Hai kawan kawan..
Tahun Ramadhan ini iqa sering dikejutkan dengan pelbagai kematian
tidak kira usia.
Baru beberapa hari yang lepas jiran iqa yang masih muda
sekitar umur 30 an meninggal dunia
kerana sakit jantung…
Tadi pula sewaktu iqa kerja, iqa dikejutkan dengan pemergian seorang guru muda(guru anak bos) akibat tekanan darah
yang rendah.
Paparan television juga ada mendedahkan kanak2 meninggal dunia akibat mati lemas.
Bila hal2 seperti ini sudah menjadi halwa telinga terasa diri
ini amat insaf sekali.
Iqa terfikir,, “Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang
TERAKHIR buat mereka”
Allahuakbar… bagaimana pula dengan iqa?dengan kalian juga?
Adakah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita
juga??
Mengingatkan hal ini iqa selalu memikirkan akan kematian.
Ajal akan menjemput kita di waktu bila2 masa sahaja tanpa
mengira usia.
Dan sekiranya Ramadhan ini yang terakhir buat kita adakah
kita sudah bersedia dengan amal kebajikan yang banyak yang akan menjadi
pelaburan akhirat kelak??
Sedarlah,, hari ini sudah menginjak ke Ramadhan yang ke-14.
Dan ini bermakna kita sudah menginjak ke fasa bulan
Maghfirah. (diampuni dosa)
Tidakkan kita berasa cepatnya Ramadhan berlalu dan pergi???
Dan andainya Ramadhan ini yang terakhir buat kita tidakkah
kita perlu merebut peluang ini dengan menjadikan Ramadhan lebih ini lebih
bermakna daripada tahun2 yang lepas?
Tepuk dada,, Tanya iman.. renung renung kan..
Wallahua’lam.
takziah buat keluarga arwah. tabahkan hati je kalau berdepan dengan hal nie :)
ReplyDeleteAah, sekarang dah masuk fasa maghfirah, malam ni kalau terawih dah start baca doa qunut masa witir. Cepat masa berlalu. Tp diri ini masih alpa.
ReplyDeletesebak pula membaca entri iqa ini.. betapa banyaknya akak melakukan dosa, bimbang jika ini ramadhan terakhir..
ReplyDeleteakak pon sama jugak.. Selalu ja pikir mcm nii. ^_^
ReplyDeletegood sharing
ReplyDelete@Kotak Kosong : ye..tabah di samping kene kuatkan hati
ReplyDelete@Teena Tna : aah tina. malam ni da start doa qunut
@Mizz Aiza : saya pon sama kak!
@Lieya VoN JaY :sama!
@Normi Nieza : tq..
Assalammualaikum..
ReplyDeleteadakah ini ramadan terakhir buatku..sayu sungguh entry nie,,, kekadang bagus utk peringatan ...
mselim3