الثلاثاء، 15 أكتوبر، 2013

Perkara Sunat dan Haram ketika Hari Raya Aidiladha

 
 
 
Saje iqa nak share entri mengenai perkara Sunat dan perkara Haram yang dilakukan sempena Hari Raya Aidiladha sebagai peringatan buat diri dan kawan2 juga.

Maksud : Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun. Raya pada hari ini mohon maaflah pada saudara-mara dan sahabat kamu sebelum kamu menjamah makanan. :)



Perkara Sunat yg boleh kita lakukan : 

Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat raya

Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

  Menjamah makanan selepas solat hari raya aidiladha.

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang

Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Cth : Taqabballahuminnawaminkum.

Sunat bertakbir bermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah.

Perkara Haram dilakukan :

Berpuasa sunat atau ganti pada hari raya 10,11,12,13 Zulhijjah  ataupun dipanggil Hari Tasyrik. Hari-hari tasyriq (أيام التشريق) ialah tiga hari yang mengiringi hari raya haji iaitu hari yang kesebelas, kedua belas dan ketiga belas.

Dalam masa inilah orang-orang yang mengerjakan ibadat haji - berhimpun di "Mina".

Larangan berpuasa pada ketiga-tiga hari yang tersebut ada diterangkan dalam hadith yang berikut:
Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum.

(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Sumber : Ibadat Puasa 
               Takbir Raya Aidiladha


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa