الأربعاء، 28 سبتمبر 2011

SeLamat beRjaya kawan2 =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh rakan-rakan mahasiswa. Bagaimana dengan persediaan peperiksaan rakan-rakan semua? Semoga rakan-rakan dapat melalui minggu persediaan peperiksaan ini dengan penuh disiplin dan tekun mengulangkaji setiap subjek yang telah dipelajari pada semester ini.

Kali ni iqa nak share doa pada kawan2 yang bakal menghadapi peperiksaan...iqa dapat doa ni pun drp satu laman web ni sebenanye,, so,,
Mari kita baca dan amalkan, mudah-mudahan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH dalam segala persediaan yang kita lakukan nanti insya ALLAH.

Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.” 

Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.” 


Doa memohon kejayaan yang cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa ini dan bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH setelah berusaha dengan gigih bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Iqa mendoakan agar kawan2 sume dapat menggapai kejayaan yang cemerlang seterusnya menggembirakan hati kedua ibu bapa kita yang sentiasa mendambakan kejayaan anak-anak mereka dalam tempoh menuntut ilmu ini.

Yakinlah bahawa, setiap usaha itu pasti akan ada balasannya yang setimpal. Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tidak akan sesekali mempersiakan usaha hamba-hamba-Nya dalam semua perkara.

الخميس، 22 سبتمبر 2011

Luahan hati seorang blogger~


Lame btol iqa da tak post entry,,
Hee,,kali ni iqa nak post satu entry ni berkenaan wanita solehah..
Iqa btol2 terkesan drp satu nasihat kawan iqa ni mengenai couple,,
Erk,iqa akui iqa bknnye baik mane pun …
Kalau nak diikutkan iqa msej je dgn laki even ats bende yg tak berfaedah..
Tapi malam tu.. tetibe kawan iqa datang bilek iqa,, die try nasihat iqa,,,
Dan iqa dapat rasakan ape yg iqa buat selama ni adalah salah di sisi Islam..
Iqa menyesal dan btol2 insaf…
Iqa nak jadi wanita solehah~ tapi nape iqa buat semua tu???
Alhamdulillah… selepas kejadian tu iqa da kurang mesej dgn laki, kecuali ats bende penting je..
dan hati iqa lebeh tenang sebenanye selepas iqa 
melakukan perubahan ini....
Tapi iqa takot sebenanye,,,
Iqa takut iqa tak istiqamah …
Iqa taw iqa kene kuat dan sabar menghadapi dugaan ini,,
Inilah yg dinamakan jihad~ btol x??? huu..
Setiap kali dlm solat, iqa akan doa,moga Allah beri kekuatan untuk iqa sentiasa istiqamah dlm melalukan amal kebajikan…
Kawan2 blogger doakan iqa ea !!! Iqa btol2 nak jadi wanita yg solehah~
Ini ade satu entry yg berkaitan wanita solehah,,
Iqa juzt nak share link ni kat kawan2 sume..

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa