Tuesday, July 9, 2013

Solat Tarawih. Apa makna di sebaliknya?

 



Hai kawan kawan.
Malam ini bermulanya pesta ibadah bulan Ramadhan yg kita nanti nantikan.
Pabila masuknya waktu Maghrib, maka bermulalah bulan Ramadhan ni.
Malam ini,pastinya solat tarawih sudah boleh dilakukan.
Ahaaa..iqa tak retilah nak reka ayat2 yg bombastic.
Yg pasti,iqa juz nak ingatkan pada diri dan kawan kawan jangan lupa solat tarawih taw.
Walau sesibuk mana pon jangan kita abaikan amalan sunat ini.
Memandangkan amalan sunat ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja setiap tahun apa salahnya kita merebut peluang pahala berlipat kali ganda ini pada setiap bulan Ramadhan?


Ahaaa,, tetibe iqa teringat masa kecik dulu, selalu pergi masjid untuk menunaikan solat ni.
Kecik2… parents dah ajar iqa dengan adik iqa untuk solat tarawih 20 rakaat secara berjemaah kat masjid.
Iqa ikut je … adik iqa pulak kat belakang memaen plak. 
Wakaka.. dia buat bape rakaat je.lepastu terus tido.
Lepastu,iqa maseh ingat lagi, selepas solat tarawih pasti ada bacaan2 selawat tu kan…
Mula2 bacaan selawat tu slow je diikuti oleh Jemaah .
Tapi bila dah nak abes rakaat Tarawih dan nak masuk solat witir,
pasti bergemanya kuat bacaan selawat tu.
Macam kelakar pon ada.ahaaaa..
Bila dah abes tarawih best je rasa… bolelah more. 
Ahaha.. itulah perasaan yg iqa rasa sewaktu kecil dulu.
Ahaaa..kenangan solat tarawih di kala usia kecik masih bermain2 lagi di ingatan iqa.
Sekarang iqa dah besar. Perasaan tu dah bertukar. Kita akan merasa solat tarawih tu sgt bermakna dalam bulan Ramadhan.Terasa kemanisannya bila kita melakukan ibadah tersebut semata2 ikhlas kerana Allah.
Tarawih bukan sebab nak more.bukan sebab nak gosip2 lepak citer bukan2..
Ada erti dan makna yg tersembunyi di sebalik kenapa Allah wajibkan kita melakukan ibadah tersebut di bulan mulia ini.
Walau apa pon… pada tahun ini, Alhamdulillah iqa cuti akhir semester.
Jadi dapatlah iqa solat tarawih mengikuti parents di masjid. Di tempat yang sama. Sewaktu iqa kecik2 di di masjid itulah iqa mengenal solat tersebut. Hak..rindunya rasa.
Okey.stop pasal kenangan lama.
Sebagaimana yg kita ketahui, amalan sunat ini sangat besar pahalanya bagi sesiapa yg melakukannya ikhlas semata2 kerana Allah.
Iqa terjumpa satu artikel ni yg mengatakan antara ganjaran2nya ialah :
Diampunkan dosa2nya yg dahulu

Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya

Ditulis dari kalangn para siddiqin dan syuhada’

Pahala seumpama qiamullail.


Ini daripada hadis2 sohih. Kalau nak taw lebih lanjut boleh bukak SINI.

 


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

5 comments:

  1. Tak sabar nak berterawih malam ni..
    Sama2 kita merebut pahala di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  2. @normi nieza : ya.. salam ramadhan jugak

    @teena tna : yaa..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada ibu bapa Iqa kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

    ReplyDelete
  4. @Tetamu Istimewa : Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa