الأربعاء، 28 سبتمبر، 2011

SeLamat beRjaya kawan2 =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh rakan-rakan mahasiswa. Bagaimana dengan persediaan peperiksaan rakan-rakan semua? Semoga rakan-rakan dapat melalui minggu persediaan peperiksaan ini dengan penuh disiplin dan tekun mengulangkaji setiap subjek yang telah dipelajari pada semester ini.

Kali ni iqa nak share doa pada kawan2 yang bakal menghadapi peperiksaan...iqa dapat doa ni pun drp satu laman web ni sebenanye,, so,,
Mari kita baca dan amalkan, mudah-mudahan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH dalam segala persediaan yang kita lakukan nanti insya ALLAH.

Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.” 

Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.” 


Doa memohon kejayaan yang cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa ini dan bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH setelah berusaha dengan gigih bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Iqa mendoakan agar kawan2 sume dapat menggapai kejayaan yang cemerlang seterusnya menggembirakan hati kedua ibu bapa kita yang sentiasa mendambakan kejayaan anak-anak mereka dalam tempoh menuntut ilmu ini.

Yakinlah bahawa, setiap usaha itu pasti akan ada balasannya yang setimpal. Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tidak akan sesekali mempersiakan usaha hamba-hamba-Nya dalam semua perkara.

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa