الاثنين، 2 سبتمبر 2013

Status yang berunsur show off/riak dalam Twitter atau Fb?? fuhhh.....

 
 
 
Hype guys. Perhatikan gembar2 di bawah ini. 




Biasa lihat tak???
Ohh.. apakah tujuan kita sebenarnya meng “update” status-status sebegini di Twitter ataupun Fb.
Mahu dapatkan nama?? Perhatian??
Riak?? Show off??? Berbangga dan ingin menunjuk-nunjuk amalan yang dah kita buat??
Inilah bahayanya social networking yang direka oleh Mark Zuckerberg (Facebook) dan Jack Dorsey (Twitter) sekiranya kita menggunakan kedua-dua medan ini ke arah neraka.
Secara tidak sedar, sebenarnya status2 sebegini boleh mengundang riak dalam diri terhadap amalan2 yang kita dah lakukan.

DEFINISI RIAK

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. 

Firman Allah dalam surah al-Ma'un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."

Dan tahukah anda riak adalah dalam kategori syirik juga??
Iaitu syirik khafi atau nama lain ialah syirik kecil.!!!!
Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Dan kita tau syirik adalah dosa besar! 

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.
Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.

Dalam sebuah hadis mafhumnya :  “Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Oke sebenarnya ada banyak jenis riak.
 
1. Riak dari segi badan
Seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama' itu dan ulama' ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Banyakkan jenis2 riak di atas.
Bila iqa terbaca jenis2 riak ini tetibe iqa takot.
Takot tergolong dalam golongan2 sebegitu.
Tapi di sni iqa juz nak focus pada riak dalam Fb or Twitter.
Sebab iqa perasan ramai orang sekarang ni suka update status yang baik2 tetapi sebenarnya dia nak menunjuk-nunjuk.
Bahaya taw! Rosak amalan kita!

Jadi, iqa nak nasihatkan sebelum update apa2 je status kat Twitter or FB fikir dulu masak-masak.

Contohnya : status di Twitter
Hari ni aku dah start puasa enam….

Sebelum tweet status yang berunsur show off ni tanya dulu kat diri dalam hati le :

“eh,, apa jadah aku nak bagitaw kat orang yang aku pose enam nih??”

“apa tujuan aku pose nih?? Sebab Allah ke sebab nak menunjuk2 pada orang?”

“jap,, kang aku bagitaw kat orang aku jadi tak ikhlas pulak nak pose..”

“ tak ikhlas bukan ke sebahagian daripada syirik2 kecil??”

Nah.. amek kaw. Sentap mak nak!
Syirik woo.. sanggup ke buat dosa tu semata-mata nak update status cenggitu??
Sebenarnya tujuan kita buat amalan ini semata-mata kerana Allah.
Buat sembunyi-sembunyi.. tak perlu bagitaw orang lain.
Kita nak amalan kita mendapat perhatian dan pandangan dari Allah bukannya dari manusia.
Sebab apa kita nak Allah pandang kita??
Oke, tanya balik kat diri : Kita buat amalan sebab nak masuk syurga kan…
So.. sape yang berhak bagi kita masuk syurga??? Tentulah Allah kan..
That’s why, buat amalan kerana Allah bukan kerana manusia.
Memanglah.. kalau kita buat amalan sebab manusia kita akan dapat nama, bangga di mata masyrakat.
Tapi, semua tu sementara je. Tak kekal pon.
Yang kekal hanyalah amalan kita tu boleh bawak masuk syurga.
Kalau dah tak ikhlas boleh ke amalan kita tu bawak masuk syurga??
Hehehe.. muhasabah diri balik. Reflek balik kat diri.
“apa betul ke amalan aku buat selama ni kerana Allah?? Atau sebab lain??”
~peringatan untuk diri juga~

Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia. Pandangan manusia tidak membawa makna apa-apa..Pandangan Yang Maha Esa, itulah segalanya..Ikhlas dan mujahadah hanya kerana-Nya..
Hanya kerana-Nya..

               Pengertian Riak
               Syirik
               Pandangan Allah yang utama

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa