الاثنين، 29 يوليو 2013

Durian Runtuh!! Menanti Anda!! (Iklan berjumpa dengan artis Lailatul Qadar)





Inginkan dosa-dosa anda yang lalu diampunkan????
Maka ini jalan penyelesaiannya!
Tawaran hebat sempena fasa ketiga terakhir bulan Ramadhan !
Anda hanya perlu rebut peluang 10 malam terakhir dengan memperbanyakkan lagi amalan2 ibadah!

Tarikh : 20 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan ( 10 malam terakhir Ramadhan)
Tempat : Di mana mana sahaja (asalkan tempat yang suci dan bersih)
Masa : Malam sehingga sebelum subuh

Antara amalan amalan ibadah yang anda boleh lakukan -: boleh ikut cara ikon terbaik ini Rasulullah saw :
1. Melakukan qiamullail.
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu.
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak).
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak.
5. Iktikaf dalam masjid.

Sekiranya anda bernasib baik dalam merebut peluang 10 malam terakhir tersebut, anda akan mendapat bonus dan diskaun yang lebih hebat lagi iaitu anda akan berjumpa dengan artis hebat iaitu LAILATUL QADAR !!!!!

Siapa artis LAILATUL QADAR ini???
- Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
- Pada malam itu,turunnya para malaikat ke bumi
- Malam yang penuh sejahtera sehingga terbit fajar

Apakah tanda2 yang meyakinkan anda berjumpa dengan artis LAILATUL QADAR ini???(tanda2 ini berdasarkan hadis)
- Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
- Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
- Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
- Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!
HIDUPKAN MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN DENGAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH SEHINGGA AKHIRNYA ANDA DAPAT BERJUMPA ARTIS HEBAT LAILATUL QADAR.

Seperkara lagi sekiranya anda berjumpa artis hebat ini jangan lupa doa banyak banyak kerana doa-doa anda mudah dimakbulkan oleh Allah swt!!!!

PASTI ANDA GEMBIRA SANGAT APABILA ANDA DAPAT BERJUMPA ARTIS INI!! PERCAYALAHHHHHHHH


Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya: “Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan dalam malam ganjil” 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الأحد، 28 يوليو 2013

Erti Hidup pada Memberi


Di sebuah kampung tinggal dua orang adik beradik kembar iaitu Aman dan Amin. Kedua-dua mereka mempunyai watak peribadi yang berbeza. Aman seorang pemuda yang pemurah,tidak kedekut dan lokek dengan senyuman. Sebaliknya, Amin pemuda yang kedekut dan selalu merungut akan wangnya yang sering habis. Kerja mereka berdua bercucuk tanam.

Aman tidak kisah sekiranya dia berhabis wang untuk membeli pelbagai jenis benih-benih tumbuhan, contohnya cili,betik,jagung,mempelam dan lain-lain.  Kemudian,, benih tersebut dia akan semai di kebunnya. Sekali dia bercucuk tanam pasti dia akan menabur benih yang banyak. Selepas itu,,apabila benih2 tumbuhan tersebut membesar,, dia akan baja dan siram. Akhirnya,,pulangan yang dia dapat tentulah lumayan dan menguntungkan. Ini kerana benih2 tumbuhan yang dia tanam menjadi dan membuahkan hasil.

Berbeza pula dengan kembarnya, Amin. Amin tidak suka membazir wang. Dia akan membeli satu jenis benih tumbuhan sahaja,contohnya jagung. Kemudian dia akan menyemai benih jagung tersebut dan menunggu sehingga tanaman jagung itu membesar. Tunggu punya tunggu tanaman itu membesar akhirnya membuahkan hasil. Tetapi tentunya pulangan yang Amin dapat tidak selumayan dengan Aman. Amin hanya dapat pulangan yang sedikit sahaja. Itupun kebanyakan tanaman jagungnya rosak dimakan serangga. 




Alhamdulillah selesai membaca cerita di atas.
Kawan kawan dapat tak apa ibrah(pengajaran) yang iqa nak sampaikan ni?? 

Aman dan Amin diibaratkan seorang hamba Allah.
Bercucuk tanam pelbagai jenis tumbuhan diibaratkan seorang hamba Allah yang suka bersedekah.
Tanaman2 yang ditanamnya itu diumpamakan pelbagai jenis sedekah dalam bentuk wang ringgit atau makanan diberi pada orang lain.
Pulangan yang besar hasil daripada tanaman tersebut bermaksud ganjaran dalam bentuk pahala/material/kesenangan hidup yang Allah beri pada hambaNya yang suka bersedekah.
Amin yang suka menanam satu jenis tumbuhan diumpamakan hamba Allah yang tidak suka atau kurang bersedekah.
Hasil tanaman yang sedikit menjadikan dia kurang mendapat imbuhan daripada Allah.

Jadi,, moral of the story di sini,, semakin seseorang itu banyak membelanjakan hartanya pada jalan Allah semakin banyak ganjaran yang dia dapat.

Ganjaran yang dia dapat ni memang betul2 Allah bagi kat dunia.
Contohnya : kita sedekah kat orang RM10,,tetibe ada orang sedekah kita balik RM100 (kisah benar)
Percaya atau tidak,, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita dapat rezki.
Sebab itu lah Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Menerima.
Tetapi jika kita bersedekah/memberi biarlah ikhlas.
Tidak guna derma beribu2 ringgit pada orang tetapi niat semata mata nak menunjuk-nunjuk.
Jika mempunyai niat tersebut maka rosak amalan kita.. cepat-cepat istighfar jikalau mempunyai perasaan sebegitu.
Oleh itu,,harta yang diinfakkan biarlah diniatkan hanya kerana Allah.
Jangan risau sekiranya harta kita akan habis sekiranya bersedekah banyak.
Malah sepatutnya kita berasa gembira kerana kita dapat membantu dan menggembirakan orang lain apabila memberi sesuatu kepadanya.
Jadi, di bulan mulia ini,di  bulan Ramadhan yang penuh Rahmat ini marilah kita memperbanyakkan sedekah.
Allah menjanjikan pahala yang berlipatkaliganda kepada hambaNya yang suka bersedekah di bulan Ramadhan ini.
Antara amalan sedekah di bulan Ramadhan : Memberi makanan kepada orang yang berpuasa.
Semoga cerita di atas dapat menjadikan semangat kepada kita semua supaya terus menjadi seseorang yang hidupnya suka memberi kepada orang lain tidak kira di mana berada.
Renung-renungkan.. dan Selamat Beramal..



thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

السبت، 27 يوليو 2013

Pemakaian Cincin salah satu SUNNAH


Tanganku sibuk menguli doh biskut almond London. Sejak bulan puasa ni, aku bekerja dengan bos aku mengusahakan biskut2 raya. Banyak juga tempahan yang dibuat.Hampir beribu ribu.
“ Kak iqa!,, kakak da kahwin ke??”,tanya Yasmin,anak bos aku.
Lantas,tanganku mati dari menguli adunan bahan tersebut sekaligus mataku menuju ke arah Yasmin.
Aku pelik. “Kenapa tanya soalan camtu kat akak??”
“Yela…sebab akak pakai cincin”, celoteh kanak2 tersebut.
Adui… aku sudah mengagak.. pasti cincin di jari manis aku ini membuatkan orang yakin yang aku sudah berpunya. Bukan Yasmin seorang sahaja yang menanyakan hal ini,,tetapi sudah berpuluh puluh orang lain juga sering berpendapat sedemikian.

Huu.. sebenarnya kes di atas terjadi kat diri iqa sendiri.
Ramai orang ingat iqa dah kawen sebab pakai cincin. Cincin emas kan.. no wonder ahh orang ingat iqa dah berpunya.
Mentality masyarakat macam tu.. biasanya kalau nak tau dah berpunya ke tidak tengok je kat jari.. ada cincin ke tidak.. betul tak?????
Tetapi sebenarnya.. sedarkah kalian pemakaian cincin adalah suatu sunnah sebenarnya…tetapi perlulah mengikut cara yang betul.
Iqa pakai cincin sebab sunnah..bukan sebab dah kawen or tunang. 

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
1. jari manis
2. jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
1. jari tengah
2. jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

SUNNAH MEMAKAI CINCIN PADA TANGAN KANAN ATAU KIRI
Rasulullah pernah memakai cincin pada kedua-dua tangannya sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik, “Bahawasanya Rasulullah telah memakai cincin perak pada tangan kanannya di mana kepala cincinnya daripada Habsyah; dan Baginda menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

Anas bin Malik turut meriwayatkan, “Bahawasanya Nabi memakai cincin pada jari ini – sambil mengisyarat pada jari manis tangan kirinya.” (Muslim)

Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih ini dapat disimpulkan bahawa sama ada cincin itu diletakkan pada tangan kanan mahupun tangan kiri, kedua-duanya adalah Sunnah kerana ia telah dilakukan oleh Rasulullah. (Al-Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, 6/116)

Seperti apa yang diberitahu oleh artikel tersebut pemakaian cincin adalah suatu sunnah sebenarnya.
Islam tidak melarang kita baik lelaki atau perempuan untuk berhias.
Tetapi biarlah kena caranya mengikut  syariat2 Islam yang telah gariskan.
Sebenarnya begitu banyak sunnah yang begitu ringan, tapi kita terlepas pandang..
Antaranya pemakaian cincin ini.. Jom kawan2! Jom kita hidupkan kembali Sunnah Rasulullah..!!

               - Pemakaian cincin mengikut Islam
               - Pemakaiancincin mengikut sunnah Rasulullah saw. 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

الجمعة، 26 يوليو 2013

Sakit perut selepas berbuka puasa????


Qistina keluar dari bilik air dengan tangan kanannya berada di perut.
“Adui.sakitnya perut aku! Camana nak pegi tarawih ni!!”, Qistina mengaduh dengan wajahnya yang berkeriut menahan kesakitan.
Untuk kali ketiga dia sudah keluar masuk bilik air tersebut.
Sejak selepas berbuka tadi begitulah keadaannya.. tiba2 sahaja perutnya memulas dan memaksa dia ke tandas untuk “membuang” …… 


Pernah tak perkara sebegini terjadi dalam hidup korang selepas berbuka puasa???
Perut korang tetibe memulas dan sakit yang teramat sangat hingga memaksa korang untuk ulang alik ke tandas berkali-kali.
Dan akhirnya akibat berlaku sedemikian korang terpaksa menelan “Pil Chit Kit Teck Aun” untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Perkara sebegini tidak lain tidak bukan “cirit-birit” < --- wuu iqa sebut ringkasan dia “cb” je nanti taw.
Iqa baca dari satu artikel ni mengatakan sakit perut ni dalam bulan Ramadhan adalah perkara normal.
Perut kosong di siang hari,,then masa berbuka korang melantak banyak sangat makanan bercampur manis dan pedas.
Jadi, perut kita jadi “terkejut” tidak dapat menerima semua tu serentak sekali.
Then, perut yang terkejut tadi mogok buat hal.. dia pun sakit lahh.. haha..tetibe buat cerita..
Sakit perut dan “cb” ni bukanlah suatu penyakit yang teruk tetapi kalau boleh mesti kita nak elakkan time bulan puasa nieh???
Sebab sekali kita dapat penyakit tu mesti badan kita lemah dan tak berdaya sekaligus mencacatkan kita nak solat Tarawih.. betul x?

Jadi,, di sini iqa sertakan tips2 untuk elak sakit perut dan “cb” selepas berbuka puasa:

1. Beli makanan/minuman di bazar Ramadhan yang korang yakin betul2 dalam keadaan bersih.

2. Jaga kebersihan diri. Cth : basuh tangan dulu sebelum makan ( hak3.. ni kalau berbuka dah lapar sangat terus je lahap makanan tanpa basuh tangan. Mana bole cenggitu) 

3. Bahan2 makanan yang korang masak untuk juadah berbuka tu biarlah dimasak dengan betul.jangan main cincai je.  

4. Jangan makan dengan gelojoh ketika berbuka. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga lumat. Seperti Rasulullah saw baginda mengunyah  makanan sebanyak 40 kali supaya makanan tersebut lumat dan perut dapat memproses makanan tersebut.

5. Yang ni penting : jangan lupa baca doa sebelum makan. Kekadang kita dapat penyakit ni sebab Allah bagi peringatan kat kita jangan lupa Dia bila dah dapat nikmat (rezki)  yang Dia sudah kurniakan…


Semoga tips2 ni berguna untuk kalian dan diri iqa juga.
Selamat beramal!



thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa