor”
“No sleeping and eating in prayer room”

Ahaha. Serius xley lupa. Pengalaman kena marah di Negara orang. 

gmbar kecik. dlm flight. 



 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa