الخميس، 24 أكتوبر 2013

Teguran Dia buatku


Kala malam sepi itu aku bertafakur
Berteleku di tikar sejadah sambil bermuhasabah diri
Menangis sepuas-puasnya menghadap-Nya mengharapkan keampunan dari-Nya.
Baru sekarang aku nampak apa yang Engkau ingin berikan padaku.




Seimbas, ingatan lalu kembali menerjah di ruang kotak memoriku.
Dahulu, seringkali aku bertanya mengapa kehidupan aku tidak seperti orang lain?
Kenapa aku dilahirkan hidup dalam serba kekurangan?
Kenapa ayah aku tidak punya kereta mewah seperti kawan-kawanku yang lain?
Kenapa rumahku ibarat tempat berteduh sahaja berbanding sahabat-sahabatku yang lain punya rumah besar?
Kenapa ibu dan ayahku tidak mampu menanggung aku untuk perbelanjaan ke university?
Kenapa aku perlu tanggung sendiri semuanya termasuk makan pakaiku dan perbelanjaan yuran belajar aku?
Kadang-kadang aku pernah berfikir kenapa Dia beri ujian sebegini kepadaku?
Sehinggakan aku pernah berkata “Engkau tidak berlaku adil padaku Ya Allah!”
Dan suatu hari aku tergerak hati untuk membeli satu majalah.
Aku membaca majalah tersebut sehingga wajahku dibanjiri dengan air mata.

Antara isi kandungan majalah tersebut :

“Nikmat Allah sangat besar kepada hamba-hamba-Nya iaitu antaranya Keamanan,Kesihatan,Makanan.”

“Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah. (an-nahl : 83)”

“Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, jangan melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana itu lebih wajar supaya kamu tidak memperlekehkan nikmat Allah. (HR Bukhari & Muslim).”

Allah… Baru aku sedar banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan padaku.
Nikmat kesihatan, nikmat makanan, nikmat ketenangan hidup,nikmat Islam, nikmat kefahaman belajar…
Walaupun  diberi nikmat yang melimpah ruah ini kenapa aku masih tidak bersyukur pada-Nya?
Lihatlah pada kehidupan rakyat Islam di luar sana Syiria,Mesir,Gaza yang hidup dalam keadaan tidak aman.
Lihat saja pada orang-orang yang kurang berupaya, cacat penglihatan, tiada kaki dan tangan..
Lihat pada mereka yang hidup melarat menjadi pengemis di tepi jalanan..
Lihat pada orang yang hidup dalam kemewahan namun hakikatnya jiwa menderita…
Akan tetapi kenapa aku tidak sedar itu semua?
Hidup aku tidak semiskin mereka.
Walaupun serba kekurangan aku punya ibu dan ayah yang amat menyayangiku sepenuh hati.
Walaupun aku menghadapi masalah kewangan aku tetap boleh hidup dengan gembira.
Langsung sesekali aku tidak pernah meminta-minta pada orang lain.
Jadi kenapa aku masih mempersoalkan hakku pada-Nya tentang kehidupanku yang tidak semewah orang lain?
Kenapa aku menimbulkan isu “Allah tidak adil padaku?”
Kerana hal sedemikian menunjukkan aku tidak bersyukur pada-Nya  bahawa banyak lagi nikmat yang Dia kurniakan padaku.
Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Jadi terima seadanya.
Seharusnya ujian kesusahan yang aku terima ini adalah sebagai motivasi dan pendorong aku untuk terus memajukan diri menjadi insan yang lebih berguna pada masa akan datang.
Ya Allah ampunkan aku…
Baru aku sedar apa hikmah yang Kau beri ujian padaku selama ini.
Baru aku sedar ini adalah teguran dari Dia buatku.
Supaya menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur atas nikmat-Nya.

Itu adalah ingatan laluku.
Aku bersyukur kerana Allah beri satu teguran buatku.
Allah…Allah…Allah…ampunkan aku.
Aku hamba yang hina dan lemah Ya Allah.
Aku banyak buat dosa pada-Mu
Aku sering alpa dengan nikmat yang Engkau berikan.
Maka, pimpinlah dan tunjukilah Hidayah dan Inayah kepadaku.


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الأحد، 20 أكتوبر 2013

Cerpen : Sebuah pertemuan di dalam Kereta Api

 
 

Guys. Layan cerpen ni jap.
Ni kisah benar taw. Betul2 berlaku dalam hidup iqa.
Harap korang ambil ibrah(pengajaran) daripada kisah ini.

****************************************************** 



Kaki melangkah masuk ke Koc C sambil mata melilau mencari tempat duduk 7B.
“Yes! Dah jumpa”. Aku menjerit di dalam hati.
Satu kerusi kosong telah tersedia untukku.
Kuamati siapa penumpang sebelah aku.
Kelihatan seorang makcik sedang menulis sesuatu di atas kertas.
Aku melemparkan senyum terhadapnya lalu aku terus duduk di kerusi tersebut.
Cuti panjang sempena Hari Raya Haji sudah tamat.
Dan sekarang aku berada di dalam kereta api (ETS) untuk bergerak pulang ke UIA.
“Adeh. Cepatnya masa berlalu.” Aku mengeluh di dalam hati.
Kereta api mula bergerak perlahan-lahan. Aku mengelamun tak tahu nak buat apa.
Nak tidur tetapi mata tidak mahu lelap.
Sedang aku berkira-kira untuk tidur, tiba-tiba mak cik di sebelah aku menegurku. 

“Nak pegi mana?” Tanyanya.
“Saya nak pegi Gombak makcik. Makcik pulak?” aku pula bertanya sambil tersengih.
 “Mak cik nak pegi pondok” …. Fuyyo.. kelu lidahku. Bagusnye makcik ni.
“Student uia ke ni?” dia bertanya lagi. 

Em.. aku dah agak.. konfem mak cik ni tau aku nak balik UIA.
Sebab, mostly orang tau UIA tu kat Gombak.
Aku mengangguk sebagai membalas pertanyaannya. 

“Makcik nak tanya ni. Tentang pendermaan organ dalam Islam……” 

Adeh. Makcik. Janganlah tanya bab2 agama yang mendalam sangat. Mampuih aku nak jawab. Aku bukannya reti sangat.
Terus dia bercerita mengenai anak bongsunya yang mendaftar sebagai penderma organ.
Yang paling mengejutkan aku dia bercerita tentang anaknya sambil menangis teresak-esak.

“Mak cik tak sangka anak bongsu makcik tu.. dia sangat humble orangnya.. hidupnya sederhana je.. berbanding dengan anak-anak makcik yang lain yang kehidupan mereka lebih berjaya. Anak makcik yang ni hidup dia tak macam kakak-kakak dia. Dia kerja biasa je. Tak macam kakak-kakak dia sume kerja doctor, bergaji besar. Tapi bila dengar dia cakap nak derma organ, makcik terus jadi sedih dan sayu. Yela. Ibu mana yang tak sedih bila dengar perkara cenggitu…..”

Aku terasa sebak mendengar ceritanya. Kulihat pada wajah tua itu penuh dengan air mata dan hidungnya berair disebabkan terlalu sedih dengan niat murni anak itu.

Dia menyambung.. “Dia pernah cakap kat makcik : ‘Kalau anak2 mak sume berjaya nanti sape nak jaga mak nanti? Kalau tetibe kicap dah abis,, sape nak pegi kedai belikan kicap nanti?? Takpelah.. biarlah Emi tak belajar sungguh-sungguh. Emi nak jaga mak sampai mak takde nanti…”

Aku tersentap dengan kata-kata anak makcik itu bagaikan halilintar berbunyi di gegendang telinga aku. Terus aku tanya diri aku balik. Adakah aku menjadi anak yang baik buat ibu bapaku? Apakah aku sudah berkhidmat kepada mereka?? Apakah aku tidak lupa untuk berbakti pada mereka walaupun ketika ini aku sedang sibuk mengejar kejayaan????

Allah.. Allah.. Allah.. air mataku mengalir.
Aku sungguh insaf mendengar cerita makcik tersebut.
Dia punya anak yang baik. Anak yang solehah. Penyejuk mata buatnya. Tapi, kehidupan anaknya itu biasa-biasa sahaja. Tidak hidup senang. Tidak berjaya berbanding kehidupan kakak-kakaknya.

Seterusnya makcik tersebut bercerita akan kehidupannya.
Selama 2 jam aku di dalam keretapi tersebut, aku menjadi pendengar yang setia buatnya.
Katanya, dahulu kehidupannya sangat jahil. Gila-gila. Tak kisah apa orang nak kata.
Namun, sekarang dia telah berubah. Berhijrah ke arah lebih baik. Dia mahu menuntut ilmu. Sebab itu dia mahu pergi pondok. Katanya mahu belajar ilmu agama di sana.

“Mak cik nasihatkan kamu,, jangan kita melawan arus… ikut apa yang Allah dah aturkan untuk kita”
“Maksud melawan arus tu apa makcik???” Lurus aku bertanya. Tak paham aku. Ahahaha.
“Maksudnya jangan kita melawan perintah Allah. Redha dengan takdir Allah apa yang Dia dah tetapkan untuk kita. Ikut suruhan apa yang Dia dah tetapkan untuk kita..”

0wh.. aku mengangguk. Faham dengan kata-katanya yang amat mendalam itu.

“Lagi satu makcik nak ingatkan.. kita kena yakin selalu dengan Allah. Doa selalu pada Dia. Mintak je pape dengan Dia. Dan jangan lupa untuk yakin yang Dia akan kabulkan doa kita tersebut.”    

Fuh.. banyak gila nasihatnya buat aku. Hak3.
Yang pasti, sepanjang  aku berada di dalam keretapi tersebut, semua pancaindera aku disogokkan dengan input2 berguna dari makcik tersebut.
Bersyukur sangat aku dipertemukan dengannya.
Dan di akhir pertemuan tersebut, kami sempat bertukar-tukar nombor telefon.
Paling tak sangka makcik juga menghadiahkan sesuatu untukku!
Iaitu 2 biji kerongsang cantik berwarna putih gemerlapan dihiasi dengan manik-manik.
“Erk makcik. Cantiknya.. segan pulak rasanya saya nak terima.” Tetibe aku nak malu-malu pulak. Ahaha
“Amekle.. tu hadiah dari Sabah tau. Buatan dari sana..”
Gilalah.. sabah punye kerongsang kot.
Hukk… terima kasih banyak2 makcik.
Terima kasih kerana beri nasihat-nasihat yang berguna dan percuma pada saya.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau pertemukan aku dengannya.
Alhamdulillah…
TAMAT 
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الخميس، 17 أكتوبر 2013

Review Drama Korea Pasta

 
“Iqa,,, tengok cerita apa tuh?? Tergelak-gelak sengsorang???” tanya salah seorang daripada sahabat biliknya.  
Diam.
Telinga sumbat dek earphone.
Hidup dalam dunia cerita tersebut, tak dengar apa yang ditanya oleh sahabatnya.
“Iqa?”
“Hah?”. Tangan cepat-cepat cabut earphone.
“Kau tanya iqa ke??? Sory tak dengar.. hehehe.” Buat muka comel.
“Orang tanya kau tengok citer ape?? Dah tengah malam ni.. tido le…”.
“Ha,, citer korea le. Pasta.”
“Aik, bukan kau dah tengok ke?? Tengok lagi ????”
“Best sangat le citer ni. Iqa kalau ada citer best camni iqa akan ulang banyak kali.” Katanya sambil gelak mengekek.
………………………………………………………………………………

Assalam.
Guys. Huk.
Seperti yg korg tau iqa memang gila cerita2 korea.
Iqa tak minat Running Man, tapi iqa suka layan drama2 bersiri korea. Hak2.
Okey. Kali ni iqa nak buat review cerita korea tajuk Pasta.
Cerita Pasta ni dah lama sangat. 2010 punya cerita.
Tapi iqa baru tengok sekarang. Kah3.
Even sibuk dengan assignment, iqa sempat lagik layan Korea. Hak3. Teruk x?
Iqa dapat cerita ni dari kawan.
So, sejak tu iqa suka layan cerita ni.
Banyak kali dah kot iqa ulang. Iqa rasa dekat 10x! 

Synopsis drama :
Drama berkisar kehidupan tentang tukang masak di sebuah restoran terkenal La Sfera. Seo Yoo-kyung bekerja sebagai tukang pembantu dapur (kitchen assistant) selama 3 tahun. Namun, setelah bekerja keras selama 3 tahun beliau berjaya menjadi chef yang ditugaskan untuk masak Pasta. Konflik timbul apabila muncul ketua chef baru, Choi Hyun-wook, yang sangat baran sifatnya.Ketua Chef baru tersebut telah memecat semua pekerja wanita termasuk Seo Yoo-kyung kerana beliau tidak suka wanita bekerja di dapurnya. Namun, Seo Yoo-kyung tidak berputus asa. Walaupun dipecat sehingga 2 kali, beliau tetap datang dan mahu bekerja di restoran La Sfera tersebut dan akhirnya beliau diiktiraf untuk bekerja semula bersama ketua chef tersebut.  Drama ini juga mengisarkan tentang bagaimana Seo Yoo-kyung telah jatuh hati pada ketua chefnya sendiri. Dalam waktu yang sama wujud watak Mr.Cactus yang selalu memerhatikannya selama 3 tahun dia bekerja di restoran tersebut. Siapakah Mr. Cactus tersebut??? Apakah cinta Seo Yoo-kyung pada ketua chefnya bertepuk sebelah tangan saja?

Apa yang unik dan best sangat cerita ni adalah watak hero dan heroin cerita ni.
Watak hero, Choi Hyun-wook sangatlah baran orangnya.
Manakala watak heroin, Seo Yoo-kyung sangat sabar melayan kerenah ketuanya.
Cerita kehidupan liku2 sebagai chef terkemuka di sebuah restoran sangat memberi inspirasi pada iqa sendiri.
Banyak pengajaran dan ilmu diselitkan dalam cerita tersebut.
Yang pasti iqa bagi rating cerita ni 5 bintang !
Tabik spring ahh pada pengarah cerita ni.  







thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الثلاثاء، 15 أكتوبر 2013

Perkara Sunat dan Haram ketika Hari Raya Aidiladha

 
 
 
Saje iqa nak share entri mengenai perkara Sunat dan perkara Haram yang dilakukan sempena Hari Raya Aidiladha sebagai peringatan buat diri dan kawan2 juga.

Maksud : Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun. Raya pada hari ini mohon maaflah pada saudara-mara dan sahabat kamu sebelum kamu menjamah makanan. :)



Perkara Sunat yg boleh kita lakukan : 

Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

  Menjamah makanan selepas solat hari raya aidiladha.

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Cth : Taqabballahuminnawaminkum.

Sunat bertakbir bermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Perkara Haram dilakukan :

Berpuasa sunat atau ganti pada hari raya 10,11,12,13 Zulhijjah  ataupun dipanggil Hari Tasyrik. Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas.

Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina".

Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut:
Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum.

(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Sumber : Ibadat Puasa 
               Takbir Raya Aidiladha


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa