Hai kawan2..
Perintah Allah suruh kita berpuasa
Kawan2 tau tak ayat al-quran apakah yang mewajibkan kita
berpuasa di bulan Ramadhan ini?
Kalau tak tau boleh check Surah Al-Baqarah ayat 183 :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan ke atas kalian berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kalian, supaya kalian bertaqwa.” (Al-Baqarah [2]: 183)
Maksud ayat lebih detail
Dalam ayat tersebut, Allah menyeru “Wahai
orang2 yang beriman”..
Allah tak sebut “Wahai manusia”
Apabila kita tgok konteks ayat ini, Allah menyeru kita dengan
panggilan “wahai” ~
Cuba kita bayangkan tidakkah panggilan “wahai” tersebut menggambarkan
seseorang yg amat sayang pada kita??
Katakanlah. Seorang suami memanggil isterinya “ Sayang,, tolong urut
kaki abang jap” wakaka.
Si suami menyuruh si isteri mengurut kakinya. Itu menunjukkan
ayat perintah jugakkan.
Begitu jugalah dengan Allah.
Allah mahu menyuruh kita ,memberi kerja kepada kita
dengan cara yang lembut sebagaimana seperti ayat di atas “ wahai orang2 yang
beriman” supaya kita berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Dan ayat terakhir mengatakan “supaya kalian bertaqwa”.. < ----- ayat ini bermaksud agar
puasa kita itu mampu beroleh taqwa.
Bagaimana puasa yang dikatakan dapat
meraih taqwa?
Apa yang yang dimaksudkan dengan
taqwa?? Taqwa ialah kita takut kepada Allah iaitu sentiasa melakukan apa yang
disuruhNya dan meninggalkan apa yg dilarangNya.
Jadi, solusinya di sini, semoga puasa
kita itu mampu membawa kita untuk meraih taqwa. Bagaimana caranya?? Sudah tentulah
kita perlu menjaga segala pancaindera kita ni daripada melakukan dosa.
Tips untuk meraih taqwa masa bulan Ramadhan:
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita sekaligus mengingatkan pada diri ini sendiri yg tidak lepas daripada melakukan dosa juga. Wallahua’lam ~
sama-samalah kita bettakwa kepada Allah dengan melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini..
ReplyDelete@ Mizz aiza : betultu kak aiza
ReplyDeleteSaya berharap saya antara orang beriman yang sentiasa bertakwa kepada Allah SWT.
ReplyDelete@Tetamu Istimewa : In sha allah
ReplyDelete