Thursday, July 18, 2013

Cerpen Ramadhan : Selamat Tinggal buat Dia





“Assalam.ur befdey rite today? Wanna to wish Happy Birthday and May Allah bless u. Salam Ramadhan”
Mouse di jemariku menuju ke “button send”dan terus mesej tersebut dihantar melalui private message di facebook.
Namun,jari jemariku tetibe terscroll history2 message di kotak inbox private message tersebut antara aku dan dia. Dan aku terbaca mesej2 lama tersebut.
Secara tidak sengaja kenangan 2 tahun yang lalu datang menerpa di ingatanku. 



Aku dan dia bertemu melalui orang tengah.
Waktu itu umur 18 tahun kukira terlalu muda lagi untuk mengenal hati seorang adam.
Aku masih mentah lagi.
Namun,entah kenapa dengan dia boleh buat aku tertarik dengannya.
Dengan wajahnya yang kacak,kelakuannya yang sangat kelakar, dan sifat keprihatinannya terhadap aku sudah tentu membuatkan seorang gadis boleh tertambat hatinya terhadap dia.
Hubungan kami hanya di alam maya atau telefon sahaja.
Jikalau ingin berjumpa, tentulah perlu melalui orang tuaku.
Waktu itu kukira aku dilamun cinta walaupun jarang bersua muka.
Benarlah orang kata cinta itu buta.
Kurasa apa yang kubuat dengannya semuanya betul.
Aku sanggup berhabis berpuluh2 ringgit setiap minggu untuk kredit telefon hanya kerana ingin berbual denggannya.
Padahal aku tahu apa yang aku bual dengannya hanyalah perkara sia-sia dan lagha yang membuatkan syaitan boleh menghasutkan hubungan aku dengannya.
Kadang-kadang aku terbaca juga artikel “Couple haram”, namun biasalah,, aku buat endah tak endah sahaja.
Allahuakbar…..
Hubungan seperti tersebut berlanjutan selama beberapa bulan.
Selama beberapa bulan tersebut, aku dalam keadaan dilemma juga.
Apakah hubungan aku dengannya betul mengikut syariat yang Islam telah gariskan?
Apakah betul cintaku ini terhadapnya mendapat keredhaan Allah Taala??
Aku berada dalam keadaan resah dan tidak tenang.
Lantas,kupinta petunjuk Allah.
Dan suatu hari Allah telah menimpakan suatu ujian dan kukira ia adalah satu peringatan buatku.
Dan ketika itulah aku baru tersedar dari apa yang aku telah lakukan dengan dia.
Aku meminta bantuan nasihat daripada sahabat baikku sendiri apa yang patut aku perlu buat.
Sedikit demi sedikit aku cuba menjauhkan diri daripadanya.
Aku cuba menerangkan kepadanya tentang hubunganku ni dengan dia adalah salah di sisi Islam.
Walaupun jarang berjumpa,,tetapi hubungan melalui alam maya/telefon tetap dikira berdosa apabila timbul nafsu yang membolehkan kita menjebakkan diri dalam dosa.
Dan ini dinamakan “zina hati”.
Astagfirullahalazim.. Apabila mendengar perkataan “zina” itu terasa putus segala urat sendi ini.
Kukatakan padanya yang perjalanan kita masih panjang.
Cita-cita yang patut dikejar dahulu barulah cinta.
Mulanya dia membantah. Tetapi akhirnya dia dapat menerima akan kehendakku.
Dan apabila mulai terputusnya hubungan aku dengannya ,aku mula insaf.
Sejak itu, aku sering menangis dalam tahajudku.
Doaku agar Allah mengampunkan dosa-dosaku dengannya..
Selepas itu, aku terasa kehidupanku lebih tenang dan aman apabila aku mengakhiri hubungan ini.
Segala urusan yang aku buat dalam kehidupan harianku sering dipermudahkan olehNya.
Dia pula bagaimana?? Aku berasa bersalah juga kerana telah mengecewakannya.
Tapi kurasa lebih baik aku patahkan hatinya sekarang berbanding menghadapi kekecewaan pada masa akan datang.
Aku mahu hidup di bawah rahmatNya berbanding menghadapi kehidupan terpalit noda dan dosa.
Kuberdoa agar dia akan menemui insan yang lebih baik berbanding aku. 



Pintu bilik diketuk. “Rianna..Rianna… ni kenapa mengelamun ni?? Jom.. dah nak berbuka ni..”
Terkejut dengan panggilan mama habis bersepah semua lamuananku.
Allahuakbar. Lamanya aku termenung depan laptop.
Terus aku tutup wall fb dia. Hari ini merupakan hari lahirnya yang ke-20.
Aku mengucapkan ucapan “Selamat Hari Lahir” memandangkan dia ada berbuat demikian sewaktu befdey aku sebelum ini.
Dan kenangan pahit tersebut masih utuh di ingatanku.
Orang kata “first love” ni susah nak lupa. Entahlah. Aku tak pasti.
Yang pasti,bila mengingatkan apa yang aku dah lakukan dengan dia dua tahun yang lalu pasti air mata ini mengalir.
Mengalir kerana hatiku pernah disentuh oleh insan bernama adam.
Sepatutnya , aku menjaga hati ini daripada disentuh oleh lelaki sebelum aku bernikah.
Tetapi… ahhh… Astagfirullahalazim…
Walaubagaimanapun ,sejak itu aku tidak akan membiarkan hatiku ini terikat dengan mana mana lelaki sebelum aku bernikah.
Aku mahu meletakkan cinta ini pada orang yang lebih berhak iaitu pasanganku yang halal kelak nanti.
Biarlah di waktu sekarang aku mahu mencintaiNya agar cintaku terhadapNya lebih mengatasi segalanya galanya.
Cinta Allah itu lebih kekal abadi dan haqiqi berbanding cinta pada makhlukNya.
Alhamdulillah… aku berasa lebih tenang sekarang pabila aku sering mendampingiNya.

-Tamat- 




thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

4 comments:

  1. Subhanallah..meremang bulu roma saye bace..huhu..semoge kite same2 berada di bawah rahmat-Nya..

    ReplyDelete
  2. @cik kechik: ya... itulah yang sepatutnya

    ReplyDelete
  3. bercinta lepas nikah itu lebih indah.. berbakat iqa menulis cerpen.. :D

    ReplyDelete
  4. betul tu kak aiza.. alamak. mana ada berbakat sgt pon..maen tibai je ayat tuhh

    ReplyDelete

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa