Qistina
keluar dari bilik air dengan tangan kanannya berada di perut.
“Adui.sakitnya
perut aku! Camana nak pegi tarawih ni!!”, Qistina mengaduh dengan wajahnya yang
berkeriut menahan kesakitan.
Untuk
kali ketiga dia sudah keluar masuk bilik air tersebut.
Sejak
selepas berbuka tadi begitulah keadaannya.. tiba2 sahaja perutnya memulas dan
memaksa dia ke tandas untuk “membuang” ……
Pernah tak perkara sebegini terjadi dalam hidup korang selepas berbuka puasa???
Perut korang tetibe memulas dan sakit yang teramat sangat
hingga memaksa korang untuk ulang alik ke tandas berkali-kali.
Dan akhirnya akibat berlaku sedemikian korang terpaksa
menelan “Pil Chit Kit Teck Aun” untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Perkara sebegini tidak lain tidak bukan “cirit-birit” < --- wuu iqa sebut ringkasan dia
“cb” je nanti taw.
Iqa baca dari satu artikel ni mengatakan sakit perut ni dalam
bulan Ramadhan adalah perkara normal.
Perut kosong di siang hari,,then masa berbuka korang melantak
banyak sangat makanan bercampur manis dan pedas.
Jadi, perut kita jadi “terkejut” tidak
dapat menerima semua tu serentak sekali.
Then, perut yang terkejut tadi mogok buat hal.. dia pun sakit
lahh.. haha..tetibe buat cerita..
Sakit perut dan “cb” ni bukanlah suatu penyakit yang teruk
tetapi kalau boleh mesti kita nak elakkan time bulan puasa nieh???
Sebab sekali kita dapat penyakit tu mesti badan kita lemah
dan tak berdaya sekaligus mencacatkan kita nak solat Tarawih.. betul x?
Jadi,, di sini iqa sertakan tips2 untuk elak sakit perut dan “cb” selepas berbuka
puasa:
1. Beli makanan/minuman di bazar Ramadhan yang korang yakin
betul2 dalam keadaan bersih.
2. Jaga kebersihan diri. Cth : basuh
tangan dulu sebelum makan ( hak3.. ni kalau berbuka dah lapar sangat terus je
lahap makanan tanpa basuh tangan. Mana bole cenggitu)
3. Bahan2 makanan yang korang masak untuk juadah berbuka tu
biarlah dimasak dengan betul.jangan main cincai je.
4. Jangan makan dengan gelojoh ketika berbuka. Kunyah makanan
perlahan-lahan sehingga lumat. Seperti Rasulullah saw baginda mengunyah makanan sebanyak 40 kali supaya makanan
tersebut lumat dan perut dapat memproses makanan tersebut.
5. Yang ni penting : jangan lupa baca doa sebelum makan. Kekadang
kita dapat penyakit ni sebab Allah bagi peringatan kat kita jangan lupa Dia
bila dah dapat nikmat (rezki) yang Dia
sudah kurniakan…
Semoga tips2 ni berguna untuk kalian dan diri iqa juga.
Selamat beramal!
baru malam tadi kena.. tiba-tiba pukul 1pagi terjaga dari tidur sebab rasa mual dan sakit perut.. pergi ke tandas terus muntah dan cirit-birit.. sebelum tidur balik sapu losyen halia mustajab warna kuning tu di perut.. pagi ni alhamdulillah dah ok..
ReplyDeleteakak pernah ja kena mcm ni.. siang dh pedih perut , time berbuka lak makan pedas gila. apa lagiii dok berulang tandas la. dekat smggu gak baru pulih spti sdiakala.. ^_6
ReplyDeleteOh, rasanya tak pernah pula.
ReplyDeleteIqa..tip yang bagus ni. Memang kalau beli makanan kat luar kena berhati2, pilih yang bertutup dan kebersihan diri pun kena jaga juga kan.
ReplyDeleteAssalammualikum...iqa,
ReplyDeletetips-tips yang bagus nie,,,
mselim3