Tanganku sibuk menguli doh biskut
almond London. Sejak bulan puasa ni, aku bekerja dengan bos aku mengusahakan
biskut2 raya. Banyak juga tempahan yang dibuat.Hampir beribu ribu.
“ Kak iqa!,, kakak da kahwin ke??”,tanya
Yasmin,anak bos aku.
Lantas,tanganku mati dari menguli
adunan bahan tersebut sekaligus mataku menuju ke arah Yasmin.
Aku pelik. “Kenapa tanya soalan
camtu kat akak??”
“Yela…sebab akak pakai cincin”,
celoteh kanak2 tersebut.
Adui… aku sudah mengagak.. pasti
cincin di jari manis aku ini membuatkan orang yakin yang aku sudah berpunya.
Bukan Yasmin seorang sahaja yang menanyakan hal ini,,tetapi sudah berpuluh
puluh orang lain juga sering berpendapat sedemikian.
Huu.. sebenarnya kes di atas terjadi kat diri iqa sendiri.
Ramai orang ingat iqa dah kawen sebab pakai cincin. Cincin emas
kan.. no wonder ahh orang ingat iqa dah berpunya.
Mentality masyarakat macam tu.. biasanya kalau nak tau dah
berpunya ke tidak tengok je kat jari.. ada cincin ke tidak.. betul tak?????
Tetapi sebenarnya.. sedarkah kalian pemakaian cincin adalah
suatu sunnah sebenarnya…tetapi perlulah mengikut cara yang betul.
Iqa pakai cincin sebab sunnah..bukan sebab dah kawen or tunang.
Nasihat Nabi
Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti
Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina
Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
1. jari manis
2. jari kelingking
(anak jari)
dan janganlah
memakai pada jari
1. jari tengah
2. jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
SUNNAH MEMAKAI CINCIN PADA TANGAN KANAN ATAU KIRI
Rasulullah pernah
memakai cincin pada kedua-dua tangannya sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik,
“Bahawasanya Rasulullah telah memakai cincin perak pada tangan kanannya di mana
kepala cincinnya daripada Habsyah; dan Baginda menjadikan kepala cincinnya pada
bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)
Anas bin Malik turut meriwayatkan, “Bahawasanya Nabi memakai cincin pada jari ini – sambil mengisyarat pada jari manis tangan kirinya.” (Muslim)
Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih ini dapat disimpulkan bahawa sama ada cincin itu diletakkan pada tangan kanan mahupun tangan kiri, kedua-duanya adalah Sunnah kerana ia telah dilakukan oleh Rasulullah. (Al-Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, 6/116)
Islam tidak melarang kita baik lelaki atau perempuan untuk
berhias.
Tetapi biarlah kena caranya mengikut syariat2 Islam yang telah gariskan.
Sebenarnya begitu banyak sunnah yang begitu ringan, tapi kita
terlepas pandang..
Antaranya pemakaian cincin ini.. Jom kawan2! Jom kita
hidupkan kembali Sunnah Rasulullah..!!
Sumber : - Hukum hakam memakai cincin
akak memang tak suka memakai barang kemas.. punca asalnya sebab akak cepat berpeluh dan mesti gatal.. tak tahu la cincin kahwin nanti nak pakai macam mana.. hehe..
ReplyDeleteakak dulu pernah kena marah dgn ustaz sbb pakai cincin kat jari telunjuk. masa tu xtau lagii. Lepas kena tu baru lah tau.. skrg ni lgsg xpakai cincin.. ^_^
ReplyDeletesharing is caring. thank you for this info =D
ReplyDelete