Wednesday, July 10, 2013

Erti dan makna di sebalik perkataan Ramadhan dan kaitannya dengan hujan ~

 
 
 
 

Hai kawan2.. camna pose rini??
Harap2nya okey dan sentiasa menambahkan ketaqwaan dalam diri kita.
Iqa nak citer,,pagi tadi (dalam area lepas subuh) kat tempat iqa,, tiba2 hujan turun dengan lebatnya.
Tak semena mena iqa rasa sebak sangat dan terasa air mata deras mengalir.
Terasa bersyukur sangat Ya Allah.
Iqa rasa hujan itu sebagai satu rahmat daripada Allah.
Terasa macam Allah ingin meraikan hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Sebab kenapa iqa rasa begitu???

 
Kawan2 taw tak apa makna Ramadhan??
Ramadhan berasal daripada kalimah Bahasa Arab Ro Mim Dhal yang bermaksud ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. –Ibnu Faris-
Ramadhan juga dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari
 - Al Raghib-

Sebab dinamakan ramdhan juga kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. - Assamin Alhalabiy-
Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.

Di sini,,kita dapat simpulkan bahawa Ramadhan itu adalah kepanasan. Kita berasa suasana yang panas yg memerlukan kita menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara2 yang membatalkan puasa.
Allahuakbar. Lihat kawan2..
Pagi tadi Allah turunkan kita hujan,, takda panas pon. Sepanjang hari ni pon iqa merasakan suasana yang agak mendung.
Kenapa?? Sebab Allah bagi satu rahmat kat kita supaya kita dapat berpuasa dengan tenang,selesa,, xdelah rasa panas je..
Jadi kita perlulah bersyukur.
Jadikan puasa kita ini lebih bermakna. Bukan sekadar puasa yg tak makan dan tak minum je. Tetapi puasa yg dapat menahan anggota tubuh kita daripada melakukan maksiat.
Renung2kan.. jika terdapat kekhilafan diri ini sila perbetulkan.



thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

9 comments:

  1. Alhamdulillah...harini sejuk je berpuasa. syukur sangat :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsikan, tak tahu pula ada kena mengena dgn hujan, yang Teena tahu kalau malam lailatul qadar, pagi tu memang tenang & damai jer.

    ReplyDelete
  3. @ Liza Razak : alhamdulillah

    @teena tna : bukan..awak salah maksud ni.. maksud saya hujan yg turun kat tempat saya tu bagi satu rahmat.. supaya kita dapat puasa dgn lebih tenang.. xde le rasa panas je.. maaf kalau saya buat awak keliru.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. selesai sudah berpuasa di hari pertama..

    ReplyDelete
  5. @mizz aiza :alhamdulillah

    @normi nieza : tq

    @Mardeeya : ya. salam ramadhan jugak

    ReplyDelete
  6. @ Tetamu Istimewa : ye.salam ramadhan jugak

    ReplyDelete

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa