الجمعة، 13 سبتمبر، 2013

The horror of Taaruf Week

 
 
Hype guys.
Kini tiba masanya iqa update entry. Ahaaaa..
Dah seminggu iqa bertapak di UIAM Kampus Gombak ni.
Alhamdulillah. Seronok gilaa nak mampos. Ahaa..sory.hiperbola terlebih.
Tapi, selama 4 hari berturut-turut iqa terpaksa melalui Taaruf Week yang sangat memeritkan.
Adoi. Serius ahh.. iqa rasa dah macam budak form1 baru masuk asrama.
Korang tau tak Taaruf Week tu apa??
Taaruf Week tu kira macam orientasi la.. tukk bebudak yang baru masuk university.
Penat betul selama 4 hari ni.
Xdak masa nak berehat. Ada je program. Adeh.
Pulak tu sepanjang taaruf week ada pantang larangnya.
Ada dress code kitorang kena ikut. Kalau tak ikut kena saman la jawabnya.

Kitorang kena pakai : 
Tudung putih
Kasut bertutup warna hitam
Tak boleh pakai shawl/pashmina

Choi.
Iqa dah la takde kasut hitam. Ramai jugak student2 yang takde kasut hitam.

Then, ada kakak committee yang in-charge Taaruf Week Programme dengan nada kurang sopan tanya iqa.

“Takde kasut hitam???” Kakak tu tanya iqa.
“Takdele kak….”
“Kenapa tak pegi beli tadi???”
“Ha??”

Bapak ahh.. ingat iqa ni cop duet hape.
Mana taw kena pakai kasut hitam time taaruf week.
Ramai yang tak puas hati. Ramai student yang protes.
Sebabnya kitorang tidak diinform awal-awal yang kena sediakan kasut warna hitam untuk Taaruf Week.
Juz dalam surat tu kitorang diberitahu kena sediakan kain putih je masa taaruf week.
Ni sampai je uia tetibe diarah memakai kasut hitam.
Mana kitorang tak marah.
Akhirnya kitorang diberi kelonggaran untuk memakai kasut warna gelap.
Alhamdulillah iqa ada. Huu..

Then, habis je Taaruf Week kitorang rasa heaven gilaaa..
Bebas je nak pakai dress code pape. Cuma mestilah tutup aurat.hee..
Yang bestnye bila iqa dah duduk di kampus ni iqa boleh keluar memana je…
Tak perlu dah mintak kebenaran daripada pihak atasan.
Banyak sangat kemudahan yang ada kat sini.
Kalau malas nak nak bwak laptop pegi je general lab.
Kita boleh online free kat situ.
Library UIA punyelah besar gedabak. Pheww.. iqa baru je usha tadi.

First day Taaruf Week. Muka tetap happy.hewhew

iqa tak taw pahal iqa buat muka rope tu.haha
nak hilang stress Taaruf Week.. main "otak..otak.."

Dari depan Mahallah Asiah. (asrama kitorang)


Apa yang pasti UIA punyalah besar nak mati.
Ada sekali tu iqa hampir sesat cari jalan keluar.ahaha.
Mahallah (asrama) iqa jauh betul dari kelas.
Iqa takde kenderaan motor atau kereta, so terpaksa jalan kaki.
Penat kot.ahaa..  
Mula2 iqa tak bese jalan jauh kaki iqa sakit.huu
Sekarang ni alhamdulillah dah bese. 

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa