الجمعة، 5 سبتمبر 2014

#4 Travelog Oman IIUM - Lulu Market

Assalamualaikum. Hari kedua kami berada di Oman.
Kalau nak tahu, waktu negara sini lambat 4 jam dari Malaysia.
Tapi, waktu solat awal kot.
Pukul 4.30 pg dah masuk waktu subuh, pukul 12.00 tgh hari waktu zohor, asar pukul 3.35 ptg, maghrib pukul 6.30 ptg dan Isyak pukul 8.00 malam.
Kalau kat Malaysia, jam 7 pagi  baru nak masuk siang, tapi kalau kat Oman ni jam 6 pagi dah siang.
Gila. First day kat Oman ni iqa terkejut kot. Bangun2 dah siang. Padahal baru pukul 6 pagi.
Disebabkan tak biasa, solat subuh pun lewat. Tsktsk.
Manakala, pukul 6 lebih petang dah nak menginjak ke senja atau malam.
First day di sini, musyrifah (orang yang menguruskan kami) ajak kami ke pasaraya Lulu. 
Nama musyrifah kami, Siham. Wanita. Dah tentu dia orang Arab Oman.
Kami menaiki bas yang sudah disediakan oleh pihak University Nizwa.
On the way dalam bas tu, mata iqa tak berkelip melihat panaroma Negara ni.
Wah. Baru iqa tahu, Negara sini dikelilingi dengan bukit2 dan gunung2 berbatu.

Nizwa, Oman dikelilingi dengan gunung berbatu-batu

Rumah2 pulak semuanya berpetak2. Takde atap. Tapi, cantik. Banglo kebanyakannya plak tu.

Nizwa bandar kecil Oman, tapi kebanyakan rumah banglo. nmpak mcm lukisan tpi ni gmbr betui ye 

rumah yang berbentuk petak dan tiada atap 

Yela, rumah kat Oman ni mana ada atap sebab sini jarang gila hujan.
Oh, lupa iqa nak bgtaw, cuaca kat sini panas gila kot.
Disebabkan iqa tak biasa, iqa pakai payung plus beli cermin mata hitam.
Hak3. Masalahnya iqa sorang je yang pakai payung, orang2 arab sini mana ada pakai payung even panas gila.
Nampak sangat iqa orang asing kat sni, tak biasa.
And sepanjang perjalanan tu, iqa nampak banyak gila pokok kurma.

pokok kurma macam kelapa sawit kat Malaysia 

Pergh, iqa tengok pokok2 kurma tu dah macam pokok kelapa sawit kat Malaysia je.
Yela, pokok lebih kurang sama je kot.
And, bila sampai kat pasaraya Lulu tu, lagi la terasa asing.
Orang2 arab Oman kat situ usha kami semacam je.
Ahaha. Baru faham gimana rasa jadi foreigner.
Selama ni di UIA, kami orang Malaysia yang selalu pandang pelik kat foreigner.
Maybe, diorang juga terasa pelik kot tgok kami beramai-ramai serbu supermarket ni.

di Lulu Market 



selfie! byk jugak barang rumah kami beli 

Yang kitorang pulak tak habis2 selfie. Kat setiap sudut tempat nak amek gambar.
Mana tak pelik diorang tengok.
Kat sini juga, iqa dan kawan2 tukar duit oman.
Kat Malaysia hari tu, iqa dah siap tukar duit Malaysia ke Dolar USD.
Then, kat sini, iqa tukar Dolar USD ni ke Omani Riyal.
Duit oman besar2 gedabak. panjang plak tu. hee

duit Omani Riyal 

Kalau nak tahu, 1 omani riyal bersamaan dengan RM8 duit Malaysia.
Gila mahal nak mampus duit dorang.
And, kat sini juga iqa beli simcard baru. Senang call/text member2.
Kalau kat Malaysia, ada celcom, digi, dan maxis.
Kat sni, dikenali dengan OmanTel.
Hahahaha. Lawak gila, kawan iqa nganjing ‘OmanTel’ jadi ‘Oooo…montel’. Mende doe. Adoiii..
Guling gelak iqa bila diorang ubah perkataan tu. Suka2 hati je. 

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa