Sunday, September 1, 2013

Merentasi Kelantan ke Terengganu

 
 
Weeeetttt kawan-kawan.
2 hari iqa menyepi. Ahaa.. ade sape2 perasan tak? Huh.bajet.
Ekcelli 2 hari iqa takde cuz iqa pegi Terengganu.
Adik iqa dah start semester kedua beliau di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), jadi iqa dan family menghantar beliau ke sana.
Ini pertama kali iqa pegi Terengganu bersama family sebab masa first time adik iqa belajar kat sana mama ngan ayah iqa tak ikut.
Jadi, disebabkan iqa jenjalan dgn family sempatlah jugak iqa melancong ke sana. Ahaa..

Bertapak ke negeri Kelantan 

Kalau nak pegi Terengganu tidak boleh tidak stail penggunaan kalimah arab translate daripada : لا بد   mesti kene lalu Kelantan kan??
Jadik Iqa sempat bertapa di sana beberapa jam.
Tak banyak tempat pon kitorang singgah.

Juz singggah berehat di perhentian kat Jeli.
kat Jeli

Then, singgah kat Bukit Bunga. Beli buah tangan skit.
Bercerita mengenai negeri ni iqa sebenarnya amat suka akan negeri ni.
Iqa pernah menetap di Bachok selama 2 ari je tapi tak tau nape iqa terjatuh hati dengan negeri ni.
Mungkin sebab environmentnya kot.
Dan popularity penduduk di sana semuanya Melayu Islam.
Yang iqa paling suka tengok adalah papan2 tanda kat kedai semuanya ada tulisan jawi.
Wanita2 yang dijadikan model iklan juga semunya bertudung walaupun hakikatnya mereka tak bertudung. Ni hakikat. Ada seorang artis ni iqa perasan
Iqa tak nampak langsung masyarakat cina or india. Ada le 2 tiga kerat.hee
Dan iqa suka dengar loghat orang Kelantan Terengganu pon. Sangat2 lah unik.heee
Masa first time datang Kelantan dulu iqa macam jakun jugak.hak3.
Sangat2 berbeda dari negeri iqa sendiri.
iqa teringin sangat jumpa Tok Guru. Huu.. dapat tengok muka secara live pon jadila..
Kalau dapat jumpa Tok Guru mesti rasa bahagia sangatkan..
tetibe terjumpa banyak sawah padi kat Kelantan


Bertapak ke negeri Terengganu

Oke. Enough pasal negeri Kelantan.
Then, akhirnya iqa sekeluarga selamat mendarat ke negeri Terengganu.
Bapak gilakk jauh! Hak.
Bape kali dah iqa bangun tido balik dalam kereta.hee…

Iqa dan family bertapa di Homestay Kirana.pheww..nama.
dari depan Homestay Kirana

Iqa perasan kat sini banyak homestay ek berbanding hotel.
Homestay biasanya kawasan kampung. Tapi sekarang ni kawasan perumahan pon dah dijadikan homestay.
Then, kitorang sempat pergi Kuala Terengganu.
Sempat melawat pasar payang. Beli buah tangan skit.

Melawat Pulau Warisan. Ade ape tah kat sni.
Pulau Warisan

Iqa pegi siang. So,,tak best langsung.
Malam best kan ada lampu pokok mcam kat I-city kuala lumpur.


Kembara malam yang menyeramkan.
 
 
Kah3. Suspen tak tajuk nieh??
Iqa sekeluarga balik  dari Terengganu malam.
Phew,taubat taknak balik malam dah.
Perasan tak jalan nak pegi Kelantan kalau dari Perak bengkak-bengkok.
Dikelilingi hutan banat plak tu.
Banyak orang eksiden kat situ kot.
Bila time malam pulak sejuk tahap gaban .fuh..kawasan tinggi kan.
Kawasan situ dipenuhi dengan kabus bila waktu malam.
So, disebabkan kabus yang tebal pandangan ayah iqa terhalang.
Kabus menutupi cermin tingkap hadapan.
Ayah iqa tengah drive tak nampak kot.
Iqa masa tu takot sangat2.
Iqa bukan takot sebab hantu.tapi iqa takot sebab eksiden. Hak3.
Ditambah kesejukan kat luar tu dan ketakutan yang melampau , iqa menggigil kuat.
Iqa nak tukar driver. Biar iqa drive.
Tapi besele.. parents iqa konfem tak bagik.
So, ayah iqa terpaksa drive slow2.
Takpele. Biar lambat asal selamat.
Then, Alhamdulillah keluar je dari kawasan jalan bengkang-bengkok dan hutan belantara tuh iqa rasa lega sangat. Fuh.
And  Alhamdulillah tak jumpa binatang gajah or binatang hidung besar faham kan..
Sebab situ banyak binatang nak melintas jalan.
Ni pertama kali kot iqa melalui pengalaman tu.
Walaupun bukan iqa yang drive tapi sesungguhnya ketakutan melalui jalan tersebut tetap dirasai.

ke Unisza
 
kenang-kenangan dari sana . hak3. show off
thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

No comments:

Post a Comment

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa