الجمعة، 20 ديسمبر، 2013

Cerpen : Erti Kekayaan yang Sebenar

 
 

"Sarah, saya penat la hidup begini..."

Sarah hanya diam, setia mendengar keluhan sahabatnya bernama Emilia.

“Sarah, kenapa awak tak pernah menikmati hidup sebagai seorang anak orang berada, sedangkan awak layak?”

Sambungnya lagi, "Tak macam saya, bukannya mewah pun hidup, tapi sibuk berpura-pura hidup seperti anak raja,". Emilia menangis teresak-esak atas kesesalannya hidup di dalam dunia yang penuh dengan drama rekaannya sendiri.

Sarah memulakan bicaranya, "Cukuplah hidup besederhana Emilia. Apakah nilai kekayaan sebenar di sisi kamu?"

Sambungnya lagi demi memujuk hati Emilia, "Bagaimana saya mampu membiarkan diri hidup dalam kesenangan sedangkan ada insan lain yang menangis kesusahan. Bagaimana saya mampu bersenang-senang dengan kekayaan yang ada sedangkan itu titik usaha kedua ibu bapa saya, bukannya saya. Bagaimana saya sanggup untuk mempamerkan segala kesenangan saya, sedangkan saya tahu akan ada insan yang berkecil hati nanti."

"Emilia, wanita itu lebih cantik dalam bersederhana, biarlah di mata manusia kita bukannya siapa-siapa, namun di sisi Allah, jadilah hamba yang sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang paling kaya dalam beribadah dan beramal".

"Emilia, awak nak hidup senang?" tanya Sarah. Emilia, "awak ni, mestilah nak!". Sarah, "kalau nak hidup senang, awak kenalah usaha. Usaha dari sekarang ya, belajar sungguh-sungguh dan fokus dalam setiap perkara. Nanti kalau awak dah dapat kerja dan hidup senang, awak boleh membantu orang yang susah, menggembirakan kedua ibu bapa awak dan orang yang ada di sekeliling awak termasuk saya, hehe gurau ja". Emila tersenyum dan mula bersemangat.

"Emilia kita nak hidup senang bukan bermakna kita nak bersenang-senang di dunia ni, tapi kita nak biarkan harta kita menjadi aset akhirat agar terus mengalir walaupun kita dah tiada nanti".

Pilihlah bersederhana dalam setiap perkara, jangan biarkan diri sakit dalam berpura-pura...

<copy paste dr Facebook>
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa