Di sebuah kampung tinggal dua
orang adik beradik kembar iaitu Aman dan Amin. Kedua-dua mereka mempunyai watak
peribadi yang berbeza. Aman seorang pemuda yang pemurah,tidak kedekut dan lokek
dengan senyuman. Sebaliknya, Amin pemuda yang kedekut dan selalu merungut akan
wangnya yang sering habis. Kerja mereka berdua bercucuk tanam.
Aman tidak kisah sekiranya dia berhabis wang untuk membeli pelbagai jenis benih-benih tumbuhan, contohnya cili,betik,jagung,mempelam dan lain-lain. Kemudian,, benih tersebut dia akan semai di kebunnya. Sekali dia bercucuk tanam pasti dia akan menabur benih yang banyak. Selepas itu,,apabila benih2 tumbuhan tersebut membesar,, dia akan baja dan siram. Akhirnya,,pulangan yang dia dapat tentulah lumayan dan menguntungkan. Ini kerana benih2 tumbuhan yang dia tanam menjadi dan membuahkan hasil.
Berbeza pula dengan kembarnya, Amin. Amin tidak suka membazir wang. Dia akan membeli satu jenis benih tumbuhan sahaja,contohnya jagung. Kemudian dia akan menyemai benih jagung tersebut dan menunggu sehingga tanaman jagung itu membesar. Tunggu punya tunggu tanaman itu membesar akhirnya membuahkan hasil. Tetapi tentunya pulangan yang Amin dapat tidak selumayan dengan Aman. Amin hanya dapat pulangan yang sedikit sahaja. Itupun kebanyakan tanaman jagungnya rosak dimakan serangga.
Alhamdulillah selesai membaca cerita di atas.
Kawan kawan dapat tak apa ibrah(pengajaran) yang iqa nak
sampaikan ni??
Aman dan Amin diibaratkan seorang hamba Allah.
Bercucuk tanam pelbagai jenis tumbuhan diibaratkan seorang hamba Allah yang suka bersedekah.
Tanaman2 yang ditanamnya itu diumpamakan pelbagai jenis sedekah dalam bentuk wang
ringgit atau makanan diberi pada orang lain.
Pulangan yang besar hasil daripada tanaman tersebut bermaksud ganjaran dalam bentuk pahala/material/kesenangan hidup
yang Allah beri pada hambaNya yang suka bersedekah.
Amin yang suka menanam satu
jenis tumbuhan diumpamakan hamba
Allah yang tidak suka atau kurang bersedekah.
Hasil tanaman yang sedikit menjadikan dia kurang mendapat imbuhan daripada Allah.
Jadi,, moral of the story di sini,, semakin
seseorang itu banyak membelanjakan hartanya pada jalan Allah semakin banyak
ganjaran yang dia dapat.
Ganjaran yang dia dapat ni memang betul2 Allah bagi kat
dunia.
Contohnya : kita sedekah kat orang RM10,,tetibe ada orang
sedekah kita balik RM100 (kisah benar)
Percaya atau tidak,, semakin banyak kita memberi semakin
banyak kita dapat rezki.
Sebab itu lah Tangan Yang
Memberi Lebih Baik Daripada Menerima.
Tetapi jika kita bersedekah/memberi biarlah ikhlas.
Tidak guna derma beribu2 ringgit pada orang tetapi niat
semata mata nak menunjuk-nunjuk.
Jika mempunyai niat tersebut maka rosak amalan kita.. cepat-cepat
istighfar jikalau mempunyai perasaan sebegitu.
Oleh itu,,harta yang diinfakkan biarlah diniatkan hanya
kerana Allah.
Jangan risau sekiranya harta kita akan habis sekiranya
bersedekah banyak.
Malah sepatutnya kita berasa gembira kerana kita dapat
membantu dan menggembirakan orang lain apabila memberi sesuatu kepadanya.
Jadi, di bulan mulia ini,di bulan Ramadhan yang penuh Rahmat ini marilah
kita memperbanyakkan sedekah.
Allah menjanjikan pahala
yang berlipatkaliganda kepada hambaNya yang suka bersedekah di bulan Ramadhan
ini.
Antara amalan sedekah di bulan Ramadhan : Memberi makanan
kepada orang yang berpuasa.
Semoga cerita di atas dapat menjadikan semangat kepada kita
semua supaya terus menjadi seseorang yang hidupnya suka memberi kepada orang
lain tidak kira di mana berada.
Renung-renungkan.. dan Selamat Beramal..
thanx for sharing yer Iqa. ^_^
ReplyDeletebetul tu iqa.. semakin bersedekah semakin bertambah rezeki kita, insya-Allah..
ReplyDelete