Thursday, July 11, 2013

Hang out with friends around Shah Alam

 
 

Hai kawan kawan.
Camne puasa hari ni? Hari ni iqa kurang sihat sikit.
Demam + batuk + selsema.huu
Terlalu banyak mnum ais kot. Terus dapat penyakit ni.
Natijahnya, iqa terpaksa ambil cuti kerja sehari. Hu,, tak taw la Kak Mus ckap apa nnti.
Waa.. tadi jumpa doctor, doctor pesan kene makan bubur. Jaga pantang makan.
Terpaksa la bukak pose dgn bubur jap lagi… tsktsk..
Okei.walau apa pon arini iqa nak tulis entri berkenaan dgn perjumpaan reunion la kirenya iqa dgn member2 dak uia.

1 Julai hari tu iqa dgn menaiki train bertapak ke uia pj.
Sebenarnya tujuan iqa ke sana pon atas sebab nak carik kitab nahu dan sorof.
Iqa nak buat revision memandangkan iqa lemah subjek tu.
Iqa cuba cari kat tempat iqa,,kat perak ni.. masalahnya tak jumpak.
So,terpksele kene gi uia cari kitab tu. Alhamdulillah jumpa.

ni kitab yang iqa carik tu

Di waktu yang sama iqa jumpa kawan2 yang lain  antaranya Ainil, Iqbal, Kak Fifi, Dek Ngah… (ex- classmate)
Tak ramai pon ex classmate iqa yg datang. Yela diorang kebanyakkannya dok jauh.
Hewhew..rindu betul kat diorang.
Memang sehari suntuk kitorang jalan jalan.
First,kitorang pergi jumpa lecturer kitorang dulu kat Quality Hotel Shah Alam.
Kitorg panggil lecturer umi dan abi memandangkan hanya 2 orang sahaja yg mengajar kitorang masa tu.
Sempatla berbual sekejap dengan umi dan abi sebab diorang ada bengkel kat Hotel tu. Kira mcm kursus la.

bersama dengan umi dan abi (umi yg ke-3 ,abi yg ke - 4)

Lunch kat Restoran Tirairatus Shah Alam. Iqa dapat merasa Nasi Ayam Balado dan Bandung Soda.. MasyaAllah sedapnya.
Sejak tu iqa craving sangat dengn bandung soda.

Nasi ayam Balado. ahaha..banyak gila ayam dia.x mampu nak habiskan.

Then,, kitorang jalan2 sekitar Shah Alam je ( sebab Iqbal dan Kak fifi taw daerah tu je) hak3..
Menjejakkan kaki ke Taman Tasik Shah Alam.. wa.. rasa mcm kanak2 je. Main playground la..buaian la..ahaaa

merenung alam ciptaan Tuhan at Taman Tasik Shah Alam
 
kak fifi hebat main buaian woo
hak3. cam kanak2 riang
 
dari kiri : Iqa, Kak Fifi, Ainil, Iqbal

Then, kitorang ke Masjid apa tah nama dia yang masih dalam pembinaan. Sempat lagi snap gambar. 
kat masjid  shah alam

Malam pulak, kak fifi drive bawak iqa dan ainil pi Setia City Mall Shah Alam.
Iqbal pula dah lama balek Kelantan. Di tempah tiket flight haritu jugak. Huu..
Jalan2 je kat dalam mall tu. X beli apa pon. Adalah sempat merasa Pavlova. Iqa suka Pavlova.
Yang bestnya kat situ ada air pancut. Best giler tgok warna warni.

iqa suka pavlova
 
air pancut kat Setia City Mall
 
iqa dan kawan2
Da tgh malam baru kitorang menapak ke uia.
Terasa penat gilerr masa tu..
Iqa dan Ainil stay bilik Kak Fifi. Kak Fifi masih lagi student CFS .
So, kitorang yg dah graduate ni bolehla stay bilik dia.
Esoknya baru iqa pulang ke PeraK.
BEST sgt jumpe diorng. Borak lama2 dengan diorang.
Terasa kenangan kat CFS IIUM P.Jaya masih terpahat lagi di kepala ni.







thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

4 comments:

  1. terliur tengok pavlova tu . . .:p
    seronok je tengok sis jumpak kawn2 . . tiba2 teringat pulak kenangan muni masa kat poli dulu . . memang best bila dpt jumpk kwn2 n imbas balik apa yng berlaku dulu kan . . hehe boleh nampak keseronokan sis bila tgk pic2 semua tu . hehe :)

    ReplyDelete
  2. @Murni Amir : sedap kan tgok pavlova tuh..hehehe.. terima kasih..seronok sgt jumpa kawan.

    ReplyDelete
  3. seronoknya berjumpa kawan-kawan.. akak tak pernah lagi makan pavlova tu, sedap ke iqa?

    ReplyDelete
  4. @mizz aiza : sedap gilee kak..kene makan..ahahaha

    ReplyDelete

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa